>> Thursday, June 10, 2010

PERISTIWA BULAN DISEMBER

Insyallah kita akan berusaha mengisikan ruangan ini dengan bebagai-bagai peristiwa penting yang telah berlaku setiap bulan di dunia Islam sepanjang tahun sejak dahulu hingga sekarang. Semoga memberi manfaat.


24 Disember 1915

[17 Safar 1334]

Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah sebuah agensi induk yang tertinggi dan terpenting dalam mengembangkan syiar Islam di negeri Kelantan Darulnaim.

Perasmian penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah disempurnakan oleh Sultan Muhammad IV di Pejabat Tanah lama Kota Bharu, yang terletak di hadapan Istana Balai Besar. Istiadat berlangsung dalam suasana yang gilang gemilang dan dihadiri oleh orang-orang kenamaan, pembesar-pembesar negeri Kelantan dan juga rakyat negeri ini.

Tujuan asal Majlis ditubuhkan sebagaimana terkandung dalam sebuah dokumen penting yang ditandatangani oleh Dato.’ Bentara Setia, Hj. Nik Mahmud bin Hj.Wan Ismail, berjodol,”Tujuan Majlis Agama Islam Kelantan Tahun 1916”.

*Mengadakan masjid-masjid

*Mengadakan sekolah-sekolah agama [Arab dan Melayu].

*Menterjemah kitab-kitab Arab [agama] ke dalam Bahasa Melayu.

*Membantu golongan fakir miskin,

*Menjalankan perniagaan.

Serentak dengan itu Sultan Muhammad IV telah melantik seramai 12 orang untuk menjadi Ahli Majlis. Mereka ialah:

Hj. Awang Muhammad Yusoff [Tok Kenali]

Hj. Wan Muhammad Hj.Abdul Samad.

Hj.Muhammad Said Jamaluddin

Hj. Wan Abdullah Abdul Samad

Muhamad Ghazali Arifin [Dato’ Bentara Luar].

Muhammad Daud @ Che Wook bin Salim

Nik Jaafar Hj. Nik Abdul Kadir [Dato’ Bentara Dalam].

Nik Wan Muhammad Amin Wan Musa

Tg. Abdul Rahman bin Sultan Muhammad ke III

Tamby Omar bin Tamby Kechik

Hj.Muhammad bin Khatib bin Hj.Muhammad Said

Hj.Mahmud bin Hj.Wan Ismail [Dato’ Bentara Setia].

Sejak ditubuhkan pada tahun 1915 hinggga ke hari ini peranan MAIK sebagai sebuah badan agama yang induk kian bertambah penting dalam menggembangkan syiar Islam di negeri ini khasnya, dan di seluruh Malaysia amnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP