Haiwan Dalam Lambang Kebesaran Negara Malaysia

>> Thursday, December 22, 2011





HAIWAN DALAM LAMBANG KEBESASRAN NEGARA MALAYSIA




Pada umumnya secara lahiriahnya penghuni dunia ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu manusia dan haiwan. Sebahagian besar daripada haiwan itu pula boleh dimakan dagingnya oleh manusia. Malah di mana ada manusia, di situlah ada haiwan atau di mana haiwan di situlah ada manusia.



Di samping dijadikan makanan, ada di antara haiwan-haiwan itu diberi penghormatan oleh manusia, kerana kekuatan, keberanian dan juga kerana kecrdikannya, dengan menjadikannya sebagai lambang-lambang negara dan suka acara-acara sukan.



Di antara negara-negara yang menggunakan haiwan sebagai lambang negara ialah Malaysia, dan haiwan yang digunakan ialah hrimau, sementara beberapa buah negeri dalam Malaysia juga didapati menggunakan haiwan sebagai lambang negeri-negeri mereka.



Antara haiwan-haiwan itu ialah harimau, burung kenyalang, burung raja udang, kijang dan pelandok.



HARIMAU LAMBANG KEBESARAN NEGARA MALAYSIA


HARIMAU ialah haiwan berkaki empat yang besar dari bangsa kUcing. Ukuran badannya boleh sampai 3.3 meter panjang dan beratnya boleh sampai 300 kg.



Sejenis haiwan yang kuat dan gagah perkasa, berbelang-belang dan beang-belangnya itu dalam keadaan menegak ke atas dan berwarna gelap melapisi bulu-bulu yang berwarna keputihan atau merah kejingaan.



Harimau mudah di dapati di seluruh dunia, terutama di kawasan yang ramai didiami oleh manusia, dan sejenis haiwan yang gemar tinggal bersendirian.



Harimau banyak terdapat dalam cerita-certia rakyat dan mitos-mitos seluruh bangsa di dunia.




Harimau banyak digunakan sebagai lambang kebesaran negara-negara di Asia, terdapat pada bendera dan jata dan juga dijadikan maskot sukan.



Malaysia ada salah sebuah negara yang menggunakan harimau sebagai lambang kebesaran negaranya.



Lambang itu mengandungi dua ekor harimau sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu dengan cogan BERSUKUTU BERTAMBAH MUTU dalam tulisan Jawi dan Rumi.



HARIMAU LAMBANG KEBESARAN NEGERI JOHOR


HARIMAU juga menjadi lambang kebesaran negeri Johor, di samping Mahkota tanda D.Y.M.M Raja.



Penggunaan harimau itu menunjukkan pada suatu masa dahulu binatang buas itu banyak didapati merayau-rayau di negeri itu.



KENYALANG LAMBANG KEBESRAN NEGERI SARAWAK


KENYALANG ialah sejenis burung yang nama penuhnya Burung Enggang Kenyalang dan dikenali juga dengan nama Burung Enggang Badak. Nama sainsnya Buceros rhinoceros.



Sejenis burung terbesar, panjangnya 110 hingga 127 sm dan beratnya antara 2 hingga 3 kilogram. Boleh hidup sampai berusia 35 tahun.



Bagi sesetengah orang Dayak Kenyalang ialah Dewa Perang mereka dan menjadi burung negeri Sarawak.



Ia boleh didapati di kepulauan Borneo, khususnya Sarawak, Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Jawa.



Kenyalang ialah sejenis haiwan yang dilindungi di Malaysia.



Lambang negeri Sarawak ialah mengandungi seekor Kenyalang dengan sayap dan ekornya mengandungi 13 jalur, simbolik kepada 13 buah negeri dalam Malaysia. Di setiap belah kakinya di bahagian luar kelihatan bunga raya.



Kenyalang tersebut dengan hebatnya berdiri di atas satu pita yang mengandungi cogankata HIDUP SELALU BERKHIDMAT, dan dengan warna-warna negeri di atas dadanya.



KIJANG KEBESARAN NEGERI KELANTAN


KIJANG sejenis binatang berkaki empat, juga dikenali dengan nama Rusa Menyalak dan Kijang India.



Panggilan dalam bahasa Inggerisnya Common Barking Deer dan nama sainsnya ialah muntjac.



Ia dipanggil rusa menyalak, kerana bila ia berbunyi suaranya seperti menyalak.



Kijang banyak terdapat di Malaysia, haiwan yang lembut bulunya dan pendek, berwarna keperangan atau kelabu.



Kijang jantan bertanduk, panjangnya boleh sampai 15 sm, tapi hanya mempunyai satu cabang sahaja.




Lambang negeri Kelantan mempunyai dua ekor kijang berdiri di atas sebelah kaki di atas pita yang bertulis cogan, BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN.



Penggunaan kijang itu mempunyai pertalian dengan sejarah tua negeri Kelantan, ketika Che Siti Wan Kembang atau Paduka Che Siti memerintah Kelantan pada akhir abad ke-14 yang amat sayangkan seekor kijang peliharannya yang dipersembahkan oleh rakyat baginda kepada baginda, justeru baginda memerintah supaya gambar kijang digunakan ketika mengecap wang emas negeri Kelantan, dan seterusnya digunakan sebagai lambang negeri Kelantan hingga ke hari ini..



PELANDOK LAMBANG KEBESARAN NEGERI MELAKA


PELANDOK ialah haiwan yang banyak didapati di Malaysia, berkaki empat dan dari jenis haiwan yang berdarah panas.



Ia juga lebih dikenali dengan panggilan kancil. Dalam bahasa Inggerisnya dikenali dengan nama Bormeon Yellow Muntjac, dan bahasa Sains dipanggil Muntiacus.



Haiwan ini di bahagian hadapannya berbulu. Selepas melahirkan anak, pelandok menjaga anaknya itu sampai boleh berdikari.



Dalam cerita-cerita rakyat Melayu, pelanduk atau kancil digambarkan sebagai binatang yang pintar, yang mampu memperdayakan haiwan-haiwan yang besar dan gagah, serta bengis.




Lambang negeri Melaka menggunakan gambar dua ekor pelandok memegang sebuah perisai. Penggunaan pelandok itu ada mempunyai pertalian dengan sejarah pembukaan negeri Melaka.



Negeri Melaka dibuka oleh Parameswara atau Sultan Iskandr Syah pada abad 14. Menurut kisahnya sewaktu Parameswara sedang berburu, tiba-tiba muncul seekor pelandok putih menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Kejadian ini dianggap memberi pertanda baik, maka baginda pun membuat keputusan untuk menetap di negeri itu.



Cogan kata negeri Melaka ialah BERSATU TEGUH.



BURUNG RAJA UDANG LAMBANG KEBESARAN NEGERI SABAH


BURUNG Raja Udang ialah sejenis haiwan yang terdapat di Malaysia, nama sainsnya Alcedo atthis.



Ia termasuk dalam jenis haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuhnya dilitupi dengan bulu pelepah.



Ia mempunyai paruh tapi tidak bergiggi. Banyak terdapat di negeri Sabah.



Lambang negeri Sabah ialah burung Raja Udang, dengan sayapnya mengandungi 30 helai bulu yang melambangkan 30 daerah di Sabah, sementara bulu ekornya melambang 5 buah bahagian negeri itu yang dahulunya dipanggil Residensi.



Bulu sayapnya pula berwarna hitam yang dijadikan lambang keteguhan dan perpaduan.



Badan burung itu pula mempunyai warna yang sama dengan warna bendera Sabah, iaitu merah, biru dan putih yang membawa lambang yang serupa, iaitu keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran.



Di kaki burung itu pula terpegang sekrol yang berbunyi SABAH MAJU JAYA sebagai cogankatanya.



Ia melambangkan sifat-sifat kemerdekaan, kerajinan dan ketetapan rakyat Sabah.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


2 comments:

Anonymous,  October 1, 2013 at 4:25 PM  

Untuk pengetahuan: lambang jata negara sarawak & negara Sabah adalah dari lambang yang lama..please check your fact.

Anonymous,  February 28, 2015 at 2:13 AM  

jata sabah adalah jata dari tahun 1982 hingga 1988.dan selepas itu pada tahun 1988 telah diganti jata baru sabah...dan lambang tersebut adalah lambang lama

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP