AKIDAH UMAT ISLAM TERANCAM DI SEPANJANG ZAMAN

>> Sunday, January 21, 2018





AKIDAH UMAT ISLAM SENTIASA TERANCAM DI SEPANJANG ZAMAN



UUMAT Islam di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang terpaksa menghadapi aneka ancaman dan serangan-serangan bertubi-tubi  daripada pehak musuh Islam yang nekad bertujuan untuk menumbangkan akidah-akidah ke Islaman hingga ke akar umbinya. Serangan-serangan ini dilancarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani dengan kerjasama penjajah Barat untuk meruntuhkan akidah umat Islam yang murni dan suci itu.
Serangan-serangan anti Islam ini kian rancak dan hebat dilancarkan pada tahun-tahun kebelakangan ini terutama di wilayah-wilayah yang umat Islamnya merupakan golongan minoriti.
Pada tahun 1978 umat Nasrani telah mengadakan muktamar “Colorado” yang membincangkan 44 agenda penting mengenai Islam dan umat Islam. Salah satu daripada agendanya yang terpenting ialah menyebarkan agama Nasrani di kalangan umat Islam, tegasnya rancangan untuk memurtadkan mereka dengan penyediaan peruntukan 1000 juta dolar.
Di samping itu mereka juga telah menubuhkan sebuah lembaga “Zwemmer” untuk melatih dan  melahirkan pakar-pakar dalam bidang mengnasranikan orang-orang Islam. Pakar-pakar ini nanti akan bertugas memurtadkan umat Islam.

x
Sebelum ini dalan persidangan gereja yang diadakan pada tahun 1969 di Sweden mereka telah membuat keputusan untuk meningkatkan lagi usaha kekayaan gereja untuk meningkatkan lagi usaha mengKristian orang-oang Islam.
MURTAD
Perkataan mjurtad berasal daripada perkataan riddah yang asal katanya ridda yang bermaksud kembali dan yang dimaksudkan dengan murtad  di sini ialah kembali kepada kekufuran. Tegasnya murtad ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas setelah murtad.
K.H. Firdaus A.N. seorang pendakwah dan penulis Indonesia yang terkenal berpendapat murtad atau riddah [Apostasty] mempuyai dua makna, iaitu murtad dari segi agama dan murtad dari segi falsafah.
Dari segi Syariah, murtad ialah orang yang keluar dari agama Islam dan masuk agama lain atau tidak beragama [atheis], seperti orang Islam masuk Nasrani, Yahudi atau komunis.
Tapi jika sebaliknya berlaku, seperti orang Yahudi, Nasrani atau komunis masuk Islam ia disebut taubat atau Tawuabuum, iaitu orang yang telah bertaubat, yang bermaksud balik dari arah yang salah ke arah yang benar.
Menurut beliau dari segi falsafah pula, murtad ialah orang yang mengalih ke jalan yang salah walaupun mengaku sebagai orang Islam. Bila orang Islam menukar pendiriannya yang benar  kepada pendirian baru yang dikendalikan oleh golongan lain, idea dan tujuan perjuangan yang lain yang bercanggah dengan Islam, maka katanya orang terebut dikatakan murtad. Justeru orang Islam yang menyertai golongan bukan Islam, dan tidak lagi bercita-cita memperjuangkan kepentingan Islam dan kaum Muslimin, walaupun dia tidak berpindah dari masjid ke gereja, maka pada hakikatnya dia telah murtad.
Demikian juga, katanya dikatakan murtad orang yang tidak berfikir secara Islam, tidak bercita-cita dan menghayati serta tidak mengamal dan menjunjung tinggi dan memperjuangkan kebenaran ajaran-aiaran Islam dalam peribadi dan masyarakat, serta menyingkirkan asas Islam dalam mu’amalah, sosial politik kenegaraan.
Orang yang meragukan kebenaran ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, dan mengagungkan konsep manusiaai yang bersifat sekuler yang rendah dengan dalih masyarakat majmuk atau dengan dalih yang lain, maka menurut beliau termasuk golongan-golongan yang murtad.
Ini berdasarkan Firman Allah dalam kitab Suci al-Quran yang bermaksud,
“Kitab al-Quran itu tidak mengandungi keraguan di dalamnya”. Al -Baqarah: 2.
Baginda Rasulullah  SAW juga bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa yang tidak mementingkan urusan kaum Muslimin, maka ia tidaklah termasuk kepada golongan Muslimin itu”. Al-Hadis.
Selnjutnya beliau menjelaskan maksud “mementingkan kaum Muslimin itu”, iaitu “memperjuangkan cita-cita dan asas Islam  dalam segala sektor kehidupan umat dan bermasyarakat dan bernegara  dan kemudian mempertahan dan membelanya sebagai way of life bagi kehidupan bangsa, terutama kaum Muslimin”.
Justeru mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai hasrat memperjuangkan Islam di tengah gelanggang masyarakat, lebih suka menyerah kalah, malah berpehak pada lawan, maka mereka juga juga termasuk dalam golongan murtad.
Beliau mengingatkan tidaklah mudah untuk menjadi orang beriman yang sejati, kerana terpaksa melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang nampaknya berliku-liku pada hari ini.
Allah berfirman, maksudnya:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja, padahal Allah belum melihat bukti orang-orang yang berjuang di antara kamu dan orang-orang yang tidak mengambil menjadi teman yang ikrab selain dari Allah dan Rasul Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah amat mengetahui apa-apa yang kamu lakukan”.At-Taubah:16.
Kenapa Jadi Murtad
Kalau dikaji ada beberapa faktor yang mendorong seseorang untuk menjadi murtad-iaitu setelah berada di jalan yang benar lalu beralih ke jalan yang salah dan terkutuk. Orang-oang kafir biasanya menggunakan faktor-faktor inilah untuk memurtadkan orang-orang Islam.
Kerana Cinta
Banyak orang, khususnya muda-mudi menjadi kelabu mata, bukan semata-mata kerana cinta tidak berbalas, tapi juga kerana terperangkap dalam akidah yang salah. Cinta itu dikatakan buta. Seseorang boleh jatuh cinta kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat atau darjah, kaya atau miskin, dan tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru itu dalam bercinta itu, orang-orang Islam mungkin menjadi mangsa, rela menukar akidahnya, menurut kehendak orang-orang yang dicintainya, dan orang itu kebetulan orang kafir. Justeru itu berhati-hatilah sebelum jatuh cinta, terutama kepada mereka yang tinggal di kota-kota yang hidupnya berliku-liku, penuh celaru.
Kerana Pergaulan
Faktor sosial atau pergaulan juga tidak kurang hebatnya mempengaruhi seseorang untuk menukar agamanya menjadi mrtad, terutama dengan penyertaan dalam sesuatu persatuan atau pertubuhan yang berpengaruh dan berwibawa. Justeru terpengaruh dengan sesuatu pertubuhan, seseorang Muslim yang selama ini gigih memperjuangkan Islam menjadi luntur semangat juangnya, malah mungkin menjadi musuh utama kepada perjuangan Islam. Justeru itu dari segi falsafahnya ia telah murtad walaupun mendabik dia seorang Islam.
Berapa ramai hari ini umat Islam mungkin masih tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak berhaji walaupun mampu, berapa ramai pasangan yang mungkin hidup sebagai suami isteri tapi belum bernikah, berapa ramai yang mungkin melanggan pelacur, malah menjadi pelacur, berapa ramai yang mungkin berjudi, berapa ramai yang mungkin mengulangi kelab-kelab malam, berapa ramai yang mungkin menjadi penagih dadah, dan minum arak. Mereka ini semua menentang undang-undang dan hukum-hukum Islam secara terang-terangan. Dan berapa ramai pula orang-orang Islam yang mungkin menolak al-Quran, dan mengatakan ianya lapuk, atau tidak sesuai dengan zaman,

Justeru berhati-hatilah setiap masa dalam pergaulan, terutama di kalangan muda-mudi yang tinggal di kota-kota, supaya tidak tergadai akidah nanti, dengan amalan-amalan hidup yang bertentangan dengan Islam, malah hidup seperti orang-orang  bukan Islam, walaupun masih mendakwa dirinya beragama Islam.
Faktor Politik
Salah satu faktor penting lagi yang telah memurtadkan orang-orang Islam ialah faktor politik. Kita baca sejarah. Berapa ramai orang Islam menjadi murtad, bila orang-orang Nasrani berjaya menumpaskan orang-orang Islam, lalu memegang tampuk kekuasaan, dan menjadi pemerintah, dan setelah berkuasa mereka memaksa orang-orang Islam menukar agama mereka menjadi murtad- keluar dari Islam. Mereka akan membakar hidup-hidup dan menggantung mereka yang enggan mematuhi perintah mereka menerusi “Mahkamah Taftisy” [Inquisisi] yang amat kurang ajar dan zalim itu. Seterusnya negara Sepanyol  telah berubah daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara Kristian sampai ke hari ini.
Pemaksaan ke atas orang-orang Islam supaya menjadi murtad dengan kekuatan senjata seperti itu masih terus berlaku hingga ke hari ini, walaupun alatnya mungkin tidak menggunakan senjata api lagi, tapi dengan menggunakan senjata ekonomi.
Gerakan Missionnari
Satu faktor penting lagi yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam ialah gerakan Mssionari Kristian. Orang-orang Kristian memang mempunyai gerakan dakwah mereka yang teratur dan cepat untuk menNasranikan manusia, terutama orang-orang Islam supaya menjadi murtad.
Di Indonesia dikatakan ramai orang-orang Islam menjadi murtad kerana terpengaruh dengan mission yang dibawa oleh orang Kristian, termasuklah penduduk-penduduk di pendalaman. Umpamanya di Flores, seratus tauun dahulu umat Islam merupakan golongan majoriti, tapi hari ini telah terbalik kop menjadi golongan minoriti.
Di Malaysia juga kaum Missionari Kristian giat menyebarkan dakwah-dakwah mereka di kalangan orang-orang Islam, di kalangan penduduk-penduduk bandar, dan juga di luar-luar bandar, terutama di Malaysia Timur dengan tawaran yang istimewa, seperti pekerjaan, bantuan ekonomi, dan wanita-wanita cantik asalka  sanggup menukar agama, menjadi murtad.
Justeru itu umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan waspada supaya tidak terjebak dalam gerakan missionari Kristian yang disediakana dengan berbagai-bagai kemudahan yang istimewa, termasuk mempunyai peruntukan-peruntukan yang mewah.
Al-Quran Palsu
Sebenarnya ada beraneka cara digunakan oleh orang-orang Kristian untuk merosakkan akidah umat Islam baik secara langsung ataupun tidak langsung. Selain daripada memurtadkan umat Islam, mereka juga mewujud dan menyebarkan ajaran-ajaran sesat di kalangan umat Islam.
Justeru Kitab Suci al-Quran itu telah dijamin Allah akan kesuciannya, maka orang-orang Kristian mereka-rekakan al-Quran versi baru untuk disamarkan sebagai Kitab Suci al-Quran yang tulen atau sebenarnya. Antara al-Quran palsu yang pernah diterbitkan oleh Mission Kristian ialah berjodol, “The True Furqan”.
The True Furqan diterbitkan di Amerika Syarikat, di antara surah-surah di dalamnya berjodol Al-Fatehah [The Opening], Al-Mahabbah [Love], Al-Masseh [The Messiah], Al-Salb [The Crucifixion], Al-Thalooth [The True God], Al-Nissa [Women] dan Al-Injil [Gospel].
Setiap Surah dalam The True Furqan dimulai dengan ayat berbunyi “In the Name of the Father, The Holy Spirit, the one and only True God”, sedangkan dalam Kitab Suci al-Quran yang sebenarnya ssetiap surah dimulai dengan ayat yang bermaksud, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.
Dalam mentafsir Surah Al-Fatihah dikatakan The True Furqan adalah kitab yang sahih dasn diturunkan untuk membimbing manusia, Surah ini juga mendakwa manusia melakau zina boleh menebus dosa mereka dengan mudah, sekiranya mereka berpegang kepada kitrab The True Furqan yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.
Kitab The True Furqan boleh dibeli melalui “oneline” daripada sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Kitab The True Furqan ditulis oleh mereka yang terdiri dari Saffee, Mahdy, Al-Safee dan Al-Mahdy. Ia mengandungi 77 surah, sedangkan Kitab Suci al-Quran yang sebenarnya mengandungi 114 Surah.
The True Furqan dikatakan telah memasuki pasaran Asia Barat, termasuk di Kwait dengan kanak-kanak di sekolah swasta Inggeris menjadi stratejinya.
Persengketaan Di kalangan Nasrani
Musuh-musuh Islam ini walau sekuat mana sekalipun, mereka juga diancam oleh kehancuran, kerana secara automatik mereka menjadi musuh Allah, sedangkanAllah berjanji akan memusnahkan segala musuh-musuh Nya dengan cara yang telah ditetapkan oleh Nya. Kaum Nasrani seperti juga kaum Yahudi, akan pecah terburai,bila tiba masanya. kerana persengketaan dalaman yang wujud di kalangan mereka sejak sekian lama.     
Perseteruan di kalangan ujmat Nasrani telah berlaku setelah wujudnya perpecahan di kalangan mereka.
Pada masa yang lalu Gereja Timur [Ortodox] yang berpusat di Istambul tidak bersedia mengaku Gereja Barat [Katholik atau Latin] yang berpusat di Rom, sebaliknya Pop Rom tidak pula sedia untuk mengaku Pop Istambul.
Dalam Gereja Barat berlaku gerakan pembaharuan agama [Protestan] yang dipimpin oleh Martin Luther King yang mewakili [] Gereja Inggeris , dan Jerman Prostestan tidak mengaku Pop Vatican, dan sebaliknya Pop Vatican pula tidak bersedia mengaku Prostetan sebagai pembaharuan, ia seperti Muktazilah dalam Islam. Mereka dicap sebagai pengamal biadab dan dipandang sebagai penganut Martinisme, kerana tidak percaya kepada patung-patung dan lukisan-lukisan. Mazhab Protestan juga tidak percaya kepada hak Pop dapat membersih atau “Memutih” dosa manusia dan sebagainya.
Akibat pertelagahan itu maka tercetuslah peperanagan antara kaum Katholik dan Protestan di Ireland Utara yang telah mengorbankan begitu ramai jiwa kedua-dua belah pehak.
Lembaran sejarah juga menunjukkan berlakunya peperangan antara sebuah negara Nasrani dengan negara Nasrani yang lain di Eropah. Hampir tidak ada sebuah negara Nasrani di Eropah tidak melanggar negara jirannya yang juga Nasrani. Sebahagian besar daripada sebabnya kerana faktor agama yang wujud di kalangan mereka.
Allah SWT telah menceritakan perkara ini dalam Kitab Suci al-Quran, dalam Surah Al-Maidah, ayat 14, maksudnya:
“Dan di antara orang-orang yang berkata, “Bahawa kami ini orang Nasrani, kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melepaskan [meninggalkan] sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat, dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan”. Al-Maidah:14
Menentang Murtad
Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, baik secara individu, berkumpulan, bermasyarakat atau secara berpersatuan berusaha menentang kemurtadaan secara habis-habisan.
Justeru mencegah lebih baik dari merawat, maka adalah menajdi kewajipan kepada setiap umat Islam untuk mencegah gejala-gejala kemurtadaan dari bercambah, berkembang dan subur dalam masyarakat Islam di mana-mana sahaja mereka berada dan bila-bila masa sahaja. Pencegahan awal amatlah perlu untuk mencegah gejala murtad daripada masuk dengan cepat seperti api membakar lalang kering di padang luas di musim angin sedang bertiup kencang.
Tindakan pencegahan pernah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar r.a dan para sahabat yang lainnya, dengan memerangi orang-orang murtad dan pengikut-pengikut nabi-nabi  palsu, seperti Musailamah, Sajjah, Al-Asady dan Al-‘Anasy.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, r.a. Khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw telah melancarkan peperangan ke atas golongan riddah yang menafikan kefarduan zakat selepas Baginda Rasulullah saw wafat. Tindakan yang diambil oleh khalifah itu semata-mata kerana taatkan Allah SWT dan Rasul Nya dan demi menegakkan syiar Islam uyang mulia.
Allah berfirman, maksudnya:
“Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima [agama itu] daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. Ali Imram: 85.
Setiap umat Islam mestilah berusaha untuk mencegah gejala-gejala murtad ini, supaya tidak tersebar luas menjadi wabak penyakit yang merbahaya sehingga berlaku kemurtadaan secara beramai-ramai.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
KotAa Bharu, Kelantan.






Read more...

AKIBAT KEJATUHAN KUASA ISLAM

>> Sunday, January 14, 2018







AKIBAT KEJATUHAN KUASA ISLAM



                                Masjid Nabawi

Kekuasaan Islam yang pernah berada di puncak kegemilangan dunia itu satu demi satu telah jatuh terguling. Kerubuhan kuasa Islam itu telah menimpakan akibat yang buruk kepada Islam dan umat Islam. Ia telah mengakibatkan umat Islam diselimuti oleh kelemahan dan kehinaan yang amat mengaibkan.

Selepas kejatuhan Islam itu, Barat telah menjadi kiblat dunia. Selain dari itu faktor-faktor lain yang menyebabkan Barat menjadi tumpuan dunia pada Zaman Pertengahan ialah faktor Perang Salib, Proses Renaissance, Reformasi, Revolusi Industri dan juga faktor melebarnya penjajahan Barat ke negara-negara lain, khususnya negara-negara Islam.

Sejak itu umat Islam tidak lagi mempunyai apa satu, sehingga terpaksa bergantung kepada orang lain dalam semua bidang kehidupan. Justeru kita umat Islam terpaksa bergantung kepada orang-orang bukan Islam, khsusunya orang-orang Barat, walaupun mereka sedang menuju keruntuhan, yang mengakibatkan kita sama-sama terlibat dalam  keruntuhan sebagaimana mereka alami.

Dari segi ekonomi, kita umat Islam terpaksa bergantung kepada orang-orang bukan Islam. Justeru itu kita terjebak dalam dua sistem ekonomi, iaitu kapitalisme dan sosialisem.

Dari segi undang-undang, kita tinggalkan undang-undang Islam dan kita gantikan dengan undang-undang Barat, iaitu British, Itali, Belanda, Amerika Syarikat ataupun Perancis yang semuanya bukan Islam sama sekali.

Dari segi pendidikan, kita tinggalkan sistem pendidikan Islam, lalu kita pakai sistem pendidikan yang sekular yang tidak mempunyai naratip ilmu dan tanpa mempunyai matlamat yang jelas.

Walaupun Barat begitu banyak mencedok ilmu dan peradaban Islam, tapi mereka mengenepikan unsur-unsur akidah, akhlak dan syariat yang begitu penting itu, baik dalam bidang sains, teknologi dan juga aestetika, tanpa diberi identiti ke Islamannya. Malah ia disadurkan dengan acuan-acuan palsu, hasil daripada ciptaan manusia sekular jahiliah. Sesiapa sahaja umat Islam yang memakai acuan palsu itu, pasti ia akan kehilangan identiti ke Islamannya yang begitu penting.

Perbuatan ini dengan jelas menunjukkan kebiadaban ilmuan Barat yang sengaja mengenepikan unsur-unsur ke Islaman dalam ilmu-ilmu Islam yang mereka ceduk itu, dan menunjukkan kengakuhan mereka hingga tidak mampu melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT yang melahirkan ilmu-ilmu itu.







Namun begitu, umat Islam hari ini telah meninggalkan Islam dan mengambil tradisi-tradsi bukan Islam untuk mewarnai hidup mereka sepanjang masa.

Lantaran itu, kehidupan orang-orang Islam ini bukan lagi berdasarkan ke Islaman, tapi serupa dengan umat kafir yang lain yang suka bertindak zalim, menindas, melakukan maksiat dan seumpamanya. Justeru itu umat Islam bertambah lemah imannya, dan bila iman lemah, maka segala-galanya menjadi lemah, kerana iman adalah benteng yang utuh dalam setiap kehidupan umat Islam.

Marilah kita singkapkan sedikit berbagai-bagai kelemahan yang menimpa umat Islam akibat kejatuhan mereka yang amat memeritkan itu.

DARI SEGI POLITIK
Justeru terpengaruh dengan sistem pemerintahan penjajah Barat yang sengaja mereka rancangkan, maka negara-negara Islam di Asia dan Afrika yang telah merdeka sekaliipun, tetap menjalankan dasar sekularisme, iaitu kapitalis atau sekularisme timur, iaitu komunis yang tidak percayakan Tuhan.

Maka lahirlah fahaman atau ideologi politik suku agama suku, se
Maka dengan itu bererti agama akan mengalami nasib buruk, tersungkur jatuh daripada kehidupan masyarakat Islam, dan juga dari Instutusi masyarakat, baik institusi kerajaan atau swasta semuanya akan menjadi sekular, membelakangkan agama, sedangkan agama itu teras kehidupan. Agama tidak lagi dapat mengawal kehidupan masyarakat.

Berabad-abad lamanya sejak tewas dalam Perang Salib, orang-orang Barat Nasrani membuat kajian yang teliti tentang rahsia-rahsia kemenangan dan kejayaan umat Islam. Rahsia yang mereka temui adalah Islam itu sendiri yang menjadi faktor penting menjadi punca kemenangan umat Islam. Justeru itu mereka berusaha keras untuk menyingkir Islam daripada umat Islam, membogelkan jiwanya dari Islam, mengosongkan dadanya dari Islam.

Sepanjang masa tersebut pula umat Islam berada dalam pemikian yang jumud dan pintu ijtihad mereka kunci rapat-rapat. Para pemimpinya pula terdiri dari mereka yang kurang kemampuan, sedangkan para ulamanya pula hanyut dalam perbalahan mazhab, masing-masing berusaha untuk memenangkan pehak mereka semata. Maka berebut-rabutlah mereka saling memberi fatwa yang berbeza-beza mengenai perkara yang sama, tanpa mengira benar atau salah, hak atau batil.

Sbagaimana telah berlaku di Turki, ciptaan Kamal Attaturk dan konco-konconya. Mereka bertindak menjauhkan agama daripada kehidupan umat Islam.


Sedangkan Islam tidak mahu sama sekali memisahkan manusia dengan manusia ataupun memisahkan manusia dengan agama. Islam tidak pernah mementingkan idealisme dan keunggulan cita-cita darpada kepentingan manusia. Kepada Islam kekuataan yang sebenarnya adalah di tangan Allah SWT Yang Maha Penciptanya yang menentukan segala-galanya, kerana itulah Islam mementingkan dunia dan juga akhirat. Ajaran ini terkandung dalam Kitab Suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.




                         Kamal Ataturk

Apa yang dinamakan kebebasan itu menjadi tidak terkawal, tidak terhad, justeru itu semua nilai-nilai agama, akidah dan akhlak ditimpa bencana, diinjak-injak dengan sewenang-wenangnya.

Meddia massa menyiarkan apa sahaja yang disukai oleh pembeli-pembeli untuk mengauk keuntungan. Semuanya atas alasan kebebasan berfikir, bersuara, mengeluarkan pendapat dan kebebasan bertindak, walaupun kesannya boleh memusnahkan akhlak dan keperibadian orang-orang Islam yang mulia dan suci.

Mengikut sistem pemerintahan Barat dan perundangan Barat pemerintahan dan perundangan di semua peringakt tidak mengikut kriteria Islam, semua orang boleh menjadi pemimpin, baik orang fasik, munafik, samseng, penipu dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin seperti inilah yang menjadi pemimpin yang korup, menggunakan segala kemudahan negara dan kuasa untuk menghapuskan budaya Islam, memperlekeh dan menghina pelajaran dan pendidikan Islam, malah menangkap, memenjara dan membunuh mana-mana umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Setiap orang Islam wajar mengetahui bahawa dalam hidup ini mereka wajib mempunyai seoerang imam, khalifah, atau ketua yang memimpin mereka ke jalan yang benar dan diredai Allah, bukannya ke jalan syaitan yang melanggar ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

DI BIDANG PENDIDIKAN
Pada umumnya sistem pendidikan negara di bawah pengaruh penjajah dibahagikan kepada dua aliran, iaitu aliran agama dan aliran biasa, iaitu sekular. Pendidikan agama ditadbir secara tersendiri dan dengan kemampuan yang tersendiri, tanpa diberi perhatian oleh pehak berkuasa atau kalau adapun hanya sedikit, sekadar melepas batuk di tangga.

Di sesetengah negara, termasuk negara yang mengistiyarkan dirinya negara Islam pun, pendidikan Islam hanya setakat sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja, tanpa ada pelajaran di peringkat sekolah tinggi atau universiti.

Sedangkan sekolah aliran sekular diberikan segala bantuan yang diperlukan yang disediakan oleh pemerintah, di mana mereka yang lulus dalam pelajarnnya diberikan kemudahan-kemudahan untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara, dan diberikan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Malah di sesetengah pusat pengajian sekular ini yang dianjurkan oleh pehak-pehak asing, termasuk oleh pehak-pehak pengembang agama Kristian dibenarkan menjalankan kegiatan-kegiatan tanpa sebarang syarat atau ikatan, ataupun kawalan. Justeru itu pusat-pusat pengajian seperti ini telah bertukar menjadi pusat-pusat dakwah Kristian yang meracuni fikiran umat Islam, terutamanya di kalangan generasi muda.

Ini menyebabkan umat Islam dan kebudayaan Islam menjadi rosak dan lemah.

DI BIDANG BUDAYA
Penjajah berjaya mengenepikan Bahasa Arab. Tulisan Arab dihapuskan, dan digantikan dengan tulisan rumi atau Latin. Mereka mendaulatkan Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa penjajah sebagai bahaa rasmi sesebuah negara, bukannya Bahasa Arab. Sedangkan Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Justeru dengan itu generasi-genarai baru Islam bukan sahaja tidak memahami al-Quran, malah tidak pandai membaca al-Quran pun. Maka jadilah al-Quran itu sebagai bacaan semata-mata sebagai buku bacaan biasa, sedangkan di dalamnya mengandungi rahsia-rahsia uuntuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Penjajah membawa masuk dan menayang filem-filem yang tidak bermoral dan lucah yang berunsurkan kejahatan dan keganasan di negara-negara Islam. Ia ditayang di pawagam-pawagam, dan kemudiannya di kaca-kaca TV. Filem-filem ini ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, dan ini boleh menimpakan kesan yang buruk kepada masyarakat, terutama kepada anak-anak muda yang masih beradarah panas.

Dari filem-filem tidak bermoral ini anak-anak muda boleh belajar bagaimana untuk bercinta kasih, bagaimana untuk memikat lelaki atau memikat perempuan, bagaimana untuk berasmara, menggoda suami atau isteri orang, bagaimana untuk merompak dan menyamun, mencuri dalam bank-bank, bagaimana untuk bergaduh, menipu polis dan sebagainya dan sebagainya.

Dalam suasana seperti ini, suara-suara para pendakwah tidak akan berguna, tidak akan masuk menembusi telinga dan turun ke hati nurani, kerana mata dan hatinya telah dihijab oleh maksiat dan kejahatan-kejahatan yang terpancar dari kaca TV dan di layar perak.

Demikian juga kerana terpengaruh dengan budaya Barat, para penulis dan pengarang Islam di mana-mana sahaja di negara Islam di dunia ini menulis dan menyusun sejarah tanah air mereka mengikut acuan yang telah dibuat oleh penjajah Barat, tanpa berpandu kepada Islam sebagaimana terdapat di dalam Kitab Suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Penulis dan pengarang dan mereka yang seperti ini sudah kehilangan minatnya terhadap Islam, malah sanggup meninggalkan kebudayaan Islam lalu menyarung baju kebudayaan Barat yang mereka junjung tinggi itu dalam kehidupan mereka. Orang-orang seperti ini bila bercakap, lebih suka bercakap bahasa Barat daripada bahasa ibuanda mereka sendiri, dan juga jika mereka menulis, mereka lebih cekap menulis dalam bahasa-bahasa Barat daripada bahasa ibuanda mereka sendiri. Mereka merasa bangga dengan segala sesuatu yang datang dari Barat, yang dianggap sebagai orang terpelajar  daripada kalangan bangsa dan  budaya asal mereka sendiri. Malah mereka juga akan bertindak menyebar budaya Barat kepada masyarakat, bangsa dan negara mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya.

Dr. Umar Al-Tuami Al-Syaibani, dalam tulisannya membuat komen seperti berikut mengenai golongan berikut:
“Golongan ini tidak merasa apa-apa kurangnya menggabungkan diri ke dalam budaya ini, walaupun dia hidup di dalam sebuah masyarakat Islam yang tidak sesuai dengan budaya yang dibawanya, kerana dia telah hilang keyakinan terhadap budayanya sendiri dan tidak lagi ingin memperdulikan masalah dan juga persoalan msyarakat dan umat Islam”.

Seterusnya beliau menegaskan, 
“Dengan demikian dia kehilangan akalnya, hati dan perasaannya dikuasai oleh rasa bangganya terhadap kebudayaan Barat, serta nilai-nilai dan cara hidupnya, lantas menolak kebudayaan Islam”.

Sementelah pula, Barat sentiasa berusaha untuk menjatuhkan negara dan umat Islam dalam semua bidang hidup, baik dari segi ekonomi, politik, budaya dan sebagainya tanpa kasihan belas lagi. Justeru itu di seluruh dunia, umat Islam dan negara-negara Islam terus ditindas dan ditekan dengan kejamnya dan penuh kehinaan oleh musuh-musuh Islam itu.

DI BIDANG EKONOMI
Untuk meleburkan ekonomi umat Islam, penjajah menghidup dan menyuburkan sistem riba, kerana riba itu kata mereka amat penting untuk tujuan ekonomi. Sedangkan Islam mengharamkan riba, tapi malangnya manusia hari ini tidak mungkin hidup tanpa riba yang menjangkau begitu jauh dalam kehidupan manusia.

Sebenarnya pemberi dan penerima riba adalah sama-sama menderita. Penerima riba akan sentiasa hidup dalam kresahan, kerana memikirkan pembayaran balik pinjaman  yang berlipat ganda, sementara pemberi riba pula akan bertambah keras hati dan perasaannya kerana amaran yang datang Allah SWT.

Allah berfirman, maksudnya,
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah”. Al-Baqarah:276.

Sistem ekonomi yang ditetapkan oleh kapitalis Anerika Syarikat dengan jelas membuktikan usaha mereka yang jahat untuk melemah dan memiskinkan sesebuah negara membangun. Contoh yang jelas ialah tindakan International Monetary Fubd [IMF] pernah mengarah negara-negara membangun supaya membebaskan ekonomi domestik mereka, sedangkan Amerika Syarikat bertindak sebaliknya, iaitu memelihara sektor pertanian mereka, menyebabkan hasil-hasil pengeluaran pertanian mreka lebih murah daripada hasil-hasil pengeluaran pertanian negara-negara lain. Justeru sebagai contohnya pengeluaran hasil pertanian Mexico, seperti gula, bukan sahaja lemah, malah lebih bankrup.

Perjudian
Selain dari riba, penjajah juga membina dan menggalakkan perjudian- beraneka jenis perjudian dari sekecil-kecilnya membawa kepada sebesar-besarnya. Tidak cukup dengan pembukaan sarang-sarang judi dan kedai-kedai judi, mereka membuka kasino yang merupakan tempat perjudian yang terkenal di Barat yang menjadi ibu segala maksiat.

Tidak cukup dengan perjudian dalam negara sendiri, orang-orang kaya dari Timur Tengah, dari negara-negara pengeluar minyak, tidak segan-segan menghabsikan wang mereka dengan sewenangn-wenangnya di kasino-kasino di Barat, sambil bersuka ria. Wang-wang yang dibelanjakan itu terus mengalir masuk memenuhui poket-poket Yahudi dan Nasrani, kemudian dikembalikan ke negara-negara Islam semula membawa kemusnahan dalam bentuk peluru-peluru dan tank-tank dan kapalterbang pengebom untuk menghancurkan bumi dan umat Islam.

DALAM BIDANG PERUNDANGAN
Sebaik-baik sahaja penjajah menjejakkan kaki penjajahannya, mereka akan melakukan banyak perubahan dalam sistem pentadbiran dan perundangan sesebuah negara tanah jajahannya, iaitu perubahan-perubahan yang sesuai dengan dasar penjajah.

Sebahagian besar daripada undang-undang itu berdasarkan undang-undang Perancis, baik dari segi teks, susunannya atau roh undang-undang itu sendiri. Undang-udang Barat ini bukan sahaja tidak berasaskan undang-undang Islam, malah sebaliknya terdapat banyak percanggahan dengan undang-undang Islam, umpamanya undang-undang jenayah, tidak ada peruntukan potong tangan ke atas pencuri, tidak ada peruntukan rejam atau sebat untuk kesalahan zina dan udang-undang sivil pula membenarkan amalan-amalan riba yang diharamkan oleh Islam.

Malah negara-negara Islam yang baru merdeka, malah juga yang telah lama merdeka sekalipun, masih belum merdeka dalam erti kata yang sepenuhnya dalam erti katanya yang sebenar. Kebanyakan negara-negara Islam hanya hebat dalam bidang politik sahaja, tapi dari segi yang lain mereka masih bergantung kepada bekas-bekas penjajah mereka, terutama dari segi ekonomi dan kebudayaan.

Apa yang tinggal kepada umat Islam hanya bidang kekeluargaan, mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah isteri dan anak-anak, hadhanah dan iddah. Itu sahaja.
Dan undang-undang kekeluargaan Islam ini pula tidak banyak perbezaaan dengan undang-undang keluarga bukan Islam, kecuali orang-orang Islam tidak dibenarkann berkahwin dengan orang-orang bukan Islam, sebelum mereka memeluk agama Islam.

Akasnya model yang disajikan oleh penjajah di negara-negara jajahannya ialah untuk mengekalkan kuku penjajahannya dalam bentuk-bentuk baru, walaupun mereka telah memberikan kemerdekaan kepada sesebuah negara secara sukarela, seperti Malaysia, atau secara terpaksa seperti Indonesia dan lain-lain negara lagi. Dasar yang ditinggalkan oleh penjajah di negara-negara itu telah menimbulkan mala petaka, khususnya kepada umat Islam yang mencontohinya secara membabi buta dengan kepercayaan semua yang datang dari Barat itu baik belaka. Perbuatan mereka seperti ini bererti meminum racun untuk membunuh diri sendiri.

Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita Malaysia adalah akibat daripada kita terus mengamalkan sistem peninggalan penjajah yang telah terbukti kegagalannya untuk memajukan negara Malaysia. Justeru itulah kemudiannya lahir Dasar Ekonomi Baru [DEB]  yang disusun mengikut acuan kita sendiri untuk membangun semula ekonomi negara ini.

Demikian juga apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Revolusi Iran adalah salah satu lagi contoh yang jelas tentang kegagalan sistem yang ditinggalkan penjajah di negara itu.  Shah Iran yang berkuasa waktu itu amat prokan Barat, yang menyebabkan kuasa Barat telah berjaya memonopolikan ekonomi negara Iran, terutama dalam bidang perusahaan tembakau yang begitu menguntungkan waktu itu.

Negara Mesir semasa diterajui oleh Presiden Anwar Sadat telah melancarkan Perang Jihad pada tahun 1973 membuktikan kegagalan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah. Dalam peristiwa ini Islam telah dijadikan asas menggantikan semangat nasionalisma atau kebangsaan Arab yang sempit selepas kegagalan dalam beberapa siri peperangan dengan Israel pada tahun 1967 yang amat memalukan itu.

Justeru itu setiap negara Islam hendaklah berhati-hati dalam membuat sesuatu dasar untuk negara mereka, untuk dijadikan alternatif baru yang lebih sesuai dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang untuk negara mereka, bukannya terus mencontohi sistem Barat yang telah terbukti gagal dan mengecewakan itu. Di samping itu para pelaksananya pula mestilah terdiri daripada mereka yang cekap, bersih dan amanah serta brsemangat untuk mempastikan pelaksanaan dasar itu  berjaya mencapai matlamatnya yang unggul demi kepentingan agama, bangsa dan negara.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bhaaru




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP