Mana Tudungnya?

>> Friday, April 22, 2011






MANA TUDUNGNYA?

Semalam saya terbaca sebuah buku teks “Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah” berjodol “Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4” untuk Sekolah Kebangsaan. Buku itu terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementeriaan Pelajaran Malaysia tahun 2010.


Ketika saya membalek-balek buku tersebut, saya terlihat bab yang berjodol “Keunikan Pakaian Yang Kita Warisi”, pada muka surat 49.


Dalam bab ini diterakan gambar-gambar orang yang memakai berbagai-bagai jenis pakaian yang terdapat di Malaysia, seperti Baju Melayu [pakaian lelaki] dan baju kurung [pakaian wanita Melayu], Ceongsam, Samfu, Kelambai, Dhoti, Sari dan Sinuangga.


Ketika saya menengok-nengok buku itu, tiba-tiba datang cucu perempuan saya yang berusia kira-kira tiga tahun, tapi petah bercakap dan banyak soal jawabnya.



“Atok tengok gambar siapa ni?”. Dia bertanya sambil jari telunjuknya diletakkan ke atas gambar wanita yang berbaju kurung itu.


“Atok tak kenal siapa kakak ni”, jawab saya.


“Kakak ni cantik atok. Tapi tak pakai tudung”.Kata cucu saya itu


“Yalah, tak ada tudung”, jawab saya.


“Mana tudungya atok?”. Dia terus bertanya.


“Dia tak ada tudung barang kali. Wan [neneknya], kata orang perempuan tak baik,tak pakai tudung, kan?”.Bertanya lagi cucu saya itu.


“Yalah,” jawab saya,”Orang perempuan kena pakai tudung”.


“Kenapa kakak ni tak pakai tudung? Mana tudungnya atok?” Tanya lagi anak kecil itu.


Belum sempat saya menjawab, dia berkata, “Nanti besok, atok pergi kedai, belikan tudung untuk kakak ini, bolehkan tok?”.


“Boleh.Boleh.Nanti atok belikan tudung untuk kakak ni” jawab saya.


“OKlah! Jangan lupa atok beli tudung untuk kakak”.


Ya juga kenapa wanita yang berbaju kurung dalam gambar tersebut tidak dipakaikan tudung?


Yang dapat menjawab pertanyaan itu hanya penyusun buku tersebut dan pihak Dewan Bahasa Pusaka sahaja.


Atau adakah mana-mana pembaca boleh menjwabnya.


Lagu mana ni? Tanya saya dalam hati.


Sekian.


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman,Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP