Nama papa dalam islamhadhari.net

>> Wednesday, September 2, 2009

(Dalam profil Yusof Zaky Yaacob: setelah sepuluh tahun)
By Editor • January 5, 2009

....Untuk peringkat awal, majalah Dian hampir tidak menerima sumbangan penulis-penulis luar, melainkan bagi halaman “komentar” dan puisi. Tulisan-tulisan di dalam Dian keseluruhannya ditulis dan diterjemahkan/disadurkan oleh staf Dian sendiri, antaranya adalah Mohd. Zain Salleh (Razin MS). Bagaimanapun, pada tahap-tahap akhirnya, majalah Dian banyak menerima dan memuatkan makalah-makalah serta cerpen-cerpen penulis Malaysia sendiri; bahkan Pustaka Dian turut juga menerbitkan siri buku-buku sastera karangan penulis-penulis Malaysia, antaranya ialah antologi cerpen S.Othman Kelantan, Asmaranda, Mohd. Affandi Hassan dan beberapa penulis lain.


.....Dari pejabat di Lundang ini jugalah, pernah terbitnya Mingguan Kota Bharu pimpinan Mohd. Zain Salleh. Diterbitkan juga kemudiannya majalah Santajiwa, dan paling akhir, dalam dekad lapan puluhan, diterbitkan pula majalah Peristiwa. Dari pejabat di Lundang juga, Yusoff Zaky Yaacob membina kembali majalah Pengasuh, dengan beliau sendiri menjadi Ketua Pengarang, dibantu oleh Muhammad Uthman El-Muhammady, Abdul Razak Mahmud dan almarhum Ismail Awang. (Ustaz Razak Mahmud, yang pernah bertugas sebagai sidang redaksi majalah Dewan Masyarakat, kemudiannya pindah memimpin majalah Pengasuh sehingga beliau bersara wajib).


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP