Rakyat Kelantan Dalam Sorotan Tun Dr. Ismail

>> Friday, April 15, 2011

ORANG KELANTAN DALAM SOROTAN TUN DR.ISMAIL


Kira-kira 40 tahun yang lalu, Allahyarham Tun Dr.Ismail, pada masa itu menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia telah melahirkan pandangannya tentang rakyat Kelantan. Pendapat beliau diutarakannya ketika berucap di majlis penutup Seminar Dan Perayaan Jubli Perak UMNO Kelantan yang telah diadakan di Dewan Perniagaan China, Kota Bharu, pada 21 Ogos, 1971. Kita siarkan sepenuhnya teks ucapan beliau itu sebagai sumber kajian.






Getusan Pendapat Tun Dr.Ismail


“Saya dapat memerhatikan bahawa antara neger-negeri di Malaysia Barat, rakyat penduduk negeri KelantanlaH yang ramai bersemangat berdikari, sentiasa tekun dan rajin dan dapat menumpukan tenaga terhadap pekerjaan mereka. Kelantan juga banyak mengeluarkan uama-ulama, cerdik pandai. Ramai juga bilangan penduduknya yang berhijrah dan wanita-wanita yang adventurous. Dari segi pemerintahan pula, Kelantan mengalami bebeRapa pemerintahan- Siam, British, PerIntah Raja sendiri, Jepun, Kerajaan parti Perikatan dan PAS.


Pengaruh dari pengalaman dan cara pemerintahan ini telah meninggalkan kesan menyebabkan rakyat Kelantan suka “aleh rasa”. Saya yakin dalam masa yang tidak lama lagi rakyat akan pilih Perikatan. Boleh jadi, antara faktur-faktur yang menyebabkan orang-orang Kelantan ini mempunyai sifat-sifat istimewa ialah kerana mereka banyak memakan zat protein. Di antara bahan-ahan tersebut ialah daging yang banyak dikeluarkan di negeri ini dan makanan yang lebih terkenal ialah BUDU. Inilah yang mendorongkan penduduk-penduduk Kelantan ini mencari berbagai-bagai pengalaman dalam perniagaan terutama sekali di kalangan kaum wanita.


Pengaruh-pengaruh yang turun dari sebelah utara iaitu orang-orang Siam yang sering bercampur gaul dengan orang-orang Kelantan menolong pada mewujudkan keadaan ini.


Sifat yang saya puji mengenai orang-orang Kelantan ialah kebolehan mereka mengumpulkan dan menggunakan wang. Dato’ Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi UMNO Kelantan adalah satu contih yang baik. Dia Ketua Besar Bank Bumiputra. Dia juga Pengerusi PERNAS.


Dalam hubunnga ini, umpamanya petani-petani di Kelantan yang bertanam padi, menjualkan apa yang mereka fikirkan lebih dari kegunaan sendiri dan menyimpan bahagian-bahagian untuk kegunaan setahun.

Saya juga mendapati bahawa sifat-sifat perniagaan yang turun dari ajaran praktik Nabi Muhammad s.a.w. sangat mempunyai pengaruh besar di kalangan penduduk-penduduk. Bahkan mereka mengikut pula sifat-sifat peniaga moden seperti menjual barang-barang pada ketika harga naik dan bekalan kurang. Selain daripada itu, orang-orang Kelantan ini mempunyai sifat tawadhu’ dan taqwa kepada Tuhan. Inilah yang menyebabkan mereka mempunyai disiplin dan juga sifat-sifat tradisi yang digalakkan oleh ugama itu.


Saya juga mendapati bahawa sebahagian daripada ahli-ahli perniagaan di Kelantan ini boleh bersaing dengan golongan bukan Melayu sekiranya mereka diberikan peluang-peluang yang tertentu.


Dalam usaha kita menggalakkan Melayu memasuki masyarakat perniagaan dan perdagangan, saya rasa temapt yang paling sesuai untuk dimulakan ialah negeri Kelantan. Oleh sebab mereka telah pun mempunyai asas dan kecenderungan untuk menceburkan diri di dalam lapangan tersebut.


Peniaga-peniaga Melayu daripada Pantai Barat bolehlah mengambil contoh tauladan daripada pengalaman-pengalaman praktik yang telah diamalkan oleh penduduk Kelantan ini.


Dengan itu, saya suka menganjurkan supaya orang-orang daripada Pantai Barat yang cenderung dalam lapangan perniagaan ini patutlah berhijrah sementara ke Kelantan untuk meninjau keadaan-keadaan di sini dan mempelajari cara-cara masyarakat di sini menjalankan perniagaan. Saya tahu isteri-isteri kurang senang bila suami berhijrah seperti ini kerana keadaan-keadaan yang menarik di Kelantan. Tetapi kalau niat baik dan tujuan baik tentulah akan mendatangkan kebajikan kepada diri dan negara”.



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP