Kenapa Suka Berzina?

>> Sunday, February 13, 2011



KENAPA BERZINA?


SEJAK kebelakangan ini kita sering melihat dan mendengar perkataan “terlanjur” dalam tulisan atau ucapan-ucapan, biasanya perkataan terlanjur itu dirujukkan kepada kaum gadis atau wanita yang telah melakukan perkara terkutuk yang telah dilarang keras oleh agama melakukannya.


Sebenarnya perkataan terlanjur itu diperindahkan daripada perbuatan zina, entah apa tujuannya tidaklah dapat dipastikan, dan entah siapa pula yang mula-mula mempergunakan perkataan itu tidaklah juga dapat dipastikan. Walau apa pun perkataan yang digunakan, ia tetap membawa erti zina, atau bermukah dalam bahasa Melayu lama, dan “berkhendak” dalam bahasa lama Kelantan.


Bagi kita perkataan zina itu lebih sesuai, kerana ia terus terang membawa erti persetubuhan yang dilakukan di luar perkahwinan yang sah antara lelaki dan perempuan, yang dilakukan bukan kerana “terlanjur” atau tidak sengaja tapi dengan tujuan untuk mencari kepuasan nafsu diri sendiri.


Saya tidak bermaksud untuk membicarakan perzinaan yang diperdagangkan di antara lelaki dengan pelacur-pelacur wanita yang memilih perzinaan sebagai profesion hidup mereka. Dalam kegiataan seperti ini terdapat pembayaran tertentu yang dikenakan oleh pelacur-pelacur wanita itu terhdap lelaki yang mereka layankan nafsu seks mereka yang sarakah itu.


Dalam tulisan pendek ini saya hanya ingin membicarakan tentang perzinaan yang tidak melibatkan pembayaran atau melibatkan perdagangan, biasanya dilangsungkan atas dasar suka sama suka di antara seorang lelaki dan seorang wanita, terutama di kalangan remaja lelaki dan juga remaja perempuan yang ingin melempiaskan nafsu seks mereka tanpa mengira halal atau haram.


Malah tidak jarang pula, wanita-wanita yang telah berusia, terutama janda-janda yang terlibat dalam perzinaan, dengan lelaki yang mempunyai isteri atau duda-duda yang masing-masing tidak dapat menahan gelora nafsu mereka yang telah digoncang oleh syaitan laknatullah.


Malah lebih malang lagi ada wanita-wanita yang masih mempunyai suami terlibat dalam perzinaan dengan lelaki lain yang menjalin cinta terlarang dengan wanita tersebut yang akhirnya mengheret mereka ke arah perzinaan yang dikutuk oleh Allah S.W.T.


Kenapa Berzina


Pengaruh kawan-kawan yang liar boleh mendorongkan seseorang gadis terlibat dalam hubungan seks haram di luar pernikahan, tegasnya terlibat dalam perzinaan yang terkutuk itu.


Bahan-bahan lucah dan filem-filem porno yang boleh diperolehi dengan mudah di pasaran dan juga di dalam internet boleh mendorongkan muda-mudi kita terlibat dalam perzinaan. Hari ini bahan-bahan biadab itu hanya terletak di hujung jari sahaja.


Pernah keluar iklan-iklan yang mendakwa perbuatan membiarkan diri mereka dikucup dan dicium oleh lelaki itu boleh menyebabkan anak-anak gadis kelihatan lebih cum, dan cantik berseri dan lebih seksi.


Malah gadis itu mungkin telah terpengaruh dengan fahaman barat yang terpesong bahawa mereka tidak perlu lagi mempertahankan kesucian diri dan dara mereka sebagai seorang gadis hingga sampai ke malam pengantin yang dianggap telah jumud dan tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang.


Mungkin ada gadis yang berfikiran bahawa permainan seks adalah merupakan sebahagian ciri-ciri penting dalam setiap persahabatan, perkasihan, pertemuan, percintaan dan pertunangan, justeru itu mereka dengan kerelaan hati sendiri melibatkan diri dalam perzinaan.


Bertambah banyak dan mudahnya diperolehi alat-alat cegah mengandung menyebabkan bertambah ramainya gadis-gadis yang terlibat dalam perzinaan, justeru dengan itu bertambah ramailah anak-anak haram yang dilahirkan ke dunia.


Ada beberapa faktor menyebakan alat cegah mengandung itu tidak berkesan. Salah satu daripadanya mungkin ketika berada berdua-duaan di tempat sunyi tiba-tiba mereka segera terlibat dalam aktiviti-aktiviti seks yang mendorongkan mereka berzina tanpa sempat menggunakan alat-alat cegah mengandung,


Ataupun mereka telah bersedia dengan alat-alat cegah mengandung, tapi justeru aktiviti-aktiviti perasmaraan itu dilakukan tanpa rancangan, maka mereka tidak bersedia untuk memutuskan adegan seks mereka yang berlangsung itu untuk menggunakan alat cegah mengadung, jsuteru itu mereka teruskan perlakuan sumbang itu sehingga sampai ke puncaknya dan akhirnya berkesudahan dengan mengandng di luar nikah,


Malangnya ada di antara gadis-gadis itu, terutama yang berusia belasan tahun, tidak mengetahui bahawa percumbuan yang berat di tempat sunyi atau tersorok itu di antara lelaki dan perempuan boleh melorongkan mereka ke arah perzinaan bila nafsu telah melonjak-lonjak menjadi tidak terkawal.


Sedangkan berdua-duaan antara lelaki dan dan perempuan yang bukan muhrim di tempat-tempat yang sunyi itu boleh melorongkan berlakunya berbagai-bagai mukadimah persetubuhan yang akan melorong mereka kepada perzinaan.


Bila lelaki dan perempuan duduk-duduk berdua-duaan di tempat-tempat terpencil dan sunyi, orang ketiga ialah syaitan yang akan menjadi penghasut supaya mereka segera melakukan kerja-kerja maksiat yang keji dan dilarang keras oleh agama itu.


Mungkin juga ada anak-anak gadis yang menyangka perhubungan seks hanya sekali sahaja tidak membahayakan, tidak mungkin menyebabkan mereka mengandung, justeru menyebabkan mereka tidak berfikir panjang untuk berseda-sedap dalam perzinaan, yang berakhir dengan penyesalan yang tidak berkesudahan.


Dan yang malangnya bila seseorang gadis atau lelaki sekali terlibat dalam perzinaan, kemungkinan besar mereka mengulanginya lagi untuk ke beberapa kali seterusnya sehingga sampai ke satu tahap di mana mereka tidak boleh melakukannya lagi, kerana sang gadis telah bunting dan hendak bersalin.


Mungkin juga ada di antara muda-mdi itu tidak mengetahui bahawa hubungan seks di luar nikah itu adalah perzinaan yang membawa dosa yang besar dalam Islam yang akan menerima hukuman yang berat dari Allah SWT.


Justeru itu kita ibu bapalah yang bertanggungjawab kerana tidak memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepada anak-anak kita untuk mengenal dosa dan pahala, halal dan haram. Sedangkan ianya amat penting untuk menyelamatkan anak-anak kita dari terlibat dalam perzinaan.


Kita seolah-olah tidak sedar hanya dengan iman dan takwa dapat menyelamatkan manusia daripada berbagai-bagai kancah maksiat, khususnya perzinaan.


Senjata


Ibu bapa seharusnya tidak lupa hanya satu-satunya langkah yang berpaling berkesan untuk mencegah perzinaan ialah menjauhkan lelaki dan dan perempuan daripada berdua-duaan di tempat yang terpencil dan sunyi yang boleh mendatangkan fitnah, tegasnya boleh mendorongan mereka melakukan perzinaan.


Allah berfirman di dalam kitab suci al-Alquraan bemaksud:


“Seseorang itu dilarang megnhampiri perbuatan yang boleh membawa kepada zina, kerana zina itu perbuatan keji dan paling jahat”. Al-Isra’: 32.


Sedangkan ada pula ibu bapa yang bertindak seolah-olah merestukan anak-anak mereka keluar dengan pasangan-pasangan mereka tanpa mengira siang atau malam. Jika anak gadis mereka ingin keluar rumah di malam hari dengan teman lelaki mereka ibu bapa dengan mudah memberi keizinan, dan hanya berpesan, “jangan balik jauh-jauh malam”.


Mereka tidak sedar, lagikan Allah cemburu terhadap hamba-hambanya lelaki dan perempuan berdua-duan seperti ternyata dalam ayat al-Quran di atas. Allah Maha Mengetahui tabiat hamba-hambanya yang cenderung terpengaruh dengan bisikan syaitan untuk menjerumuskan mereka ke lubuk durjana.


Di samping itu ibu bapa terlupa untuk mendidik anak-anak mereka supaya menaruh rasa hormat dan malu kepada mereka, sedangkan tindakan tersebut dapat membuat seorang anak bererfikir berkali-kali sebelum melakukan sesuatu perkara yanga tidak baik kerana bimbang akan diketahui oleh kedua orang tuanya yang akan menyebabkan mereka menanggung malu besar kerana perbuatan anak mereka yang terkutuk itu.


Kerana tidak ada rasa malu kepada orang-orang tua itulah yang menyebabkan anak-anak muda, lelaki dan perempuan sanggup membawa balik atau menerima teman-teman mereka lelaki atau perempuan tidur bersama mereka dalam sebuah bilik di sebelah kamar orang tuanya yang sedang nyenyak tidur? Hanya manusia sanggup berbuat demikian.


Pernahkah anda terfikir bagaimana ada seorang anak muda masih di bangku persekolahan sering bererbut-rebut seorang wanita pelacur di sebuah kelab malam dengan ayahnya sendiri yang juga seorang pengunjung setia kelab malam tersebut? Dan perkara memang pernah berlaku dan bukannya khayalan.


Dan bila berlaku perzinaan, biasanya si gadis akan mengandung anak haram yang tidak dikehendaki bukan sahaja oleh kedua ibu bapanya itu, tapi juga oleh pihak keluarga, terutama di pihak keluarga perempuan. Justeru itu berlakulah pembuangan bayi yang begitu banyak berlaku pada hari ini. Buang bayi dan berzina dua perkara yang bertaut rapat dan tidak dapat dipisahkan. Kalau bayi itu hasil anak pernikahan, tidak ada ibu bapa akan memlemparnya, kalau tidak dikehendaki pun ia tidak akan dibuang tapi akan diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya.


Langkah yang tidak kurang pentingnya mengelak perzinaan ialah menyergerakan perkahwinan anak-anak muda yang mempunyai kemampuan untuk mendirikan rumahtangga. Kalau anak-anak telah bersedia, baik lelaki atau perempuan, kahwinkanlah mereka dengan sewajarnya daripada membiarkan mereka berkelana untuk mencari kepuasan yang haram.


Ingatlah kian ramai orang berzina, kian banyak anak haram dan kian banyak anak haram bererti kian banyak anak yang dibuang ke merata-rata tempat, kerana anak yang dibuang itulah adalah anak segera yang tidak dikehendaki, bukannya anak suci dan halal.


Tanyalah orang-orang tua apa yang diperbuat oleh mereka pada bayi yang baru lahir untuk mengelak dia daripada menjadi penzina di kemudian har? Selepas bayi itu diazan atau diqamat, ada lagi bacaannya untuk tujuan tersebut, baik anak itu lelaki atau anak perempuan. Cubalah risik-risikkan rahsianya.

xxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman, Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekaung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP