HAJI ABDUL MANAN

>> Friday, June 4, 2010

HAJI ABDUL MANAN
Ilmunya Disembunyi


Jasanya amat besar dalam memberi pengajaran dan kesedaran kepada murid-muridnya yang begitu ramai, terutama di Sabak, Kota Bharu, Kelantan.


Selain dari Sabak, namanya juga harum sampai ke Sering, Tebing Tinggi, dan Kemumin serta di sekitarnya sebagai seorang guru agama yang terkenal yang diberi jolokan sebagai seorang jaguh yang handal dalam soal-soal hukum Islam.


Beliau ahli dalam ilmu mantik dan falak, feqah dan juga tasauf.. Namun begitu arah penghujung hayatnya, beliau menumpukan pengajarannya kepda ilmu tasauf.


Pada masa mudanya beliau terkenal sebagai seorang ahli pancak silat.


Haji Abdul Manan seorang yang zuhud. Namun begitu beliau tidak pernah meminggirkan kehidupan rumahtangganya dan tidak pernah membelakangkan kemajuan masyarakat.


Beliau seorang yang rajin dan usaha serta tekun dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
Beliau berasal dari Sumatera dilahirkan di sebuah kampung bernama “Padang Terusan Painan Berung-berung Belanti”.


Sekembali dari menunai ibadat haji di Tanah Suci Makkah dalam usia yang masih muda beliau pulan ke kampung halamannya. Kemudian belajar dengan seorang guru yang terkenal Tuan Haji Abdul Fatah di Kota Anau. Bila gurunya itu meninggal dunia beliau mengambil tempat gurunya mengajar.
Pada tahun 1910, dalam usia kira-kira 40 tahun bersama-sama dengan empat orang sahabat dan murid-muridnya beliau melakukan kembara ilmu, menuju ke Tanah Melayu, yang didengarnya sebagai gedung ilmu, terutama di Kelantan dan Patani.


Sewaktu berada di atas kapal beliau mendapat tahu di negeri Kelantan banyakan terdapat alim ulamak, lalu mereka pun mengambil keputusan menuju ke Kelantan. Akhirnya mereka sampai ke Kelantan dan meneap di Kota Bharu.


Di Kota Bharu menuntut ilmu dengan beberapa orang yang terkenal, antaranya Mufti Haji Wan Musa, Mufti Haji Idris, Tok Khatif Haji Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Umar Sungai Keladi, dan Tuan Kadhi Hj. Muhammad.


Di samping belajar dia juga mengajar. Gurunya Tuan Guru Haji Umar bila mendengar beliau mengajar, beliau mengaku anak muridnya seorang yang berilmu, tajam akalnya dan jauh pandangannya. Justeru itu beliau diizinkan mengajar bersama-sama dengannya.


Beliau bersahabat baik dengan Tok Kenali dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, murid Tok Kenali, yang terkenal dengan panggilan Tuan Guru Bunut Payung. Mereka selalu bertukar-tukar fikiran mengenai agama.


Beliau diberitakan pernah mendapat penghormatan daripada Almarhum Dato’ Laksamana yang terkenal itu.


Tapi beliau tidak suka berbangga-bangga dengan lautan ilmunya, kerana itu sentaisa meymebunyikan dirinya yang sebenar dari mata masyarakat.


Setelah lima tahun tinggal di Kota bharu, maka beliau pun berpindah ke Kampung Sabak yang pada masa itu amat buruk kadaan masyarkatnya. Beliau telah berusaha keras untuk membersihkan kampung itu daripada dindai oleh brbagai khurafat dan bidaah.


Beliau berkahwin dengan wanita Sabak dan dikurniakan dengan empat orang anak.


Haji Abdul Manan meninggal dunia pada malam Jumaat, 9 April 1959 bersamaan dengan 1 Syhawal 1378, kerana sakit tua meninggalkan bunga-bunga jasa yang terus semerbak wangi hingga ke hari ini.

6 comments:

Unknown August 18, 2014 at 2:05 PM  

Assalamualaikum ,saya amat berbesar hati kerana ustaz telah mendapat apa yang inginkan selama ini iaitu perihal siapakah Tuan guru haji Abdul Manan Sumatera..Sebelum itu izinkan saya perkenalkan diri saya, saya adalah cicit kepada arwah Tuan Guru Hj. Abdul Manan, dari sebelah anak lelakinya yang bernama HJ Mamat@Muhammad bin Abdul Manan.Nama saya ASMADI BIN ABDUL LATIF Sudilah kiranya ustaz berhubung dengan saya....kerana banyak perkara yg tersembunyi yg saya sendiri tidak ketahui...sekian terimakasih

Unknown August 18, 2014 at 2:05 PM  

Assalamualaikum ,saya amat berbesar hati kerana ustaz telah mendapat apa yang inginkan selama ini iaitu perihal siapakah Tuan guru haji Abdul Manan Sumatera..Sebelum itu izinkan saya perkenalkan diri saya, saya adalah cicit kepada arwah Tuan Guru Hj. Abdul Manan, dari sebelah anak lelakinya yang bernama HJ Mamat@Muhammad bin Abdul Manan.Nama saya ASMADI BIN ABDUL LATIF Sudilah kiranya ustaz berhubung dengan saya....kerana banyak perkara yg tersembunyi yg saya sendiri tidak ketahui...sekian terimakasih

Pondok Rahmat August 25, 2014 at 4:22 PM  

Walaikumusalam.Terima ka sih.Gembira mendengar khabar dari anda.Maaf lambat menjawab.

Unknown August 21, 2017 at 4:25 PM  

assalamualaikum tuan.

maafkan saya kerana lama mengambil masa untuk berbicara dengan tuan, sebenarnya kami sedang mencari susur galur hj abdul manan sumatera ini ..juga kami telah melihat satu portal berkenaan dengan Perang kamang 1908 yang berlaku di sumatera utara ....disini ada tertera nama Haji Abdul Manan yang berasal dari Belantiak ...apa yang menjadi tandatanya kami adakah Hj Abdul Manan itu orang yang sama kerana peristiwa perang kamang 1908 terlah berlaku pada 15 jun 1908 sedangkan pada 1910 moyang kami datang dari sumatera .Adakah orang adalah orang yang sama? sekian terimakasih.

Unknown July 1, 2019 at 11:37 AM  

Saya d Kota Padang Panjang....akan cuba tanya dimanakah kampong yg disebut dlm teks d atas

Pondok Rahmat July 8, 2019 at 10:25 AM  

Terima kasih. Jika ada sebarang maklumat harap dimaklum jua

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP