Muzik, Ikan dan......

>> Wednesday, May 11, 2011



MUZIK, IKAN dan………

Secara umumnya bila disebut muzik ialah segala bunyi-bunyian yang dicipta untuk melahirkan perasaan, biasanya dengan bahan-bahan-bahan yang dipanggil alat muzik.


Alat-alat muzik ini ada berbagai-bagai jenis dan berbagai-bagai bentuk yang berbeza-beza, kerana itu namanya pun berbeza-beza pula.


Secara umumnya alat-alat muzik ini ada yang berbentuk tradisonal yang telah digunakan sekian lama secara turun-temurun dari generasi ke generasi, di samping itu ada pula alat-alat muzik baru yang dicipta oleh generasi baru yang berbeza dengan alat-alat muzik tradisional itu.


Walau apapun bentuk dan namanya, tujuan alat-alat muzik adalah sama, iaitu untuk mencurahkan berbagai-bagai perasaan, baik riang, gembira, atau sedih dan dukacita, benci dan cinta.


Biasanya bunyian-bunyian muzik itu akan akan diiringi dengan lagu-lagu nyanyian selaras dengan maksud lagu muzik itu dicipta.


Bunyi-bunyi muzik memang dapat memberi kesan kepada perasaan dan jiwa manusia untuk membawa mereka ke alam kesedihan, kegembiraan, kedukacitaan atau bersemangat.


Malah menurut kajian selain daripada manusia, muzik juga dapat mempengaruhi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dikatakan tidak berperasaan dan berakal itu. Saya pernah menulis tentang hasil-hasil kajian mengenai kesan-kesan muzik terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


Kali ini saya ingin mendedahkan mengenai satu kajian khusus yang mengenai kesan-kesan muzik terhadap ikan-ikan yang menjadi sebahagian daripada makanan kita setiap hari.



Pengaruh Muzik Terhadap Ikan


Pada suatu ketika dahulu, satu kajian telah dilakukan oleh sekumpula ilmuan-ilmuan untuk mengetahui adakah ikan sukakan muzik seperti manusia juga? Ujian itu dilakukan di Laut Carribean, oleh ilmuan Leslie Lieber.


Laut Caribbean bersempadan dengan negara Meixo dan Amerika Tengah di sebelah barat dan barat daya, Greater Antilles di sebelah utara dan Lesser Antilles di sebelah timur. Luasnya kira-kira 2,754,000 km.


Para ilmuan telah lama mengetahui bahawa ikan-ikan ada mengeluarkan bunyi-bunyinya yang tersendiri. Ilmuan Jerman Otto Krummek menjelaskan bunyi itu dalam bahasa German kedengaran seperti berikut:


“zischeen, schnurren, knawen, knurren, grumzen, trommenth, pfeiffen”.


Walau bagaimanapun para ilmuan tidak berpuas hati setakat itu sahaja, mereka lebih jauh lagi ingin mengetahui apakah jenis muzik yang digemari oleh ikan-ikan, dan sebaliknya apakah muzik yang tidak disukai oleh mereka?


Untuk mencari jawapannya, Leslei Lieber telah melakukan penyiasatan yang khusus mengenainya. Beliau pernah menaiki sebauh kapal selam sepanjang 64 kaki dan seberat 25 ton dan dipandu oleh James W.Fizgerald, seorang ahli fizik yang terkenal dan salah seorang ketua ilmuan-ilmuan di Makmal Geraldines.


Dalam progrem itu, satu pasukan tinggal di atas kapal untuk memainkan muzik pada alat pembesar suara yang disambungkan ke dalam laut, dan sepasukan lagi terdiri dari tiga orang penyelam untuk membuat laporan tentang kehadiran ikan-ikan. Bila mendapat laporan tentang kemunculan ikan, maka pasukan di atas kapal pun langsung memainkan muzik-muzik yang tertentu.

Menurut laporan, mula-mula mereka memainkan lagu Elvis Percely yang berjodol Hound Dog untuk diperdengarkan kepada ikan-ikan yang bergerak menghampiri tempat mereka menjalankan kajian itu. Elvis ialah satu-satu penyanyi Amerika yang paling popular sepanjang abad 20 yang terkenal sebagai “King of Rock and Roll”. Hound Dog adalah salah sebuah daripada begitu banyak nyanyian Elvis yang termasyur.[8 Januari 1935-16 Ogos 1977].


Beberapa detik kemudian, ketua penyelam Parker melaporkan bahawa ikan-ikan itu tidak sukakan lagu tersebut. Katanya sebaik-baiak sahaja lagu itu dimainkan, ikan-ikan itu pun lari bercerai-berai, kecuali seekor ikan bertindak membesarkan diri seolah-olah sedang menghadapi ancaman bahaya.


Kemudian mereka memainkan pula rakaman gesekan biola ciptaan Johann Sebasstian Bach. Ketua penyelam itu segera melaporkan bahawa ikan-ikan itu masih kelihatan berhati-hati, tapi mereka sedikit demi sedikit datang merapat kembali.


Johann S. Bach adalah bangsa Jerman, dan seorang penggubah lagu, pemain viola, dan pemain hapiskod yang terkenal.[21 Mac 1685-28 Julai 1750].


Selepas itu mereka mainkan pula lagu jaz yang berjodol Jessica Birthday oleh penggubah lagu yang terkenal Cannonball Adderley. Tapi lagu itu membuat ikan-ikan itu kebingongan.


Akhirnya mereka mainkan lagu ciptaan Mitch Miller yang berjodol Wedding Bells Are Breaking dan Up That Old of Mine Gang. Mengikut ketua penyelia,, semua ikan sukakan lagu tersebut.


Mitch Miller ialah seorang ahli muzik, penyanyi dan pemimpin pencaragam bangsa Amerika yang termasyur. [4 Julai 1911-30 Julai 2010].


Semua ini dengan jelas menunjukkan bahawa ikan-ikan juga mempunyai selera terhadap muzik.

Maka dengan terbuka rahsia tersebut, bererti terdedahlah satu cara untuk menarik ikan-ikan datang ke sesuatu tempat atau bagaimana caranya untuk menghalau mereka daripada suatu tempat tertentu. Dan ini dapat dilakukan dengan mudah, iaitu dengan menggunakan muzik sahaja,



Mencuba


Andainya anda seorang pemelihara ikan, atau gemar memelihara ikan hiasan yang dipelihara di dalam kolam-kolam atau di aquarium, anda bolehlah membuat ujian sendiri kesan-kesan muzik terhadap ikan-ikan anda. Cubalah anda perdengarkan berbagai-bagai jenis lagu kepada ikan-ikan itu dan cuba perhatikan riaksinya, mana yang disukai oleh ikan-ikan itu dan mana yan tidak disukainya?


Selain daripada muzik-muzik biasa, anda juga boleh memperdengarkan ikan-ikan dengan bacaan-bacaan ayat suci al-Quran atau lagu-lagu berunsur kerohanian, dan lihat apa riaksi mmereka?


Kita hendaklah ingat bahawa semua benda dalam dunia ini berzikir kepada Allah dengan cara-cara tersendiri. Cuma kita yang sedikit pengetahuannya ini, tidak menyedarinya.


Saya pernah mendengar seseorang yang sedang berada di tepi sebuah kolam ikan hiasan di sebuah hotel, merenung ikan-ikan warna warni di dalamnya, tiba-tiba berseru,”Dengar itu, ikan-ikan itu berzikir menyebut nama Allah”.

Allah berfirman, maksudnya, “Bertasbih [menyatakan kebesaran dan memuji] kepada Tuhan, langit yang tujuh, bumi dan apa yang di dalamnya, dan tak ada sesuatu pun, hanya semata-mata memuji Tuhan dengan kemuliaan-Nya, tetapi sayang, kamu tdiak mengerti pujian mereka itu, sesungguhnya Dia penyantun dan pengampun”.Al-Israk:14



Tidak Serasi



Bagi saya, saya telah membuat kesimpulan saya tidak serasi memelihara ikan. Sejak kecik lagi saya telah cuba memlihara ikan, termasuk ikan sepilar yang ditangkap di sawah padi, dan dipelihara dalam botol kaca, tapi tidak menjadi.


Saya suka mencari ikan, tapi juran orang dimakan ikan, tapi juran saya walaupun berpuluh-puluh bilah saya menahannya di kawasan yang sama, tidak ada seekor ikan pun sudi menyentuhnya. Sedang sidin [sejenis juran] orang lain umpam-umpamnya galak ditelan ikan-ikan yang memang banyak di situ.


Kalau saya ikut pergi bersama dengan orang mencari ikan, biasanya mereka akan merasa hampa, kerana tidak memperolehi ikan atau mendapat ikan tidak sepatutnya mereka perolehi.


Pada suatu waktu saya dan isteri, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] berada di Seberang Perai. Pada satu pagi saya ikut Pak Manaf pergi menjala ikan. Biasanya setiap kali pergi menjala, pasti dia akan membawa balik ikan-ikan yang banyak. Justeru setiap kali pergi menjala, isterinya di rumah telah terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan yang perlu untuk memasak ikan-ikan yang akan dibawa balik oleh suaminya nanti.


Demikian juga isteri saya hari itu, telah siap dengan awahnya [bahan-bahan masakan] untuk masak ikan asam pedas tempoyak, kerana yakin kami akan membawa balik ikan seperti biasa bila Pak Manaf pergi menjala.


Pak Manaf tahu di mana lubuk ikan di Seberang Perai itu. Hari ini habis semua lubuk yang diketahuinya, kami pergi, tapi seekor ikan pun tak dapat. Jala kosong yang kami bawa balik yang diletak dalam raga motosikalnya.


Kemudian setelah menjala ikan di beragai-bagai tempat gagal, dia pun mengajak saya balik. Bila sampai ke rumah, Pak Manaf meninggalkan saya, dan dia pergi seorang diri membawa jalanya. Dan tidak lama kemudian, dia pun pulang dengan membawa selonggok ikan yang cukup untuk dimakan oleh dua keuarga.


Kenapa? Saya pun tak tahu. Mungkin hanya cara kebetulan!


Walau bagaimana pun janganlah anda jadi seperti:


Ikan-ikan di kaca


Burung-burung di sangkar


Sama terseksa


Mata terlepas


Badan terkurung


Terbanglah ke angkasa lepas


Berenanglah ke semudera luas.


Nikmatlah kebebasan Ilahi!


Wallahua’klam.



xxxxxxxxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP