Tikus-tikus Membawa Duka

>> Wednesday, July 20, 2011




TIKUS-TIKUS MEMBAWA DUKA



Tikus ialah sejenis haiwan kecil, tapi bahayanya lebih besar jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan jenis besar yang dianggap ganas dan kejam, seperti harimau, serigala dan singa.



Sejauh yang diketahui, seperti manusia juga, tikus ada beberapa jenis, seperti tikus rumah, tikus padang, tikus hutan dan tikus tanah atau dikenali sebagai mukus.



Walau bagaimana pun, ada sesetengah manusia suka mengambil tikus untuk dijadikan haiwan pet yang diletak dalam sangkar dalam rumah, seperti penggemar burung memelihara burung. Biasanya yang dijadikan pet itu ialah tikus putih.



Bahaya Tikus


Tikus-tikus ini walau pun bertubuh kecil, tapi ia menjadi ancaman kepada manusia, dengan menimpakan berbagai-bagai kerosakan dan menyebarkan kuman-kuman penyakit sejak ribuan tahun yang lampau lagi.



Di sawah dan di ladang, tikus-tikus ini merosakan tanaman-tanaman dan juga memakan buah-buahan, seperti memakan padi-padi bagi tikus-tikus yang tinggal di sawah dan memakan sayur-sayuran seperti labu dan timun bagi tikus-tikus yang tinggal di ladang-ladang.



Bagi tikus-tikus yang menghuni rumah manusia, mereka merosakkan peralatan-perlaatan rumah, seperti mengigit almari bantal, tilam dan sebagainya.



Mereka juga berebut-rebut memakan makanan-makanan tuan rumah, seperti lauk pauk atau buah ketuah yang disimpan dalam rumah.



Dan yang lebih merbahaya lagi ialah tikus-tikus itu boleh mengancam manusia dan menyebarkan penyakit-penyakit merbahaya yang telah begitu banyak mengorbankan jiwa manusia



Najis-najis buangan tikus-tikus, terutama air kencingnya boleh menyebar penyakit-penyakit yang merbahaya.



Di Amerika pernah dikesan sejenenis penyakit yang ada pertaliannya dengan menghidu debu-debu bekas tikus boleh menimbulkan sejenis penyakit yang dikenali dengan nama Hantavirus PulmanrY Syndrome.



Salah sejenis penyakit yang merbahaya yang terkenal di negara kita ialah Leptospirosis atau penyakit kencing tikus yang telah berjaya mengorbankan nyawa manusia rakyat Malaysia.



Mengikut laporan ada petni-petani di Indonesia telah menjadi mangsa serangan penyakit kencing tikus, ada di antaranya telah terkorban.



Penyakit kencing tikus ini menyerang penduduk-penduduk di kawasan tropikal dan subtropikal.



Penyakit kencing tikus ini bukan sahaja menyerang manusia, tapi juga haiwan-haiwan yang terdedah kepada kuman-kumannya yang berbentuk spiral.



Selain itu itu di tempat-tempat yang banyak tikus, seperti dikedai-kedai akan mengeluarkan bau hancing yang tidak menyenangkan. Bau ini boleh menyebabkan pengunjungnya tidak lalu makan.



Justeru tikus-tikus itu diburu dan dibunuh untuk menghilangkan ancaman-ancamannya. Di bandar-bandar tertentu kerana ancaman tikus serius, pihak berkuasanya membayar setiap ekor tikus yang dibunuh dan ditangkap oleh sesiapa sahaja.



Saya pernah memabca laporan tentang pehak berkuasa di bandar Delhi, India menganjurkan penduduknya memburu dan menangkap tikus dan setiap ekor tikus yang dapat ditangkap akan dibayar.



Sisa Tikus


Arwah ibu saya, Maimunh Ismail melarang keras anak-anak dan cucu-cucunya menggunakan pakaian bekas digigit tikus.


“Jangan pakai pakaian yang bekas digigit tikus. Dato’ mu dulu pun melarang emak pakai pakaian bekas tikus. Sial”, demikian beliau menjelaskan.



Beliau juga lebih keras lagi melarang memakan bahan-bahan makanan yang menjadi sisa atau lebihan tikus.



Oleh itu jika ada pakaian-pakaian yang digigit tikus, walaupun sedikit sahaja bekas gigitannya, dan walau pun kain itu agak mahal harganya, pakaian itu terus dibuang ataupun dibakar.



Biasanya kain-kian buruk sisa-sisa dipakai akan digunakan untuk bahan penyapu kaki atau lantai, tapi kain bekas gigitan tikus walapun sedikit bekas gigitannya, dan walau pun pakaian itu masih baru, ia tidak diguna untuk tujuan trsebut, tapi terus dibakar.



Kalau makanan pula, termasuk buah-buahan kalau anda tanda bekas digigit oleh tikus akan terus dibuang, walaupun sebiji buah cempedak yang besar, atau sebiji buah labu punggi [merah] yang besar akan terus dibuang tanpa ragu-ragu lagi.



Pada permulaannya alasan “sial” tidak menyakin kita, mana boleh bekas gigitan tikus membawa sial kepada manusia.



Tapi tidak lama kemudian, kita sedar bahawa perkataan “sial” itu sama erti dengan penyakit merbahaya yang dibawa oleh tikus-tikus sebagaimana terbukti pada har ini.



Arwah isteri sasya, Asiah Yaacob juga amat keras seperti ibu saya pantangnya berhubung dengan sisa-sisa bekas tikus ini.



Beliau sanggup membuang pakaian baru sekalipun yang menjadi sisa gigitan tikus walau pun sedikit sahaja bekasnya, dengan alasan yang sama yang pernah diberikan oleh ibu saya.



Terimakasih kepada ibu dan isteri saya. Ya Allah cucurilah rahmatMu yang melimpah ke atas keduanya.



Ulat Tikus


Kami pernah menyewa sebuah rumah di Lorong Che Mat Baba, KB sebelum berpindah ke rumah kami di Kg.Padang Bongor, Binjai. Rumah itu sebuah rumah kayu yang telah usang, tapi besar, dan bertiang tinggi, kerana kawasan itu sering dilanda banjir setiap tahun.



Salah satu problem yang kami hadapi berhubung dengan rumah ini ialah ramainya tikus yang akan keluar pada waktu malam untuk mencari makan, sedangkan pada siang hari, mereka bersembunyi di atas siling rumah.



Bukan sahaja makanan-makanan yang diminatinya, tapi mereka suka mengiggit, seperti almari kayu, bantal, malah tudung saji mengkuang kami juga digigitnya untuk mencuri lauk yang disimpan di bawahnya, menyebabkan saji itu terpaksa dibuang walaupun masih baru.



Untuk mengatasi gangguan-gangguan tikus itu, saya telah membeli sejenis racun tikus yang keadaannya seperti sejenis makanan segera kanak-kanak. Tikus memangkan sukakan makanan itu, semua umpam yang saya sediakan dan diletak di bahaigan dapur pada suatu malam habis mereka sental.



Untuk beberapa malam selepas itu kami tidak lagi digangu oleh tikus. Tidak kedengaran lagi larian mereka di atas siling. Kami merasa senag hati.



Tapi beberapa hari kemudian kami diganggu oleh bau yang busuk pahit di dalam rumah. Rupa-rupanya tikus-tikus itu telah mati kerana memakan racun, mati di atas siling. Yang mengejutkan kami ialah, ulat-ulat berjatuhan daripada rekahan siling rumah tua itu, iaitu ulat-ulat tikus yang mati.



Tidak ada apa yang dapat kami buat lagi. Untuk mengambil bangkai-bangkai tikus itu, siling terpaksa dibedah atau dipecahkan. Ini tidak mungkin, nanti rumah buruk itu rosak dan kami kena marah oleh empunya rumah.



Mahu tidak mahu, ulat-ulat yang gugur itu terpaksa dikutip, dan untuk megatasi bahu busuk pula kami terpaksa menggunakan wangian peneymbur yang keras baunya. Ia menelan masa beberapa hari juga untuk menunggu bau busuk itu hilang sepenuhnya dan ulat-ulat itu tidak berguguran lagi ke atas lantai papan.



Sejarah


Sejarah menunjukkan bahawa wabak penyakit yang dibawa oleh tikus pernah mengorbankan berjuta-juta jiwa manusia sejak dahulu hingga sekarang.



Menurut catatan sejarah:



Pada abad 14, seramai 25,000,000 jiwa manusia dilaporkan telah terkorban di benua Eropah akibat wabak tikus. Jumlah itu merupakan satu suku daripada jumlah seluruh penduduk benua Eropah pada masa itu.



Pada tahun 1665, seramai 70,000 orang daripada jumlah seluruh penduduk Kota London telah menjadi korban wabak penyakit tikus.



Pada tahun 1679 seramai 76,000 orang penduduk kota Vienna, ibu kota Austria, menjadi korban wabak penyakit tikus.



Pada tahun 1681 seramai 83,000 orang daripada penduduk kota Prague, kota Eropah Tengah, dan ibu negara Czechoslovakia telah menjadi korban wabak penyakit tikus.



Antara tahun 1896 hingga 1917 seramai 10,000,000 orang penduduk negara India telah menjadi korban wabak penyakit tikus.



Sebaliknya pula tikus-tikus juga menjadi makanan yang inak kepada haiwan-haiwan lain, seperti burung gagak, helang, burung hantu, anjing liar, serigala, ular dan arthopoda yang menjadi pemangsa tikus.



Membunuh Tikus


Sebahagian besar orang-orang kampung dahulu memelihara kucing di rumah mereka sebagai penjaga rumah daripada gangguan tikus-tikus yang suka mengancam kententeraman mereka.



Itulah sebabnya rumah-rumah kampung yang memelihara kucing tidak mempunyai tikus.



Sejak kebelakangan ini para petani memelihara burung-burung hantu di sawah-sawah mereka untuk menjadi pemburu tikus-tikus yang merosak dan memakan padi-padi mereka. Mereka bina sangkar-sangkar burung hantu itu di tengah-tengah sawah untuk menjaga tanaman-tanaman mereka daripada diserang oleh tikus-tikus pada waktu malam.


Biasanya tikus-tikus menyerang rumah untuk mencari makanan dan juga untuk dijadikan tempat perlindungan.



Pengalaman


Sebagai renungan kami angkatkan pengalaman seorang kenalan kami dengan tikus. Beliau adalah seorang peniaga kain batik di sebuah gudang di bandar KB. Beliau pernah menceitakan kepada kami tentang ramainya tikus di kedainya itu. Beliau memberitahu kami pada suatu hari dia menahan perangkap dan seekor tikus telah termasuk ke dalam perangkap itu.



Tapi katanya, selepas tikus itu ditangkap, pada malam besoknya tikus-tikus lain mulai mengganas. Berhelai-helai kain dalam kedainya digigit dan dirosakkan oleh tikus-tikus itu. Beberapa malam lamanya tikus itu mengganas, merosakan kain-kain batik yang hendak dijual.



Sejak itu kaktanya, beliau tidak lagi memburu tikus-tikus itu, dan membiarkannya begitu. Dan sejak itu juga tidak ada lagi kain-kainnya yang dirosakan oleh mana-mana tikus.



Saya lalu teringat, orang-orang dahulu pantang mengutuk tikus, terutama di waktu malam walau pun barang-barang mereka telah dirosakkan, dan mereka hanya akan berkata, “cik siti makan”, dan “cik siti” itulah panggilan mereka kepada tikus, sebagaimana mereka tidak menyebut “ular” pada waktu malam, tapi dipanggil “cewer” dan panggilan “orang besar” untuk gajah.



Sebagai Makanan


Walau bagaiamana tikus menjadi hidangan yang istimewa di sesetengah tempat di dunia, selain rasanya yang lazat, daging tikus juga dikatakan makanan yang berkhasiat, mengandungi sumber protein.



Orang-orang Zambia dan Malawi sangat suka makan tikus yang dimasak.



Sehubungan dengan itu ada pula sesetengah orang, termasuk di negara kita menelan anak-anak tikus yang masih merah untuk kesihatan mereka. Anak-anak tikus itu ditelan dalam keadaan masih hidup.



Tikus sejenis haiwan yang mudah diperolehi, dan juga dijual dengan harga yang murah.



Menjauhi Penyakit Tikus


Penyakit kencing tikus dapat dielakkan dengan orang-orang yang luka menjauhi tempat-tempat berisiko tinggi terdapat kuman-kuman kencing tikus, seperti kawasan hutan, air terjun, tasik berlumpur dan tercemar selepas hujan turun.



Walau bagaimana pun ahli-ahli sains Yahudi telah mempergunakan perkhidmatan tikus-tikus untuk mengesan dadah dan bom yang hendak diseludup ke negara mereka. Tikus-tikus itu dilatih menjadi pakar pengesan bom dan dadah. Mereka ditempatkan di lapangan-lapangan terbang negara Israil. Bila tikus-tikus itu mengesan adanya dadah dan bom, mereka akan membunyikan sejenis alat penggera untuk makluman pegawai-pegawai bertugas yang akan segera bertindak.



Menurut pakar Yahudi itu, menggunakan tikus-tikus untuk tujuan tersebut jauh lebih berkesan daripada menggunakan anjing dan alat-alat xray. Tikus-tikus itu seperti juga manusia diberikan tugas mengikut giliran empat jam sekali.



Saya lalu teringat sebuah teka-teki di zaman saya kanak-kanak dahulu yang ada kaitannya denga tikus berbunyi:



“Buah ti



Duduk dalam ti



Nya makan di ti”



Yang bermaksud:



“Buah timun



Letak dalam timba



Kena makan di tikus”.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkn Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

2 comments:

suka kongsi February 15, 2019 at 1:28 AM  

💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit..tetapi rawatan hospital jgn lari..tetap wajib diteruskan...kedua2 rawatan amat bermanfaat.

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 En Mohd Zuhairi- 0174687570

2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil....walaupon bahan semulajadi tetapi penawar nya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital☺👍🏻

3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser....ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor...penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

5) Selain dr penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi yg hebat ini sebagai rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan seperti penyakit :
-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout . (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
memperlahankn pertumbuhan penyakit)

7) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , termasuk kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die ( penawar jus ) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar sampingan bg penyakit knser yg tepat .disamping itu TIDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

Nanti kalau nak ikhtiar dgn penawar beliau, dan sudah mencuba ,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser....boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan penawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai salah satu rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser. penawar jus ini diambil selari dgn rawatan hospital.
~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil penawar jus ni dr kanser tahap 4 sehingga sembuh tanpa meninggalkn jus dan rawatan hospital...
~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini...ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab.mudah mudahan aaminn..🤲🏼

suka kongsi February 15, 2019 at 1:28 AM  

NOTE :
Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pon..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak jatuh sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
- Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP