Karib-karib Kami Dari Afrika Selatan

>> Sunday, January 1, 2012






TERKENANG SEMASA DULU...........




KARIB-KARIB KAMI DARI AFRIKA SELATAN



Melihat melihat sebahagian daripada foto-foto dalam simpanan, saya terharu melihat gambar-gambar sahabat-sahabat yang berada di tempat yang jauh, termasuk di Afrika Selatan.



FOTO-FOTO YANG MERAKAM KENANGAN ABADI


Sebenarnya sejak satu dekad lebih yang lalu, kami ramai mempunyai sahabat-sahabat yang disayangi yang menetap di Afrika Selatan, khususnya di Cape Town.



Ramai sahabt-sahabat kami dari Malaysia telah beberapa kali berkunjung ke Cape Town, dan sebaliknya ramai pula sahabat-sahabat kita dari Cape Town telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia, khususnya di KL. Tujuan kami semata-mata untuk menjalin persahabtan dan mengeratkan mahabah antara satu sama lain.


Tapi saya masih menyimpan cita-cita untuk pergi ke Afrika Selatan, tapi masih belum kesampaian, insyallah dengan izin Allah suatu hari nanti saya akan sampai juga dalam keadaan sihat walfiat.



Sebenarnya, sekurang-kurangnya dua tahun sekali kami akan berkumpul dan bertemu di mana-mana tempat yang dipersetujui untuk mengemaskan tali persaudaran seagama.



Insyallah tidak lama lagi kami akan berkumpul kembali dengan doa dan harapan semoga pertemuan itu akan dikurniakan ka keberkatan oleh Allah SWT.



Mengingat saudara-saudara kami yang mulia dari Afrika Selatan itu mencetuskan ingatan saya kepada orang-orang Melayu yang begitu ramai di negara tersebut, khusunya di Cape Town.


Kebanyakan orang-oran Melayu di Afrika Selatan berasal dari Nunsantara sejak tahun 1654 terutama dari Indonesia.



Sehingga kini mengikut pencarian saya, terdapat kira-kira seramai 200,000 orang keturunan Melayu di Afrika Selatan. Mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka tinggal di Cape Barat, Gauteng, dan berbahasa Afrikaana,[Afrecano] dan bahasa Inggeris Afrika Selatan.



Sebahagian daripada mereka tinggal di suatu kawasan yang dipanggil Malay Quarter, mempunyai penduduk seramai kira-kira 20,000 orang Melayu. Di kawasan ini terdapat kira-kira 9 buah masjid, dan masjid pertama yang dibina ialah pada tahun 1850.



Di Cape Town sahaja terdapat kira-kira 166,000 orang keturunan Melayu, sementara di Johannesberg pula terdapat seramai 10,000 orang keturunan Melayu. Pada masa dahulu kawasan penempatan mereka itu dipanggil Malay Cape, tapi kemudiannya ditukar kepada nama “Feretatown”.



Orang-orang Melayu di Afrika Selatan dipanggil Melayu Cape, yang bermaksud Cape of the Golden Hope, wilayah di mana orang-orang Melayu dibuang negeri dan dikumpulkan oleh penjajah, khususnya Belanda ketika menjajah Indonesia, menerusi Syarikat Hindi Timur Belanda [V.O.C].



Pada umumnya mereka yang dibuang negeri itu terdiri dari empat kategori, iaitu golongan raja dan bangsawan, ulama-ulama, rakyat merdeka dan hamba-hamba. Salah seorang daripada tokoh ulama yang terkenal ialah Syeikh Yusuf, Mufti Banten, Kalimantan. Orang-orang Melayu inilah yang mengembangkan agama Islam di Afrika Selatan.



Mereka tidak lagi menggunakan bahasa Melayu, bahasa nenek moyang mereka, namun begitu masih banyak perkataan-perkataan Melayu yang mereka gunakan dalam pertuturan mereka setiap hari. Antara katakata Melayu itu ialah, agar-agar, arak, askari [askar], dan atjar [acar], Tuan Guru, Kupiah, Terima Kasih, dan Keramat.



Namun begitu pada umumnya mereka masih lagi mengamal tadisi Melayu dalam kehidupan mereka, termasuklah dalam makanan, antaranya bubur. Mereka masih menggunakan bunga rampai yang mereka panggil “rampe-sny”, walaupun dengan bahan yang berlainan.

Dari segi keagamaan pula mereka merayakan hari Maulidul Rasul, hari raya Aidil Fitri dan Adha dan mengadakan majlis Khatam al-Quran.



Demikian sedikit bahan untuk renungan bersama, semoga memberi manfaat; di sini kita lihat kebesaran Allah memberi keutamaan kepada agama Islam, di mana sahaja umat dan agama Islam bertapak di dunia ini, maka di situ tetap akan wujud budaya dan tamadun Islam yang mulia dan suci.



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Paut Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP