Awak Kenal Siapa Dia?

>> Friday, September 23, 2011


“AWAK KENAL SIAPA DIA?”.



Ketika berada di KL kali ini saya mendengar sebuah kisah yang menarik mengenai salah seorang ahli politik tanah air yang terkenal. Mengikut penceritanya, cerita ini konfirm benar, bukan cerita rekaan.



Hari ini, Jumaat, saya sampai di KL semalam, dari Subang terus ke TDI kerana ada urusan di sana.



Kisah ini yang saya maksud itu singkat sahaja, dan bukan sekitar kisah cinta Adam dan Hawa yang menjadi rencah-rencah kehidupan sebagaimana biasa.



Namun begitu, ia merupakan sebahagian daripada kisah cinta kasih seorang manusia terhadap seorang insan kerana Allah.



Menurut si pencerita, baru-baru ini seorang lelaki, kawan kepada kawan baiknya, seorang ahli perniagaan telah berkunjung ke negeri Kelantan Darulnaim kerana sesuatu urusan. Beliau pergi dengan motokar yang dipandunya sendiri.




Pada suatu ketika, tiba-tiba kereta yang sedang dipandunya membuat ragam. Ia tiba-tiba mengalami kerosakan yang tidak diketahui apa sebabnya.



Beliau lalu memparkingkan kereta yang dipandunya itu di pinggir jalan. Lalu keluar dari kereta dan terus membuka bonetnya.



Seperti biasalah, pemandu yang mengalamai kerosakan kereta, walau pun bukan seorang mekanik, akan menjengok sana, menjengok sini, sentuh sana sentuh sini di dalam bonet mencari-cara apa yang tak kena, kemudian menstart kereta untuk menghidupkan enjinnya.



Bila enjin kereta itu dihidupkan, ia hanya mampu sekadar mengeluarkan bunyi mengiggil yang mengeggarkan badan itu sahaja, kemudian terus mati.



Setelah berkali-kali mencubanya, tapi tidak juga berjaya, enjin kereta itu enggan hidup untuk membolehkannya bergerak.



Beliau naik panik. Dia tidak biasa dengan keadaan di sini, tidak ada kawan untuk meminta tolong, dan tidak tahu di mana hendak mencari mekanik untuk membaiki keretanya yang rosak itu.



Kepala otaknya ligas berfikir apa yang patut dilakukan untuk mencari bantuan membaiki keretanya yang rosak itu?



Ke mana hendak ditujunya?



Di manakah dia boleh segera mendapatkan mekanik?



Tiba-tiba ketika beliau sedang asyik berfikir-fikir itu sebuah kereta yang sedang bergerak berhenti tidak jauh dari keretanya yang rosak itu. Beliau melihat seorang lelaki yang telah berusia keluar dari kereta tersebut. Lelaki itu menuju ke arahnya yang sedang berdiri risau di sisi keretanya yang rosak itu.



Orang tua itu menyapanya dan menanya apakah masalah yang dihadapinya?



Beliau menjelaskan bahawa keretanya tiba-tiba rosak, dan tidak tahu di mana untuk mencari mekanik untuk membaiki kerosakan itu.



“Beginilah”, kata orang tidak dikenalinya itu, berjubah yang lengkap berserban di kepala.”Saudara ambil alamat mekanik yang saya berikan ini, dan pergi cari dia dan bawa dia ke mari baiki kereta saudara”.



Lelaki itu merasa amat hairan dan kaget dengan tindakan orang yang tidak pernah dikenalinya itu. Rupa-rupanya ada juga manusia seperti ini baiknya dalam dunia hari ini.



“Ini anak kunci kereta saya. Awak pakai kereta saya dan pergi cari mekanik yang saya berikan itu. Saya tunggu kereta awak di sini”. Kata orang berjubah itu lagi.



Lelaki yang merasa amat terkejut itu bertambah kagum mendengar kata-kata orang berjubah yang misteri itu.



Tanpa berkata apa-apa lagi dia dengan penuh kehairanan mengambil anak kunci yang diunjukkan oleh orang berjubah itu kepadanya, kemudian memandu kereta itu mencari mekanik yang diberikannya tadi.



Rupanya bengkel mekanik yang diberitahu oleh orang tua itu tidaklah sukar untuk dicari. Mekanik yang dimaksudkan itu pun memang ada di bengkelnya.



Mekanik itu bertanya bagimana dia boleh menaiki kereta tersebut dan siapa yang memberi alamat bengkelnya itu?



Setelah mendengar penjelasan lelaki itu, maka bertanya pula mekanik tersebut,”Awak tahu siapa lelaki tersebut?”.



“Saya tak tahu”, jawab lelaki yang kerosakan kereta itu.



“Dia tu Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Hj. Nik Abdul Nik Mat. Kereta yang awak bawa ini, adalah kereta beliau”.



Lelaki itu, seorang berbangsa Cina bertambah terkejut dan kagum mendengar penjelasan mekanik itu. “Menteri Besar?”, katanya macam tak percaya.



“Ya itulah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar kita”. Kata mekanik itu lagi.



Bertambah kaget lagi lelaki itu mendengar penjelasan mekanik tersebut.



Bila mereka sampai ke tempat kereta yang rosak itu, orang yang dikakatan Tok Guru Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan itu masih lagi berdiri di sisi kereta yang rosak itu menunggu kesampaian mereka......................



Demikian secebis kisah yang saya dengar dan pungut ketika berada di KL ini yang diharap dapat menjadi renungan kita bersama semoga akan memberi manfaat jua.



Saya pun bertanya diri saya sendiri, “Bolehkah aku berbuat demikian?”.



Saya teringat kepada kata oang-orang tua kita, "Segala yang baik jadi tauladan................



xxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP