Wanita,TV Dan Rokok

>> Friday, September 9, 2011


ASSAAMUALAIKU,HELLOW SAYANG




WANITA,TV, DAN ROKOK?



Apa khabar Sayang?



Ini ada beberapa fakta yang menarik untuk diketahui mengenai kaum wanita, berhubung dengan kegemaran mereka menonton TV, mendengar radio, membaca akhbar dan juga kegemaran merokok.



Lebih menarik lagi untuk diketahui, kerana ia diperbandingkan dengan kaum lelaki dalam perkara yang sama.



Selamat membaca.



Wanita Dan TV


Satu kajian telah dibuat mengenai kegemaran wanita menonton TV. Tapi kajian itu dibuat terhadap wanita yang telah lanjut usianya.



Kebanyakan wanita didapati menghabis masa mereka selama antara antara 2 hingga 4 jam sehari menonton TV.



Demikian juga dengan kaum lelaki menghabiskan masa mereka sama banyak dengan kaum wanita di hadapan kaca TV setiap hari.



Namun begitu ada juga di antara mereka, iaitu kira-kira 20 peratus menghabiskan masa mereka di hadapan peti TV selama antara 5 hingga 6 jam sehari.



Sebaliknya kajian itu mendapati kaum lelaki yang menonton TV selama 5 hingga 6 jam sehari kurang daripada itu, iaitu sebanyak 15 peratus sahaja.



Mendengar Radio


Dari segi mendengar radio pula, kaum wanita didapati suka mendengar radio.



Malah mengikut kajian tersebut kaum wanita yang mendengar radio lebih ramai dari kaum lelaki.



Dalam usia 65 hingga 84 tahun kadar wanita yang mendengar radio ialah 2 jam sehari.



Mengikut kajian tersebut, kaum lelaki yang mendengar radio setiap hari kurang dari itu, iaitu hanya pada kadar 1 jam sehari sahaja.



Kaum wanita yang berusia 85 tahun ke atas pula mereka hanya mendengar radio 1 jam sehari.



Demikian juga dengan kaum lelaki yang seusia dengannya menghabiskan masa mereka dengan kadar 1 jam sahaja sehari untuk mendengar radio.



Baca Akhbar


Mengikut kajian tersebut di kalangan wanita yang berusia antara 65 hingga 74 tahun dan di antara usia 75 hingga 84 tahun kadar wanita yang membaca akhbar harian ialah 70 peratus.



Sebaliknya kaum lelaki dalam lingkungan usia yang sama lebih ramai yang membaca akhbar harian daripada kaum wanita, iaitu 75 peratus.



Perbezaan ini beraku mungkin kerana kaum lelaki lebih gemar membaca ruangan sukan.




Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, kadar ini lebih rendah, kerana kadar lelaki dalam lingkungan usia tersebut yang membaca akhbar harian ialah 54 peratus.



Menghisap Rokok


Kajian itu juga meliputi kegemaran merokok di kalangan kaum wanita.



Kajian itu menemui fakta yang menarik di mana kaum wanita yang lanjut usianya didapati kurang merokok daripada kaum lelaki yang seusia.



Demikian juga menarik untuk diketahui, bahawa kaum wanita yang tua lebih ramai merokok daripada kaum wanita yang muda.



Dalam usia antara 65 hingga 74 tahun kaum wanita yang merokok ialah dengan kadar 20 peratus.



Ini berbanding dengan kaum lelaki, di mana dalam lingkungan usia yang sama kadar mereka yang merokok lebih tinggi, iaitu 36 peratus.



Dalam liungkungan usia 75 hingga 84 tahun kadar wanita yang merokok ialah 7 peratus.



Sementara di kalangan kaum lelaki pula, dalam lingkungan usia yang sama, kadar mereka yang merokok adalah lebih tinggi, iaitu 32 peratus.



Kajian itu juga mendedahkan kaum wanita yang berusia 85 tahun dan ke atas tidak ada lagi yang merokok.



Tapi di kalangan lelaki dalam lingkungan usia yang sama masih ada lagi yang meorok, iaitu sebanyak 17 peratus.



Kebanyakan wanita merokok ketika mereka berada dalam lingkugnan usia 45 hingga 54 tahun, iaitu dengan kadar hampir 40 peratus.



Walau pun penjelasan-penjelasan lanjut masih diperlukan untuk membuktikan hubungan merokok dan kanser, tapi kajian itu mendapati orang yang berusia lanjut didapati kurang merokok. Satu pendedahan yang membangga dan memberangsangkan.



Fakta-fakta ini diperolehi daripada hasil kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat. Ia terrkandung dalam sebuah nota catatan saya yang telah rosak sebahagian daripadanya sewaktu kediaman kami di Lebir, Gua Musang ditenggelami banjir beberapa tahun yang lalu, dan masa itu kami berada di kampung kerana dalam musim percutian. Banyak gambar-gambar dan buku mengalami kerosakan dalam peristiwa tersebut, termasuk sebuah komputer. Mohon Maaf.



xxxxxxxxxxxxx



Bisiki Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah,Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP