Adakah Anda Dah Matang

>> Monday, May 16, 2011


ADAKAH ANDA DAH DEWASA


Tubuh yang besar dan usia yang meningkat tidaklah memberi erti anda seorang yang telah dewasa atau matang dalam erti kata yang sebenarnya. Pengalaman-pengalaman kita dengan manusia sering menunjukkan perkara yang sebalik.



Ada orang-orang yang telah dewasa pada usianya, malah ada juga orang-orang yang termasuk dalam golongan warga tua, tapi peribadai dan sikapnya tidak menunjukkan dia seorang yang dewasa atau datang. Malah segala gerak laku dan percakapannya, dia masih berada dalam tahap yang mentah.



Demikian juga ada anak-anak muda yang usianya tidak seberapa, tapi segala perbuatannya merupakan kedewasan dan kematangan yang melebihi daripada orang dewasa, sesuai dengan ibarat, “kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa”., atau “kecil-kecil pun, cili api”.



Kita biasa mendengar sesetengah ahli politik bercakap merapo, bercanggah dengan fakta-fakta, bercanggah dengan logik, bercanggah-ruah dengan keadaan sebenar yang menunjukkan ketidakmatangan fikiran mereka, “childis”. Malangnya, ada pula orang-orang yang tidak matang mempertahankan pendapat yang tidak matang itu.



Ada beberapa ciri yang menandakan seseorang itu matang atau tidak. Perhatikan diri anda sendiri, adakah anda seorang yang matang, atau anda hanya matang pada usianya sahaja, tapi masih mentah pada fikirannya?



Adakah anda masih Ke anak-anakan?



Apa Perasaan Anda?



Cuba renung sejenak. Apakah perasaan anda ketika anda tamat dari belajar untuk terjun ke lapangan hidup?



Kalau anda merasa gembira, itulah tandanya, anda seorang yang matang, sebaliknya jika anda merasa tidak gembira dan sedih, kerana merasa masa belajar itu merupakan zaman gembira atau keemasan kepada anda, dan anda ingin kembali ke zaman tersebut, itulah tandanya anda masih belum matang, masih keanaka-anakan.



Tidak Matang



Jika isteri atau suami anda mengajak anda menghadiri sesuatu majlis yang memang pada fikiran anda baik dan berfaedah, apakah reakis anda?



Jika anda menerimanya degnan wajar dan pergi bersama, itu tandanya anda mempunyai sifat-sifat seorang yang matang, tapi sebaliknya jika anda mentah-mentah menolaknya dengan kata-kata yang kesat dan keras, maka dengan itu jelas menunjukkan anda seorang yang tidak matang.



Kesilapan



Jika anda membuat salah dan silap anda hendaklah bersedia mengakuinya, dan bersedia untuk menerima risikonya. Itulah peribadi manusia yang matang, berani mengaku dengan kesalahan sendiri.



Sebaliknya jika anda enggan mengaku, tidak pernah mengaku atau jarang sekali mengaku kesilapan dan kesalahan yang telah anda lakukan, itulah tandanya anda soerang yang “childis”, atau tidak matang.



Gembira



Seorang yang dewasa dan matang sudah tentu merasa syukur dan gembira bila mendengar khabar atau mendapat berita ada kawan-kawanya telah mendapat kejayaan atau memperolehi kebaikan atau keberuntungan dalam hidup mereka, baik berupa kenaikan pangkat, atau memperolehi harta benda dan sebagainya.



Sebaliknya seorang yang tidak matang akan merasa tidak senang hati, merasa terganggu kerana keberuntungan yang diperolehi kawan-kawannya itu dan menganggapnya mereka tidak layak menerimanya; dan ini mennunjukkan dia seorang yang pengiri hati dan pendengki, suatu sifat keji yang tercela dalam Islam.



Dia sepatutnya turut berbangga dan merasa bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh kawan-kawannya itu dan menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka.



Menerima Perubahan



Di dalam dunia ini tidak ada suatu pun yang statis atau beku, semuanya berubah-ubah dari masa ke masa, baik ia berupa perbuataan manusia atau ciptaan Allah SWT.



Yang dinamakan kemajuan itu sebenarnya perubahan yang berlaku dari satu tahap ke satu tahap, dan kalau tidak berubah, ertinya ia tidak maju atau statis. Namun begitu, hanya orang-orang yang berjiwa maju atau dinamis sahaja yang inginkan perubahan.



Oleh sebab itu sebagai seorang yang matang anda mesti bersedia menerima perubahan atau pembaharuan yang wajar yang tidak bercanggah dengan peraturan dan akhlak yang mulia. Menolak perubahan seperti itu secara membabi buta ertinya anda seorang yang tidak matang, dan jumud.



Sabar



Sabar adalah salah satu sifat mulia dan terpuji. Orang yang matang adalah orang yang penyabar, tidak lekas merungus marah atau berkeluh-kesah jika berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diingini.



Sabar itu senjata hidup. Sabar itu penyejuk dan pedamai, jika berlaku yang tidak menyenangkan, jiruskan ia dengan air kesabaran, dan redakanlah. Ingatlah ketentuan dari Allah SWT. lebih utama daripada impian dan usaha anda.



Sabar dan sabarlah, Insya Allah akan diberkati Allah. Sebaliknya tidak sabar ertinya menempah kesulitan.



Simpati



Jika anda mengetahui ada sahabat-sahabat atau kenalan anda mengalami kegagalan, atau tidak berjaya dalam usaha mereka, anda hendaklah bersimpati dengan mereka dan turut merasa kesedihan. Begitulah ciri-ciri seorang yang matang.



Justeru anda tidak boleh sama sekali mencemuh atau mengejek mereka sebagai manusia bodoh yang tidak pandai menyebabkan mereka gagal. Kalau aku yang buat perkara itu, sudah tentu berjaya.



Bersikap demikian membuktikan anda seorang yang bongkak dan sombong yang membuktikan anda seorang yang tidak matang.



Sungguh-sungguh



Jika anda diundang menyertai sesuatu usaha amal kebajikan, atau sesuatu aktiviti sosial, anda hendaklah melakukannya dengan sepenuh hati anda dan penuh tanggungjawab. Itulah ia tanda kematangan.



Oleh itu anda tidak melakukannya secara melepas batuk ditangga dan bersikap pura-pura, ibarat kata “mulut manis, xxxxx masam”. Untuk mengelirukan orang ramai dengan sikap anda yang hipokrit itu.



Tahu Mengguna Masa


Jika anda tinggal sendirian di rumah di petang hari, anda sepatutnya tidak merasa bosan dan jemu, kerana anda tahu cara-cara untuk menghabiskan masa anda yang berharga itu dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah, seperti membaca buku-buku atau majalah-majalah yang bernilai, atau menonton siaran tv yang mengandungi ilmu pengetahuan yang berguna, atau membersih sekitar rumah anda, dan bukan hanya semata-mata menghabiskan masa anda dengan menonton hiburan-hiburan yang menyegarkan perasaan dan melekakan nafsu anda sahaja untuk menghilangkan kebosanan yang melanda seperti perangai anak-anak muda yang tidak penuh akal fikirannya dan tidak matang jiwanya.



Cari Ilmu



Sebagai seorang yang matang, anda hendaklah sentiasa berusaha mencari ilmu dan menambah pengetahuan anda, termasuklah dalam bidang kerohanian, untuk melengkapkan diri anda sebagai seorang manusia yang berakal fikiran.



Anda tidak boleh merasa puas untuk menuntut ilmu, kerana ilmu itu makin dicari, makin terasa kekurangan dan kebodohan diri, sebab lautan ilmu Allah itu amat luas, tidak berhujung dan tidak bertepi.



Oleh sebab itu anda tidak boleh mengambil sikap negatif, tidak mahu belajar, kerana merasa diri telah cukup pandai, ilmu telah penuh di dada. Ini tandanya anda seorang pemalas atau tidak lagi matang.



Menutut ilmu menjadi kewajipan dari buaian sampai ke liang lahad.


Demikianlah sebahagian daripada sifat-sifat manusia yang dewasa dan matang dalam kehidupan ini yang memerlukan kematangan untuk mencapai kejayaan dalam mengharung lautan kehidupan yang tidak berhujung dan bertepi ini.



Sekian.


Xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



3 comments:

Anonymous,  June 11, 2011 at 1:24 PM  

Salam..Tuan Pondok Rahmat,syukur sy nak ucapkan trima kasih dan tahniah di atas entri yang bermakna ni..sy sekadar menyinggah,entah mengapa setelah mmbca entri tuan perihal kematangan diri ni,sy cukup rasa terkesan dan lega..tak semena2 hati bagai dipujuk dan tersedar betapa diri ini masih belum cukup matang mendepani kehidupan..bagai terungkai 'sesuatu' yg selama ini tersembunyi dlm diri ini..syukran ya tuan..

Unknown January 3, 2014 at 1:21 PM  

Jika seorang yang pendiam.. Sukar bergaul dengan orang lain tentang cerita2 kosong. adakah itu ciri-ciri seorang yang masih belum matang?.

Pondok Rahmat January 4, 2014 at 8:58 AM  


Dalam masyarakat kita "pendiam" itu mempunyai dua erti. Tidak bercakap langsung dan bercakap tidak banyak. Bercakap hanya bila perlu. Diam yang pertama, kaku seperti batu, tidak wajar, kurang matang. Tapi diam yg kedua memanglah wajar. Bercakap banyak yang kosong tidak berfaedah. Jadi tukang lawak. Tidak matang. Sukar bergual juga tidak matang. Kita hidup di kalangan manusia, mesti bergaul. Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa untuk berkenalan satu sama lain. Sekian.Wallahuaklam.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP