Ancaman Terhadap Anak Lelaki Yang Obese

>> Monday, October 3, 2011



ASSALAMUALIKUM,HELO SAYANG




ANCAMAN TERHADAP ANAK LELAKI YANG OBESE



Andainya anda sudah berkeluarga, dan mempunyai anak-anak, adakah anda sedar tentang kemunculan fenomena baru yang menjadi ancaman kepada anak-anak anda yang masih kecil itu?



Adakah anda, khususnya seorang wanita dan ibu menyedari bahawa dunia hari ini sedang menghadapi fenomena baru yang mengancam di bidang kesihatan, iaitu kegemukan, kegendutan atau obese, walaupun sebahagian dunia sedang diliputi oleh kelaparan akibat ketidacukupan bahan makanan?



Seperti juga kekurusan yang melampau, maka kegemukan yang melampau atau obese juga tidak disukai, kerana keadaan tersebut menandakan tidak sihat dan berkemungkinan menghadapi bebagai-bagai jenis penyakit yang kronis.



Malangnya, gejala-gejala kegendutan ini bukan sahaja menimpa orang-orang dewasa, malah kanak-kanak yang yang masih kecil pun telah dilanda oleh problem kegendutan sebagaimana yang dialamai oleh orang-orang dewasa.



Ramai kanak-kanak di seluruh dunia yang negaranya telah dilanda oleh kemajuan yang pesat dipercayai menghdapai problem kegendutan. Malah di Amerika Syarikat 1 daripada 3 orang kanak-kanak di negara itu termasuk dalam kategori gendut.



Gejala-gejala kegendutan di kalangan kanak-kanak ini sudah menimbulkan kebimbangan dan menakutkan.



Faktor Kegendutan


Ada beberapa faktor yang telah dikenali yang bertanggungjawab kepada kegendutan di kalangan kanak-kanak.



Pertama kebanyakan kanak-kanak hari ini kurang bermain atau beriadah, tidak seperti kanak-kanak dahulu, kerana mereka lebih suka menghabiskan masa mereka bersantai di hadapan peti tv, atau menghadap komputer, bermain gme, melayari facebook dan sebagainya.



Bayangkanlah seorang kanak-kanak yang baru mencecah usia belum sampai 4 tahun telah dibekalkan dengan sebuah komputer riba peribadi oleh keluarganya.



Kedua berpunca daripada makanan yang tidak betul, kerana ibu bapa hari ini sibuk dengan berbagai-bagai kerja, menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup masa untuk memasak sendiri hidangan-hidangan yang berkhasiat dan sesuai untuk keluarga mereka, termasuk anak-anak mereka yang masih kecil.



Sebaliknya, keluarga yang berkesibukan sepperti ini, terutama ibu-ibu akan menumpukan kepada makanan segera, walau pun tidak cukup bermutu atau pun tidak bermutu langsung, asalkan boleh mengenyangkan.



Ancaman


Menurut kajian, kanak-kanak lelaki yang gendut bukan sahaja terancam oleh berbagai-bagai jenis penyakit sebagaimana dihadapi oleh orang-orang dewasa, seperti penyakit kencing manis dan penyakit jantung, tapi mereka juga terancam oleh terbantutnya pertumbuhan alat-alat seksual lelaki mereka



Kanak-kanak lelaki yang obese boleh menyebabkan alat seksualnya atau penisnya tumbuh tidak normal, iaitu terlalu kecil yang diistilahkan sebagai micropenis.



Perkara ini telah didedahkan oleh Dr. Naek L Tobing, seorang Pakar Seks, sebagaimana diutarakan oleh YASHINTA, dan tersiar dalam Batam Pos, keluaran 25 September 2011 yang lalu.



Selain itu mengikut Dr Naek L.Tobing walau pun penis kanak-kanak itu tidak termasuk abnormal kecilnya, tapi masih juga termasuk golongan kecil dari biasa yang boleh menimpakan citra diri atau self image kanak-kanak tersebut.



Ketika berbicara di sebuah hotel di Penuin pakar seks itu berkata sejak tahun-tahun kebelakangan ini pemasalahan ini semakin berkembang, Sejak mulai tahun 2008 terdapat peningkatan yang sangat spesifik.



Menurut beliau perkara itu berlaku kerana makanan. Beliau menegaskan, “Faktor penentu permasalahan tersebut adalah makanan yang membuat tubuh si anak gemuk”



Menuru Dr. Naek, sejak kebelakangan ini banyak anak lelaki mengalami kegemukan atau overweight bahkan obesitas, akibatnya penisnya tak berkembang dengan sewajarnya.



Penyebab faktor tubuh anak-anak lelaki sekarang banyak yang gemuk, kerana mereka malas melakukan aktivitas.



Beliau menegaskan, “Sekarang anak-anak umumnya hampir tak ada pergerakan, tapi mengkonsumsi makanan dengan cara berlebihan. Hal ini banyak dijumpai di kota-kota besar, anak-anak lebih banyak fokus ke permainan game sambil melahap makanan berkarbohidrat dan berlemak”.



Akibatnya, kata beliau dapat dilihat dengan jelas penisnya lebih kecil, dengan lapisan lemak yang tebal, penis seolah-olah tertanam dan tidak jelas kelihatan.



Keadaan begini, katanya menyebabkan penis itu menjadi lebih sulit untuk disunatkan malah mungkin gagal untuk disunatkan.. Kalau pun dipaksa sunat, hasilnya tidak memuaskan dan menyebabkan kesakitan kepada kanak-kanak itu.



“Kondisi seperti ini kadang kala menyebabkan buang air kecil makin sukar dan berpencar. Perasaan penis terlalu kecil juga menyebabkan rasa percaya diri terganggu atau perasaan “kurang jantan”.



Dan ujar beliau lagi, “Ini dapat menganggu jiwanya sampai dewasa. Harus ingat, upaya pengobatan memperbaiki ukuran penis hanya dapat dilakukan sebelum pubertas atau sedapat mungkin sebelum usia 11 atau 12 tahun.



Dr.Naek menyatakan harapannya supaya orang-orang tua menjaga berat badan anak lelaki mereka agar tidak gemuk dan mengantisipasi hal tersebut. Menurut beliau, berat badan si anak jangan sampai 100 kilogram.



Sehubungan dengan hal ini beliau berkata, jantung bekerja keras untuk badan yang besar sehingga terdampak terhadap micropenis, diabetes dan ancaman kematian.



Demikian menurut Pakar Seks, Dr. Naek L Tobing dari Bantan, Indonesia untuk renungan kita bersama.



Sebagai tambahan untuk mencegah anak-anak anda menjadi gemuk, baik anak lelaki atau anak perempuan, anda khususbya ibu hendaklah mempastikan makanan mereka terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan bermutu, dan pastikan mereka mendapat cukup akitiviti-aktiviti yang merupakan riadah yang dapat mengeluarkan peluh kepada mereka.



Salah satu faktor yang kadang-kadang dilupakan orang-orang tua bahawa di dalam memberi pendidikan kepada anak-anak itu, contoh dan tauladan adalah amat penting.



Tetulah sukar kepada anda hendak melatih dan mendidik anak-anak supaya memakan makanan yang bermutu, sekiranya anda sebagai ibu bapa mereka membaham makanan sesuka hati tanpa membuat apa-apa perhitungan buruk atau baiknya kepada kesihatan anda.



Demikian juga, tentu sukar kepada anda untuk melarang anak-anak anda merokok, kiranya anda sebagai ibu bapa menghisap rokok di hadapan mereka.



Demikian juga sukarnya untuk menyuruh anak-anak anda solat, sekiranya anda sendiri sebagai ibu bapa jarang mencecahkan dahi anda ke atas sejadah lima kali sehari semalam untuk bersolat.



Demikianlah yang lain-lainya, kerana contoh dan tauladan itu adalah sebaik-baik teknik pendidikan dan pengajaran.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP