Mangsa MENGAMBANG Tak Bertemu Jodoh

>> Friday, April 22, 2011



MANGSA MENGAMBANG TAK BERTEMU JODOH

Walaupun ada berbagai-bagai jenis sihir, dan ada berbagai-bagai tujuan orang menggunakan sihir, tapi pada umumnya satu sahaja tujuannya, iaitu mengkhianati atau membinasakan orang lain dan kebanyakannya berpunca dari hasad dan dan dengki.


Salah satu tujuan sihir yang kerap digunakan ialah untuk memecah-belahkan rumah tangga atau mencerai-beraikan suami isteri, kebanyaknnya dengan tujuan untuk merampas suami atau isteri mangsa kerana menurut hawa nafsu yang telah dirasuk syaitan.


Dalam persoalan untuk memisahkan seseorang ini ada sejenis sihir yang dipanggil mengambang. Mengambang mengikut erti yang biasa ialah terapung-apung atau terkatung-katung, seperti jika dikatakan, “Bulan purnama mengambang di langit biru”.


Di sebalik erti yang biasa itu, ada lagi maksud yang tersembunyi yang memberi erti yang berlainan di kalangan masyarakat tradisi kita, iaitu membawa makna seseorang anak teruna atau anak dara yang terkena sihir yang menyebabkan mereka terhalang untuk mencari pasangan hidup.


Akibat terkena sihir mengambang itu mangsa berada dalam keadaan terapung-apung atau terkatung-katung tanpa berjaya memperolehi teman hidup.


Seperti biasa pendengki memperalatkan makhluk-makhluk halus yang mempunyai berbagai-bagai jenama, hantu, berbagai-bagai jenis hantu, jin, berbagai-bagai jenis jin, dan syaitan-syaitan untuk mencegah seseorang yang masih belum berumahtangga, terutama anak-anak gadis daripada mendapat kongsi hidup buat selama-lamanya..


Gadis itu mungkin seorang yang rupawan dan menjadi rebutan pemuda, daripada keluarga yang baik dan dimulai orang, dan mempunyai kedudukan yang baik, mempunyai harta atau kerja yang memuaskan, tapi tidak mendapat suami kerana dia dimengambangkan oleh para pendengki.


Demikian juga kiranya mengambang ini dikenakan ke atas seseorang pemuda, walaupun dari segi rupa paras, dari segi keluarga dan juga pendapatannya baik, tapi sukar baginya untuk mendirikan rumahtangga, kerana kesukaran mencari calon.


Seseorang gadis yang dimengambangkan ini, ada-ada sahaja yang menjadi penghalang kepadanya untuk diijabkabulkan sebagai seorang isteri, walaupun pertunangan mungkin telah diikat dengan seseorang pemuda berdasarkan cinta. Malah persetujuan keluarga dari kedua-dua belah pehak telah diperolehi dan tarikh untuk disatukan pun telah disepakati, tapi entah mengapa dengan tak semena-mena perhubungan itu terburai dan perkahwinan terpaksa dibatalkan.


Mungkin kerana terkena sihir mengambang, pehak lelaki dengan tak semena-mena merasa tawar hati untuk meneruskan pekahwinannya dengan gadis pilihan hatinya itu, atau pun sebaliknya pehak perempuan merasa tawar hati tehadap sang pemuda lalu mendorongkan mereka mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya dengn pemuda pilihan hatinya itu, walaupun telah dirancangkan begitu lama.


Dalam perpisahan ini tidak ada sebab-sebab yang jelas kenapa ia berlaku dengan begitu mudahnya, dan ia mungkin bermula daripada pehak lelaki ataupun bermula daripada pehak perempuan, ataupun pehak orang tengah yang tiba-tiba mendapat alasan untuk memutuskan hubungan tersebut. Pendeknya ada-ada sahaja berbagai-bagai sebab dari mana-mana pehak, ataupun daripada semua pehak yang terlibat dalam urusan perkahwinan itu mempunyai alasan masing-masing untuk memutuskan tali silaturahim yang telah dimulakan itu.


Andainya perkahwinan itu diteruskan juga dalam keadaan salah seorang daripada mereka telah menolaknya kerana dipengaruhi oleh sihir mengambang yang belum dipulihkan itu, ia mungkin akan berakhir dengan kedukaan, iaitu perpisahan yang tidak dirancangkan selepas itu.


Kadang-kadang kita pernah mendengar khabar tentang berlakunya kekcohan pada malam perkahwinan di rumah pengantin perempuan. Malam yang manis penuh impian indah untuk kedua pengantin itu telah bertukar menjadi pahit dan getir. Bila saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, pengantin perempaun bukan sahaja tidak dapat menerima kehadiran suaminya, malah kerana tidak dapat menahan kebenciannya yang meluap-luap lalu menendang suami yang baru menikahinya itu hingga terjatuh ke bawah katil.


Salah seorang kenalan saya mengalami nasib malang pada hari perkahwinan mereka. Perkara yang tidak diduga telah berlaku walaupun pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar. Pada malam perkahwinan yang bersejarah itu, dia bukan sahaja ditendang dari katil ketika hendak membaringkan dirinya di sebelah isterinya, malah dia telah dihalau oleh isterinya yang tiba-tiba naik angin dan bertukar menjadi garang, menyebabkan dia terpaksa lari dari bilik pengantin dengan terjun meneursi tingkap.


Alangkah malunya, lebih-lebih lagi kerana keluarga di sebelah pehak perempuan masih lagi ramai tinggal di rumah itu, untuk membantu kelancaran perjalanan majlis, kerana ramai juga tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.


Besoknya dia melepaskan talak ke atas isterinya itu. Berapa talaknya, saya tidak pernah menanyanya, kerana ia merupakan perkara sensitif. Yang pastinya sampai ke hari ini, lebih dari 30 tahun telah berlalu, dia masih belum kahwin-kahwin, barang kali dia telah serik. Saya pernah cuba menanyanya kenapa dia tak kahwin-kahwin lagi, tapi kerana mendapat jawapan yang tidak menyenangkan, saya pun tidak bercadang untuk bertanya lagi.


Beberapa orang kawan saya lagi pula menceritakan perkahwinan mereka bukan sahaja tidak kekal, tapi berakhir dalam masa yang amat singkat. Ada perkahwinan itu hanya bertahan beberapa hari sahaja, ada seminggu, ada sebulan, kerana isteri mereka secara tiba-tiba tidak sukakan mereka tanpa sebab-sebab yang wajar.


Salah seorang daripada kawan saya itu memberitahu usia perkahwinannya hanya beberapa sahaja dan masih belum berkesempatan bersama dengan isterinya itu. Tiba-tiba dua hari selepas diijabkabulkan, iseterinya telah menuntut cerai, tapi kerana dia enggan melafzakannya, isterinya itu membuat tuntuan cerai di mahkamah, dengan membuat alasan dia tidak mampu menjalankan tugasnya sebagai seorang suami, kerana mati pucuk. Katanya alasan itu merupakan alasan yang direka-reka oleh isterinya, dan untuk membuktikan kebenarannya, dia rela diperiksa. Saya tidak sempat mengikuti kesudahan ceritanya yang pada masa itu masih lagi berjalan di mahkamah. Alangkah aibnya dia, katanya.


Katanya, dia percaya isterinya itu telah menjadi mangsa sihir seorang lelaki yang pernah tergila-gilakan isterinya sebelum mereka berkahwin.


Ada kawan-kawan yang lain pula pernah mengadu mereka mempunyai anak-anak perempuan, tapi walaupun usianya telah menjangkau lanjut masih lagi belum mendapat jodoh. Anak-anak gadis itu sempurna fizikalnya, malah boleh dikatakan cantik belaka, mempunyai pekerjaan yang stabil, tapi tidak mempunyai teman hidup. Secara lahirnya tidak ada apa kurang kepada mereka, tapi yang kurangnya mereka tidak mempunyai jodoh. Ada yang telah berkasih dan bercinta, tapi sampai ke peringkat untuk disatukan sebagai suami isteri timbul berbagai-bagai masalah yang tidak patut menyebabkan hubungan mereka putus. Akibatnya sampai ke hari ini mereka masih solo.


Ada di antaranya bukan sahaja meminta saya mencari menantu untuk mereka, tapi meminta “tolong” saya menyelesaikan masalah yang dihadapai oeh anak-anak perempuan mereka andainya saya mampu. Tapi apa boleh saya buat, saya bukan pawang, bukan bomoh, bukan perawat, saya hanya manusia biasa yang hanya mampu berdoa kepada Allah sebagai seorang hambaNya.


Sebenarnya kami, Allahyarhmah isteri, Asiah Yaacob [ya Allah limpahilah rahmatMu ke atasnya] dan saya kerap diminta bantuan untuk mencari suami, isteri dan juga menantu oleh orang-orang yang mengenali kami. Dan kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob memang sering mencari jodoh untuk mereka yang meminta tolong, dan setahu saya hingga ke hari ini jodoh-jodoh yang kami cari itu hidup aman dan damai sebagai suami isteri.


Berusaha untuk menolong mencari menantu, suami atau isteri untuk orang lain dan bukan untuk anak sendiri ini menggembirakan, dan kami mempunyai banyak pengalam dalam hal ini. Sewaktu kami tinggal di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur, pada suatu malam seorang wanita kenalan isteri saya berkunjung ke rumah. Tujuannya ialah meminta kami melamar seroang anak gadis untuk seeorang pemuda yang dikenalinya. Mengikut Mak Cik itu, kedua-dua anak muda itu saling cinta mencintai antara satu sama lain, dan kedua ibu bapa gadis telah merestui perhubungan mereka, dan kami hanya diminta berbincang secara rasmi dengan mereka.


Tanpa berfikir panjang lagi, kerana memikirkan usaha itu baik “untuk mendirikan masjid”, pagi besoknya kami pun pergilah ke rumah gadis itu untuk menemui orang tuanya. Mak Chik itu pun ikut serta. Kami membawa sedikit buah tangan kepada keluarga mereka.


Saya telah lupa jawapan yang diberikan oleh kedua suami isteri itu bila kami nyatakan hasrat kedatangan kami, tapi yang pastinya mereka kedua menolaknya mentah-mentah tidak sebagaimana digambarkan oleh Mak Chik itu kepada kami. Namun begitu, bagi kami itu adalah perkara biasa sahaja, kerana tdak mesti semua tawaran kita diterima orang.


Tapi ketika berada di rumah petang itu, kami amat terkejut bila jiran-jiran di sebelah rumah memberitahu bahawa pemuda tersebut, sehari sebelum itu telah membuat kecoh. Dia naik ke atas bumbung rumah pangsa dan menguggut untuk terjun membunuh diri kerana tidak puas hati dengan orang tua si gadis yang tidak bersetuju dengan hubungan mereka, dan memaksa supaya hubungan itu diputuskan.


Kami hanya ketawa.”Kita dah kena kat Mak Chik,” kata saya, sambil tersenyum dan terus ketawa geli hati. Kami masih lagi tersenyum bila terkenangkan peristiwa tersebut.


Walau bagaimana pun jika ada sesiapa yang merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka, dengan anak lelaki atau perempuan mereka, dengan keluagra mereka, jika masih belum mempunyai pasangan, walaupun usia telah jauh meninggalkan pengakalan, mereka hendaklah mencari sebab-sebabnya dan berusaha untuk mengatasinya, sambil berdoa kepada Allah supaya mereka memperoleh pasangan. Membiarkan perkara itu berlanjutan, tidak akan menyelesaikan problem yang timbul, malah boleh menjadikanya bertambah sulit dan parah. Takut-takut mereka jadi mangsa mengambang.


Gadis mengambang tidak akan mendapat suami, sementara lelaki mengambang pun tidak akan mendapat isteri, selagi mengambang itu tidak dihapuskan.


Kita hendaklah sentiasa awas dan waspada, jangan lupakan Allah bila-bila masa supaya hidup kita sentiasa selamat.


xxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.



4 comments:

Sha-Ina July 31, 2011 at 11:17 AM  

Sya pun mnghadapi mslah yg sma dgan psangn sya.. sya thu dia mmg sygkn sya, tp amt sush dia nk mngakuinya krna htinya blum trbuka utk brkhwin, wlaupun usia dh lnjut.. Dia ada mngaku mngnakan sihir pngasih kpda kwan sya utk mmbuatkn sya jtuh hti pdanya, tp dia tk prnah mnunjukkn tnda2 ingin mngmbil sya sbgai tman hdup. Sya prnh dbrtahu dia trkna mngambang yg mnutup pntu htinya utk brkhwin, sya pun tk thu apa nk buat skrg, smda trus mnantinya atau mnanggalknya, adakh mmpu sya mlupaknnya..

Unknown November 5, 2015 at 8:31 PM  

Salam
Says pu mghapi msalah yang sama.mcm mn utk sy hubungi tuan?

Unknown November 5, 2015 at 8:33 PM  

Salam
Says pu mghapi msalah yang sama.mcm mn utk sy hubungi tuan?

mad October 10, 2019 at 7:46 PM  

salam tuan...bagai mana cara cara untuk menghapus kn sihir ini?

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP