Bertakwa Dan Berjasalah Para Graduan

>> Monday, September 26, 2011









BERTAKWA DAN BERJASALAH WAHAI PARA GRADUAN



Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] telah mengadakan Majlis Konvokesyennya yang ke-39, bermula pada 24 Sepetember dan berakhir pada 27 September 20011.



Sepanjang Konvoksyen yang ke-39 kali ini, seramai 8,430 graduan menerima anugerah ijizah dalam bidang kelulusan masing-masing.



Anak kami, Ahmad Syaibani Zaini adalah salah seorang daripada penerima ijizah tersebut pada hari kelmarin mengikuti ijizah abang dan kakaknya.



Abangnya Arham Zaini lulus daripada UTM, pada masa itu belum lagi dikenali dengan nama UITM, kakaknya Noorbaiti Zaini lulusan UM, dan abangnya yang seorang lagi, Ahmad Fariz Zaini lulusan daripada UPM.



Tidaklah dapatlah saya bayangkan bagaimana perasaan bondanya Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rhamat ke atasnya] jika beliau ada bersama menyaksikan putera bongsunya hadir di majlis konvokkesyen pada hari ini sebagai salah seorang penerima ijizahnya.


Sepanjang hayatnya, beliau amat mementingkan pelajaran kepada anak-anak dan cucu-cucunya.



Pada Konvokesyen yang ke-39 kali ini, terdapat seramai 286 adalah graduan Ijazah Doktor Falsafah, 173 penerima Ijazah Kepakaran, dan seorang penerima ijazah Sarjana Kepakaran Lanjutan Perubatan Urulogi.



Enam graduan menerima ijizah Sarjana Kepakaran Perubatan Lanjutan Drmatologi, 4 ijizah Sarjana Kepakaran Pergigian, 2034 ijazah sarjana, 5,600 ijizah sarjana muda, 158 graduan Diploma Siswazah dan 73 graduan Diploma.



Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor UKM, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah berangakt ke majlis Konveksyen pada hari pertama.


Kemudian pada hari kedua, iaitu semalam, Tunaku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sulltan Kedah selaku Pro Canselor UKM telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis penaymapaian ijizah-ijizah itu yang berlangsung dengan lancarnya.



Sementara itu, Ainol Basirah Abdul Wahab graduan Sarjana Muda Perakaunan telah dikurniakan dengan Anugerah Pelajaran Di Raja,



Semoga anak saya Ahmad Syaibani Zaini dan semua graduan-graduan UKM, baik yang terkemudian, yang telah lepas dan juga yang akan datang dapat menghayati puisi karya Muhammad Hj.Salleh yang terkandung dalam buku program Majlis Kovoksyen Ke 39 dan merupakan salah sebuah dari lagu UKM yang berbunyi:


Varsiti Kita



Lihat Kampusku yang tenang


Damainya alam ciptaan Tuhan


Paduan ilmu dan keimanan


Amal dan jerih digabungkan



Lautan ilmu kita harumkan


Sumber ilmuan berkembangan



Inilah Varsiti Kita


Di tengah hasrat rakyat kita


Dari mula untuk semua


Bagai tanda perjuangan kita



Bangun berbakti membela


Memupuk insan jiwa bertakwa


Memimpin manusia semua


Kenal akan adat unggulnya



Membina Negara sentiasa


Maju berilmu dan bahagia



Inilah Varsiti Kita


Ditengahkan hasrat rakyat kita


Dari mula untuk semua


Bagi tanda perjuangan kita.



Komposer: Nazri Ahmad.



Semoga kita semua, tidak mudah melupakan diri kita seorang insan yang memikul tanggungjawab penuh untuk bangkit berjuang demi kepentingan bangsa, negara dan agama yang tercinta



Inillah Perjuangan kita


Anak watan tercinta.



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP