Secebis Kenangan Indah Dalam Lipatan Hati

>> Wednesday, December 14, 2011












TERKENANG SEMASA DULU.............




SECEBIS KENANGAN INDAH DALAM LIPATAN HATI



Rajin, usaha dan sabar adalah merupakan anak-anak tangga yang mahal harganya untuk meraih puncak kejayaan. Di mana ada kemahuan di situlah terbentang lebarnya jalan menuju kemajuan.



Itulah rahsia kejayaan yang dicapai oleh seorang hamba Allah bernama Azlan, ayahandanya Cik Gu Abdul Rahman, dan ibunya Cik Gu Zubaidah yang bermula sejak dia masih remaja kira-kira tiga dekad yang lalu. Beliau mempunyai seorang adik perempuan, Armawati.



"Ahad 22 April 1979 [Di rumah tempat penginapan. Sorrylah rambut panjang sikit".




Dari permulaannya belajar di Sekolah Kebangsaan Salor hingga melanjut pelajaran ke luar negara dan pulang dengan membawa segulung ijizah yang amat berharga.



Tapi beliau tidak berhenti setakat itu, malah terus berusaha, dan terus belajar hingga mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam pelajaran dan pendidikan dan hari ini keluarganya boleh berbangga dengan kejayaan yang telah dicapainya seperingkat demi seperingkat hingga berada di puncak kejayaan.



Dan hari ini beliau masih lagi berkhdimat di sebuah menara gading di Selatan Semenanjung dengan kedudukan yang amat membanggakan.


--------------------------------"Berlagak pandai woi! Blackpool, Sept,79

--------------------------------"Ai? Dak nak tidur pun bergambar lagi?

Melihat foto-foto beliau yang dikirimkan kepada kami ketika beliau menuntut di luar negara memanjangkan ingatan saya kepada beliau dan keluarga beliau dalam kenangan yang berlanjutan.



Hari ini beliau telah jauh berubah, sesuai dengan kedudukannya, dan tidak lagi sebagaimana terdapat dalam foto-foto lama yang dilekatkan di sini ketika belaiu sedang belajar di luar negara sebagai ingatan yang abadi.

-------------------------------"Nov 78.U.C.W, University College of Wales

"Suasana Selepas Sembahayang Jumaat di Masjid Besar di Regentis Park Mosque di London"



Beliau telah berkeluarga dengan orang Melaka ketika sedang menuntut di luar negara dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata yang juga sedang mendaki ke puncak yang tinggi dalam bidang pendidikan sebagaimana ayahanda mereka.



Saya terkenang bahwa semasa dia belajar di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, kami sekali dua pernah menghantar makanan kepada beliau yang tinggal di asrama.



Saya juga terkenang peristiwa perkahwinannya dengan seorang gadis yang dicintainya “Azin” itu, sama-sama belajar di luar negara, kerana ayahnya Cik Abdul Aziz walaupun saya pernah bercakap dengannya menerusi telefon, tapi kami tidak pernah berjumpa. Saya pernah diberitahu, dia pernah bertanya tentang saya, dan saya pun memang berhasrat untuk menemui beliau, tapi entah kenapa kami tidak pernah bersua walaupun berpuluh-puluh tahun berlalu sehingga beliau meninggal dunia sebagai pesara kerajaan beberapa tahun yang lalu. Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya.

-------------------------------------"Bunga-bunga di Leeds Sept 1979"


Saya harap Dr. Azlan tidak merasa keberatan saya lekatkan di Pondok Rahmat sebahagian daripada foto-foto lama beliau semasa beliau masih muda remaja di luar negara sebagai kenang-kenangan indah zaman lampau yang tidak akan berulang kembali lagi dalam hidup manusia kecuali dalam ingatan.



Kenangan yang dihadiah kepada kami 30 tahun lebih usianya masih disimpan baik



Ia merupakan secebis daripada kenangan-kenangan indah yang terukir dalam lipatan hati kami.



Amin!



xxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP