Kenapa Tak Beri Tudung?

>> Friday, November 5, 2010



KENAPA Tak Diberi Tudung?

Harian Metro 1 November 2010 muka H7 menyiarkan sebuah iklan mengenai sejenis bahan yang berguna untuk merawat tumit kaki yang rekah kerana terdedah kepada cuaca kering.

Antara lain dalam iklan itu terdapat ayat yang berbunyi “Cuaca di Makkah sangat kering nasib baik ada............memang mujrab”.

Dan juga ada kenyataan yang berbunyi “Sahabat Koporat TH”, dan terpampang sebuah logo Tabung Haji.

Di samping itu tertera juga gambar dua orang wanita yang menjadi penghias iklan.......Seorang daripadanya bertudung, tapi wanita yang seorang lagi yang memeluk wanita tersebut tidak pula diberi tudung dengan rambut dilepaskan dengan senyum yang menawan....Lihat gambar yang diperturunkan semula untuk perhatian.

Pada hemat penulis tentu lebih sesuai kiranya wanita yang tidak bertudung itu diberikan tudung kepala, kerana iklannya dikaitkan dengan Ibadat Haji dan juga Tabung Haji, lagi pun yang diiklankan ialah ubat tumit kaki yang rekah, bukan wajah.

Apa pandangan anda?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP