>> Wednesday, June 16, 2010

BILA ANDA KLETIHAN?

ADA beberapa faktor yang menyebabkan seseorang merasa keletihan. Anda mugkin keletihan kerana beban kerja yang berlebihan di luar daripada kemampuan anda yang normal.

Anda mungkin keletihan kerana tidak mendapat cukup tidur yang diperlukan oleh anda.

Anda mungkin keletihan kerana mendapat tekanan perasaan yang menyebabkan jiwa anda bergoncangan.

Anda mungkin keletihan kerana penyakit-penyakit tertentu yang menempil pada jasmani anda.

Atau pun anda mungkin keletihan kerana adunan berbagai-bagai faktor yang tidak menyenangkan itu yang menyebabkan keadaan anda menjadi lebih parah.

Walau bagaimana pun dalam zaman moden ini, kajian-kajian menunjukkan faktor utama kepada keletihan yang telah merupakan penyakit zaman moden ialah tekanan atau stress. Malah hari ini stress inilah yang dipercayai menjadi sumber kepada berbagai-bagai jenis penyakit yang merbahaya yang di luar dari tajuk tulisan kita pada hari ini.

Tujuan utama tulisan ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai cara-cara untuk mengatasi keletihan itu. Cara ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi untuk mengatasi keletihan. Cara ini nampaknya mudah sahaja, tapi amat berkesan, jika dilakukan dengan keyakinan dan kesungguhan.

Mula-mula sebutlah nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kemudian anda hendaklah duduk dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan anda. Anda boleh duduk di kerusi, bersila atas lantai ataupun berbaring di atas katil. Mana yang lebih sesuai dengan anda. Secara perlahan-lahan tutup mata anda dengan rapat.

Kemudian bayangkan dengan jelas, anda sedang melakukuan sesuatu aktiviti yang amat anda minati dan sukai, seperti berkebun, bermain bola dan sebagainya.

Bayangkan anda melakukan aktiviti-aktiviti itu dengan penuh kesungguhan, kekuatan dan keceriaan yang memancar pada wajah anda sepanjang masa.

Bila anda merasa sudah mencukupi melakukan aktiviti yang anda minati itu, berhenti dan berihatlah dengan merasa kesegaran dan ketenangan yang menylimuti seluruh anggota badan anda. Dan bayangkan pula anda berada dalam suasana penuh kegembiraan.

Kemudian bayangkan dengan jelas anda sedang memasukkan segala problem-probelm yang anda kenali dan sedari menganggu dan menjadi punca kepada keletihan yang anda alami itu ke dalam sebuah bungkusan. Ikat bungkusan itu kemas-kemas, dan buang ke tempat pembuangan sampah.

Atau lebih baik lagi jika anda bayangkan anda bawa bungkusan yang penuh berisi itu ke atas sebuah jembatan di atas sungai yang air di bawahnya mengalir laju, lemparkan bungkusan itu ke dalam sungai dan anda dapat melihat bungkusan itu hanyut dibawa arus sungai yang mengalir deras itu menuju ke muara, dan tidak akan kembal-kembali lagi buat selama-lamanya.

Dalam keadaan yang penuh ketenangan, bukalah mata anda secara perlahan-lahan sambil mengucap syukur kpada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Semoga Alah mengurniakan anda dengan ketenangan, keamanan dan kebahagiaan dalam Mahabah dan Harmoni yang abadi.

Amin.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP