HJ. NIK MAHMUD ISMAIL

>> Friday, June 4, 2010

HJ.NIK MAHMUD ISMAIL

Hj.Nik Mahmud Ismail ialah Menteri Besar Kelantan dari tahun 1921 hingga 1924. Mula-mulanya bergelar Dato’ Bentara Setia dan kemudiannya bergelar Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja atau “Dato’ Perdana”.

Beliau adalah sahabat karib Tok Kenali sewaktu bersama-sama berguru kepada Haji Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustapha Al-Fatani di Makkah lagi.

Beliau adalah salah seorang daripada beberapa tokoh ulamak dan cendakiawan Melayu Kelantan pencetus idea untuk menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 1915 [17 Safar 1334] oleh KDYMM Sultan Muhammad IV. Lain-lain tokoh agama ialah Hj. Khatib bin Hj.Mohd Said dan Hj. Awang Mohd. Yusuff bin Ahmad yang lebih dikenali dengan nama Tok Kenali.

Beliau adalah salah seorang daripada 12 orang yang dilantik oleh KDYMM Al-Sultan Muhammad IV menjadi Ahli Majlis yang pertama

xxxxxxxxxx

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP