Petua Memikat Suami

>> Tuesday, December 27, 2011


PETUA MEMIKAT SUAMI



“PETUA MEMIKAT SUAMI”, ini diketengahkan untuk memberi sumbangan kepada wanita Islam supaya mereka lebih dihormati dan disanjungi sebagai isteri yang dicintai dan pekerja yang dihormati, dan sebagai anggota masyarakat yang dimulai, serta menjadi Muslimah yang mulia sejajar dengan kehendak-kehendak Islam, di tengah-tengah dunia yang penuh dengan pancaroba yang amat gampang menarik manusia, khususnya kaum wanita untuk tergelincir dari jalan yang benar dan memasuki jalan kemurkaan Allah, menerusi tingkah laku, ada sopan dan pakaian-pakaian yang begitu banyak telah disalahgunakan.



Patut juga diingatkan tujuan utama manusia berpakaian ialah untuk mencari keselesaan dan mentup aurat, dan menghias diri itu pula merupakan aksesori tambahan supaya kelihatan lebih cantik, lalu muka disapu bedak, bibir disalut gincu, rambut dibentuk indah, baju beraneka ragam hingga menelan perbelanjaan yang bukan sedikit pula.



Tapi untuk siapakah pula wanita berpakaian dan berhias supaya kelihatan lebih cantik dan menarik itu, kalau tidak untuk kekasihnya iaitu seorang suami yang mereka saling cintai mencintai. Wanita yang menyimpan tujuan yang lain dari itu, seperti untuk memperaga-ragakan kepada semua lelaki yang mereka temui, dan menggoda mereka, bererti mereka telah terkeluar dari konsep Islam yang sebenarnya dalam pakaian dan berhias diri, dan menurunkan darjah mereka ke taraf yang paling keji dan hina, seperti pelacur-pelacur yang mencari pelanggan.



Di samping itu ada pula cara-cara yang khusus untuk kaum wanita menjaga anggota-anggota badan mererka supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan cantik, segar dan sedap dipandang dan indah direnung oleh suami tersayang.



Pikatlah suami anda, godalah suami anda, supaya anda tetap berada dalam perasaan dan hatinya, justeru jika terpandang wanita lain, dia teringatkan anda, ketika bersama-sama dengan rakan-rakan wanita sekerja, dia terbayangkan anda, kerana anda adalah seorang permaisuri yang sentiasa bertakhta di hatinya.



Untuk tujuan itulah kita dedahkan petua-petua berikut, semoga memberi manfaat kepada semua.



Tulisan ini diolah daripada ceramah yang dihormati, Fatimah Yasin dalam “Kursus Kesesuaian Pemimpin Wanita Negeri Kelantan” yang dianjurkan oleh kerjaan Negeri Kelantan pada 18-20 November 1984; penyusun adalah salah seorang ahli jawatankuasas kursus yang dilantik oleh kerjaan negeri Kelantan.



Dan berdasarkan buku “Rahsisia Kejelitaan Tradisonal”, oleh Asiah Yaacob dan Mohd Zain Saleh yang diterbitkan oleh Biro Kebajikan Perkumpulan Perempuan Kelantan pada tahun 1987. Pada masa itu Allahyarhmah Asiah [semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya] adalah Penolong Setiausaha Perkumpulan Perempuan Kelantan {WI}.



Tinjau di bawah tajuk-tajuk berikut:



Petua Membina Kesopanan Diri



Sesuaikan Diri Dengan Majlis [PETUA MEMIKAT SUAMI]



Tata Tertib Ketika Makan [PETUA MEMIKAT SUAMI]



Pantang Larang Ketika Makan [PETUA MEMIKAT SUAMI]



Petua Memilih Alat Sollek [PETUA MEMIKAT SUAMI]



Tata cara Untuk Bermake-up [PETUA MEMIKAT SUAMI]



xxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP