Bawalah Lelaki Anda Ke......

>> Monday, October 17, 2011




ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG



BAWALAH LELAKI ANDA KE………!



Prakata: Anda sudah berkahwin atau merancang untuk berkahwin, tapi sebagai seorang wanita, tahukah anda di mana letak anda dalam sebuah keluarga?



Ikutilah perbincangan yang dibuat mengikut persektif Islam oleh Malika Kathrin dalam tulisan ini.



Beliau juga menyentuh soal poligami dan hak-hak wanita dalam beribadat.



[Tulisan ini meruapakan sebahagian daripada sebuah recana yang saya alihbahasa daripada tulisan Malika Kathrin yang pernah disiarkan dalam Qiblat, bilangan Oktober 1978 di bawah tajuk “Kebebasan Wanita Dalam Islam” untuk dikongsi bersama].



Perkahwinan


Perkahwinan yang unggul di dalam Islam dijelaskan dengan indah di dalam Kitab Suci al-Quran, “Dan sebahagian daripada ayat-ayatnya bahawa Ia jadikan bagi kamu dari jenis kamu, jodoh-jodoh yang kamu bersenang-senang kepadanya, dan Ia jadikan antara kamu percintaan dan kasih sayang”.-Surah 30, ayat 21. Dan, “Ialah yang jadikan kamu dari diri yang satu, dan Ia jadikan daripadanya isterinya, supaya ia bersenang-senang dengan dia”.Surah 30, ayat 189. Tidak ada kitab suci lain yang menggambarkan begitu terang sekali cinta kasih dan saling bantu membantu yang dimaksudkan oleh Allah supaya wujud antara seorang suami dan isterinya.



Perkahwinan seperti itu membentuk asas beragama yang sebenarnya, dan membentuk hidup keluarga yang bersatu padu yang menjadi dasar yang penting kepada sebuah masyarakat berjiwa sihat, dan menjadi suasana yang ideal untuk melatih dan mendidik anak-anak. Perkahwinan yang ideal dalam Islam itu diberikan kepada dunia sebagai pembaikan kepada dua bentuk perkahwinan sebelum ini yang melampau batas – satunya kebebasan yang tidak bermoral di zaman sebelum Islam, dan kedua kehadiran awal-awal ajaran Kristian yang juga memandang serong kepada kenikmatan jasmani yang normal dalam perkahwinan.



Poligami


Sungguh pun perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan diamalkan oleh sebilangan besar umat Islam, tapi poligami dibenarkan secara terbatas oleh al-Quran bagi mengatasi keadaan yang sulit pada awal peperangan-peperangan di dalam Islam untuk mempertahankan agama itu, bila sebahagian besar dari janda-janda dan anak-anak yatim terbiar tanpa rumah tangga, dan tanpa sumber lain yang mungkin untuk mendapat sara hidup selain daripada sumber perkahwinan itu – atau pun pelacuran.



Kebenaran al-Quran itu diberi hanya sekali, berhubung dengan keselamatan wanita-wanita seperti itu, dan justeru itu tidaklah timbul sebagai lessen umum dalam keadaan yang normal. Berhubung dengan amalan poligami ini, Said Ameer Ali menegaskan dalam bukunya “The Spirit of Islam”., katanya, “Dengan kemajuan berfikir, dengan keadaan dunia yang sentiasa berubah-ubah, maka keperluan untuk berpoligami telah hilang, dan amalan ini secara senyap-senyap telah ditinggalkan ataupun secara lantang dilarangkan”.



Menyentuh mengenai negara-negara lain yang lebih maju hari ini, beliau membuat kesimpulan seperti berikut, “Memanglah sangat diharap-harapkan bahawa dalam masa yang singkat satu perjumpaan doktor-doktor Islam secara tegas akan mengumumkan bahawa poligami seperti juga perhambaan, adalah dibenci oleh undang-undang Islam”.



Perceraian


Demikian juga hak-hak wanita turut dipelihara dalam soal perceraian, untuk mempastikan perjalanan undang-undang moden berjalan sejajar dengan perintah Islam. Al-Quran dengan jelas menerangkan bahawa pasangan yang ingin bercerai mestilah lebih dahulu menemui orang-orang tengah yang mewakili kedua belah pihak keluarga bertujuan mencari jalan penyelesaian. Jika ini gagal, maka perceraian boleh dilakukan selepas menunggu selama tiga bulan, dan mestilah dijalankan di hadapan saksi-saksi. Perceraian adalah dianggap penyelsaian yang terakhir, dan suatu perkara yang terkutuk, dan menurut sabda junjungan saw., “Tidak ada perkara yang dibenarkan oleh Allah, dan dibencinya selain dari perceraian”.



Al-Quran tidaklah semata-mata memberi hak bercerai kepada kaum lelaki sahaja, kerana dalam soal ini al-Quran ada menegaskan, “Dan perempuan itu ada mempunyai [hak] seimbang [dengan hak lelaki] terhadap mereka dengan cara yang sopan”. Surah2, ayat 228.



Dan dengan lebih tepat lagi, “…maka keduanya tidak berdosa atas bayaran yang [harus] diberikan [oleh isteri] untuk menebus dirinya”. Surah 2, ayat 229.



Menurut riwayat Nabi saw, juga memberi hak bercerai kepada wanita-wanita tertentu yang menuntutnya, seperti yang terdapat dalam sahih Bukhari 68:11. Amalan purba yang melarang keras memberi kuasa tersebut kepada wanita, kadang-kadang dipertahankan dengan alasan bahawa kejadian semula jadi wanita akan mendorongkan mereka untuk mempergunakan kuasa itu dengan sewenang-wenangnya, tapi dakwaan yang ganjil itu bertentangan dengan hakikat yang nyata mengenai kejaidan semua jadi wanita di dalam bidang ini, kerana tidakalah dapat dinafikan lagi bahawa sebenarnya rumah tangga dan keluarga adalah sangat dekat di hati wanita, dan menjadi pusat hidup mereka, dan wanita pada umumnya bersedia untuk menanggung derita yang tidak berperi daripada menjadi janda dengan jalan perpisahan itu.



Tidak ragu-ragu lagi, peraturan perceraian yang dibuat dengan jelas dalam kitab suci al-Quran itu, dan amaran tentang kemurkaan Tuhan kepada mereka yang menginkarinya, ini merupakan satu halangan yang kuat kepada lelaki yang jujur untuk melakukan kecurangan. Tapi tidak semua lelaki termasuk dalam golongan ini, dan salah satu tujuan utama undang-undang tersebut dalam masyarakat moden yang kompliketed ini ialah untuk melindungi mangsa-mangsa yang ingkar daripada menderita kerana diseksa, andainya dibiarkan mereka berbuat sesuka hati.



Dengan tujuan itulah negara-negara Islam yang moden telah memperluaskan pelaksanaan undang-undang di dalam perceraian, dan memberikan kuasa tersebut kepada wanita berdasarkan keadilan. Tetapi memanglah baik untuk disebutkan bahawa pertubuhan-pertubuhan wnita di dunia Islam masih lagi berjuang untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam soal-soal poligami dan perceraian ini.



Purdah Dan Pakaian Wanita


Islam memberi perhatian yang wajar dan utama mengenai kepentingan maruah dan kesucian, dan menuntut lelaki dan perempuan supaya sama-sama menjaganya. Adat kebiasaan wanita memakai purdah dan mengasingkan diri, yang diamalkan dengan meluas di dalam dunia Islam, bukanlah berasal dari ajaran Islam. Setelah melihat berbagai-bagai kebudayaan tua sejak zaman berzaman. Adat ini disesuaikan oleh orang-orang Islam yang awal sebagai tambahan kepada tindakan berhati-hati dalam menghadapi keadaan yang bejat yang berleluasa di negeri-negeri Arab sebelum Islam.



Memang baik untuk disebutkan bahawa menutup muka tidaklah disebutkan sedikit pun di dalam kitab suci al-Quran, dan tidak juga diperintah oleh hukum Islam. Hari ini adat tersebut telah ditinggalkan oleh banyak negeri di dunia Islam, kerana desakan dan keperluan-keperluan hidup moden menuntut wanita memainkan peranan yang rancak dan penting. Sekarang telah diterima bahawa pakaian semua bangsa yang bertamadun boleh dipakai ataupun disesuaikan untuk diselaraskan dengan keperluan kepada keharmonian dalam Islam seperti yang tercatit dalam al-Quran.



Walaupun Islam menuntut lelaki dan wanita supaya menjaga maruah dan kesucian mereka, tapi Islam tidaklah menuntut pengasingan yang keras antara lelaki dan perempuan seperti kadang-kadang disarankan. Hakikat al-Quran menuntut supaya menjaga tingkah laku dengan baik di hadapan kaum yang berlawanan jenis adalah untuk memberi peringtan bahawa merek mungkin akan mendapat peluang yang baik untuk berkumpul bersama-sama.



Namun begitu, Islam memang mengutarakan bahawa bahaya-bahaya besar terhadap maruah yang mungkin timbul bila seseorang lelaki dan seorang wanita yang bukan mahramnya berhubung secara sulit dan tidak rasmi; tapi tidak ada sebab, menurut agama Islam kenapa lelaki dan wanita tidak boleh bertemu dan bekerjasama, dalam keadaan-keadaan yang wajar, kerana agama, kebudyaan, sosial atau pun kerana kepentingan pekerjaan.



Kebenaran Kepada Wanita Untuk Memasuki Masjid


Mungkin yang terakhir daripada segala hak yang dimiliki oleh wanita Islam pada umumnya, salah satu daripadanya adalah paling penting. Ini adalah hak untuk bersembahayang jemaah di dalam masjid yang pada umumnya masih dilarang untuk mereka oleh adat kebiasaaan di kebanyakan negara-negara Islam, kecuali di Turki moden, di mana penulis telah melihat segolongan wanita Turki menghadari sembahayang Jemaah di masjid-masjid yang indah di Istambul.



Biasanya alasan yang diberikan untuk melarang wanita daripada bersembahayang di masjid ialah Junjungan saw., diriwayatkan pernah bersabda bahawa kaum wanita lebih baik sembahayang di rumah. Namun Baginda juga pernah bersabda, “Jangan dilarang wanita mengunjungi rumah Allah””.[Sahih Bukhari 124:11]. Pada haikatnya tidak ada pertelingkahan asasi antara kedua pendapat itu, kerana kedua-duanya semata-mata melukiskan dua sudut dari sekeping gambar yang sama. Dan ini memang benar dalam sabdanya wanita lebih pantas sembahayang di rumah, Nabi saw Islam menyedari tentang kesulitan-kesulitan wanita untuk pergi ke masjid kerana bayi, kanak-kanak kecil dan kerana sarapan yang hendak disediakan. Tapi dengan sabda bahawa wanita tidak patut dilarang pergi ke masjid, Baginda mengingatkan kebenaran untuk mereka yang mungkin boleh pergi ke masjid bila keadaan mengizinkan, terutama, mungkin pada hari Jumaat atau hari-hari raya.



Dalam bukunya “Path Of Islam” [Dorin 1962] Tawallah A.S.K. Jumal telah membuat seruan yang memberangsangkan kepada wanita Islam berhubung dengan hal ini, dengan katanya, “Saya berseru kepada saudari-saudari saya dalam Islam supaya mereka mempergunakan hak-hak mereka yang halal dan datang ke masjid………hak dan penghormatan yang diberikan oleh Islam kepada wanita itu tidaklah boleh dirampas oleh sesiapa pun”.



Beliau menamatkan huriaan tersebut dengan kata-kata yang bersemangat yang mungkin dapat memberi inspirasi yang baik kepada gerakan wanita dalam dunia Islam yang berjuang untuk memperbaiki kedudukan mereka di negeri masing-masing di mana kaum wanita masih lagi belum diberikan semua hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh Islam:



“Dalam masa peralihan ini, wanita Islam boleh memainkan peranan sosial dan jiwa yang besar di dalam kehidupan masyarakat. Untuk berbuat demikian, mereka mestilah membuang belenggu yang merantai dan mengikat, dia mestilah bersemangat dan berani, dan membawa kaum lelakinya kepada kebenaran kerana meletak halangan yang palsu di jalan kemajuan. Wanita-wanita Islam mestilah tidak melupai bahawa Allah dan Nabi Muhammad saw. berada di pihaknya – walaupun didapati suami menentang mereka”.



Demikianlah pendapat Malika Kathrin.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP