Wanita, Makan, Sakit Dan Mati

>> Tuesday, November 15, 2011




ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG



WANITA, MAKAN, SAKIT dan MATI



Setiap orang, baik lelaki atau wanita, tua atau muda sudah tentu masing-masing tidak terlepas daripada tersangkut, mahu atau tidak mahu, dalam tiga persoalan besar di atas, iaitu makan, sakit dan mati. Malah setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas daripada terlibat dalam perkara-perkara tersebut.



Persoalannya sejauh mana kita mengetahui persoalan-persoalan tersebut, walaupun ia terlalu hampir dengan kita dan merupakan sebahagian daripada hidup kita sepanjang masa, selagi kita belum diusung ke tanah perkuburan? Sedangkan mengetahui perkara-perkara tersebut amat penting untuk menjamin kebahagian hidup kita, bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat, dunia yang kekal dan abadi.



Tidaklah maksud kami untuk memperincikan perkara-perkara tersebut di sini, tapi ia hanya sekadar mengungkapkan beberapa titik kecil daripada isu-isu besar tersebut untuk sekadar renungan sebagai pendorong untuk untuk membuka tirai penelitian yang lebih lanjut kepada sesiapa yang berminat untuk meluas pengetahuan dan mencari Allah.



Makan Minum



Makan dan minum adalah salah satu keperluan asasi kepada manusia. Tanpa makan dan minum manusia dan juga haiwan tidak mungkin boleh hidup lama, satu peraturan yang bermula sejak mereka berada dalam kandungan ibu lagi, dan seterusnya selepas mereka dikeluarkan oleh Allah dari perut ibu sebagai seorang manusia lelaki atau perempuan.



Keperluan kepada makanan adalah berbeza antara seorang dengan seorang, tergantung kepada beberapa faktor, seperti usia, ukuran fizikal seseorang dan juga penggunaan tenaga mereka masing-masing ketika mengharungi kehidupan.



Menurut kajian, masa yang diambil oleh seseorang wanita sepanjang usia hayatnya untuk makan ialah selama 6 tahun untuk membolehkan mereka hidup dengan kadar yang ebrej.

Ketika foto ini dirakam, wanita-wanita ini masih kuat dan gagah dalam perbarisan. Dari:Arkib PR]



Menurut kajian tersebut, biasanya seorang wanita yang pemakan memakan sebanyak 20 tan makanan sepanjang hayat mereka. Makanan-makanan itu termasuklah roti dan kuih muih, telur sebanyak 25,000 biji, sayur terung sebanyak 10 tan, serta buah-buahan dan sayur-sayuran lain sebanyak 18 tan.



Jumlah makanan yang dimakan oleh wanita di sepanjang hayat itu kurang sedikit daripada jumlah makanan yang dimakan oleh kaum lelaki dalam jangka hayat mereka, namun perbezaannya tidak begitu ketara.



Perbezaan ini berlaku kerana faktor semula jadi, di mana pada umumnya kaum wanita pada ebrejnya 1/5 lebih kecil dari lelaki, 6 peratus lebih pendek dari lelaki dan 20 peratus lebih ringan dari lelaki.



Faktor yang kedua ialah kerana kaum wanita pada umumnya tidak banyak menggunakan tenaga seperti kaum lelaki yang biasanya sering terlibat dalam pelaksanaan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan banyak tenaga.



Kerana kedua-dua faktor itu, keperluan wanita kepada makanan tidaklah lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh kaum lelaki dalam jangka hayat mereka masing-masing.



Dengan itu nyatalah keperluan wanita kepada makanan tidak sebanyak keperluan lelaki kepada makanan, bukanlah kerana wanita ingin menjaga berat badan dengan mengawal pengambilan makanan mereka, dan juga bukan kerana kaum lelaki terdiri daripada makhluk rakus atau pelahap makanan.



Dari segi minuman pula, didapati kaum wanita minum cecairan sebanyak 30,000 gelen cecairan sepanjang hayat mereka. Dan ini sama banyak dengan cecairan yang diminum oleh kaum lelaki di sepanjang hayat mereka.



Merokok

Rokok ialah sejenis bahan yang merbahaya kepada kesihatan, kerana ia boleh menimpakan penyakit-penyakit tertentu kepada peminatnya.




Berapakah agaknya usia wanita ini swaktu foto ini dirakam 10 tahun lebih yang lalu?-Dari Arkib:PR.



Kerana itu berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh mereka yang prihatin untuk mengajak manusia supaya meninggalkan rokok. Tapi usaha-usaha itu masih belum berjaya sepenuhnya, walapun harga rokok dipertingkatkan dari masa ke masa.



Perokok-perokok itu pula terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan peringkat usia manusia.



Di kalangan warga emas, perokok wanita lebih ramai daripada perokok lelaki. Kajian itu menunjukkan dalam usia antara 75 hingga 84 tahun kaum wanita yang merokok lebih ramai daripada kaum lelaki, iaitu sebanyak 7 peratus, sedangkan di kalangan lelaki pula dalam usia yang sama jumlah mereka yang merokok hanya 2 peratus sahaja.



Dalam usia 85 tahun dan ke atas, tidak ada wanita yang dilaporkan merokok, sedangkan di kalangan lelaki pula sebanyak 17 peratus masih merokok.



Di samping itu wanita warga emas lebih banyak yang merokok daripada wanita muda.



Penyakit



Sihat dan sakit adalah dua perkara yang berbeza. Dalam kajian, kaum wanita menghabiskan selama 3 tahun daripada usia hayat mererka dalam kesakitan.



Tapi masa yang diambil mereka untuk membuang hingus ialah 10 hari sahaja di sepanjang hayat mereka.



Sistem Pertahanan Badan

Setiap orang, baik lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai sistem pertahanan badan yang tersendiri untuk menjaga dan menyelia diri masing-masing, untuk mengelak daripada diserang penyakit-penyakit dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.



Kekuatan sistem pertahanan badan ini berbeza antara seorang dengan seorang, tergantung kepada beberapa faktor pula. Sebab itulah ada orang yang mudah dijangkiti penyakit, sedangkan orang lain pula masih kebal, walaupun kedua-duanya berada dalam stiwasi yang sama dan dalam masa yang sama.



Dalam hal ini, janganlah anda terkejut dengan hasil kajian menunjukkan pada umumnya kaum wanita mempunyai sistem pertahanan badan yang lebuh kebal dari sistem pertahanan badan lelaki.



Walau bagaimanapun keistimewaan ini hanya terbatas sebelum mereka melahirkan anak. Dengan itu bererti selepas mereka melahirkan sistem pertahanan badan mereka menjadi menurun, dan tidak seutuh sebelumnya lagi.



Usia



Biasanya mengikut statistik kaum wanita mempunyai usia yang lebih lanjut dari kaum lelaki, kadang-kadang dalam jarak waktu 10 tahun






Alhamdulillah! Kakak kami ini usianya hampir mencecah 90 tahun, tapi masih sihat.Dari:Arkib:PR



Tegasnya pada umumnya kaum lelaki atau suami mati lebih awal daripada kaum wanita atau isteri mereka.



Amatilah keliling kelalang anda untuk mempastikan kebenaran fakta tersebut.



Senafas dengan itu, marilah kita semua sentiasa mengingati firman Allah tentang kematian, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan [yang sebenar-benarnya]. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”. Al-Anbiya’: 35.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP