Kenapa Manusia Gopoh-gapah

>> Saturday, February 11, 2012


KENAPA MANUSIA GOPOH GAPAH?



Ketika saya duduk-duduk di lobi di sebuah hotel menunggu kawan-kawan, di ibu negara beberapa hari yang lalu, kebetulan ada beberapa orang wanita di situ yang nampaknya begitu sibuk sekali, seperti orang yang kecemasan. Mereka selalu bergerak, selalu bercakap dengan laju, dengan pakaian yang kemas, beralih ke sana, beralih ke sini, keresahan.



Setelah kira-kira lima belas minit dalam keadaan begitu, tiba-tiba mereka bekejar ke pintu hotel yang memang sedia terbuka, lalu menaiki sebuah motokar yang baru tiba, dan akhirnya mereka hilang entah ke mana.



Selain daripada wanita-wanita itu, sebahagian besar daripada mereka yang muncul di lobi, baik lelaki atau perempuan, tua atau muda, malah kanak-kanak juga kelihatan berada dalam keadaan gopoh-gapah atau tergesa-gesa atau loghat-gadoh, seperti mengejar atau memburu sesuatu yang tidak kelihatan di bibir mata.



Alangkah indahnya berawal-awal datang ke mesjid dan tidak tergesa-gesa untuk meninggalkannya.



Hanya sebahagian kecil daripada mereka yang ada di situ, kelihatan tenang, tidak bergopoh-gapah atau tergesa-gesa, memberi salam ketika bertemu, dan berpeluk-pelukan mesra antara satu sama lain, serta bercakap dengan beradab dan bersopan tanpa gopoh-gapah.



Suka Gopoh-gapah



Perkataan-perkataan loghat-gadoh, gopoh-gapah dan tergesa-gesa adalah menggambarkan perbuatan-perbuatan seseorang yang melakukan sesuatu dengan lebih pentas atau lebih laju daripada sewajarnya, iaitu secara lekas-lekas atau cepat-cepat atau terburu-buru, tapi tanpa cermat.



Memanglah sifat manusia suka bergopoh-gapah, loghat-gadoh atau tergesa-gesa yang telah merupakan sebahagian daripada cara hidup mereka, terutama manusia yang tinggal di bandar-bandar dan di ibu-ibu kota. Ada banyak perkara yang membuat mereka tergesa-gesa atau gopoh-gapah, dan kadang-kadang menyebabkan mereka terjerumus dalam keadaan yang merugi, malah juga membahayakan.



Hari ini sifat bergopoh-gapah dan tergesa-gesa ini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup manusia; ianya telah meresap jauh ke dalam kehidupan mereka, walaupun dalam kebanyakan keadaan mereka tidak perlu tergesa-gesa atau gopoh-gapah. Tapi hari ini, gopoh-gapah telah menjadi sebahagian daripada suratan nasib umat manusia.



Kenapa Tergesa-gesa?



Ada orang kerana hendak cepat kaya memilih jalan yang tergesa-gesa untuk memperolehinya. Mereka sanggup melakukan korupsi, menipu, mengkhianati, mencuri, menyamun, merompak, malah membunuh sekali pun asalkan cita-cita jahat mereka untuk menjadi jutawan segera terhasil.



Ada ahli-ahli politik yang ingin cepat naik, tidak segan silu mengambil tindakan-tindakan yang tidak bermoral. Mereka sanggup berbohong, berdusta, menipu, memutar belit, memperdaya, memperlaga orang, membuat fitnah pesona, dan juga mencantas atau mengecas keting orang-orang yang dianggap menjadi tandingan atau dijadikan musuh oleh mereka dengan cara-cara yang mengaibkan.



Kepada mereka, salah betul, halal atau haram, bukan persoalan, asalkan terlepas daripada pengadilan di dunia yang dicipta oleh manusia sendiri tanpa berpandu kepada hukum Allah.



Anak-anak muda, jantan betina yang ingin segera menikmati kerseronokan berkelamin, tidak segan dan silu melakukan maksiat. Berkucup dan bercium di khalayak ramai bukan lagi memalukan, tapi menjadi kebanggaan mereka. Kenapa begitu tergesa-gesa dalam kerja maksiat?



Malah ramai pula mereka yang suka berzina tanpa sanggup menunggu untuk diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri yang sah dan halal untuk bersekedudukan. Kerana tergesas-gesa inilah menyebabkan banyaknya anak haram ditelurkan di negara kita, dan sebahagian daripadanya dibuang dan dilemparkan begitu sahaja di mana-mana tempat mereka sukai; di tepi longkang, dalam tong sampah, di kaki lima, di rumah orang dan sebagainya, malah juga ada yang terus dibunuh kemudian dicampak ke dalam sungai, telaga ataupun dikambus dalam tanah.



Dalam kehidupan suami isteri pun, ada mereka yang suka bersikap tergesa-gesa, umpamanya dalam melaksanakan tanggungjawab kebatinan, ada suami yang secara tergesa-gesa menyelesaikan tugas intim mereka, tanpa mengambil kira ketidakselesaan yang ditanggung oleh pasangan mereka. Sedangkan dalam masa jangka panjangnya, amalan tergesa-gesa seperti itu boleh mencetuskan kekeruhan hubungan suami isteri.



Kebanyakan wanita-wanita moden hari ini, teruatama di kalangan muda-mudi tidak terelepas daripada sikap tergesa-gesa dalam berpakaian. Kerana sikap tergesa-gesa itulah mereka sanggup memakai pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat, yang terbuka di sana dan terdedah di sini untuk menggoda mata-mata yang liar dan jalang.



Mereka merasa sungguh seronok dalam keadaan demikian, tapi lupa bahawa seronok itulah yang akan mengiringkan mereka ke neraka.



Ada sebahagian daripada manusia, tergesa-gesa untuk masuk tandas kerana telah lama bertahan, dan tergesa-gesa pula selepas melepaskannya, hingga tidak sempat membasuh kencing, lalu menarik zip seluar dan terus keluar tandas tanpa merasa segan-segan.



Tergesa-gesa Dalam Ibadat



Sebenarnya tergesa-gesa ini merupakan penyakit yang telah menular ke dalam amal ibadat kita umat Islam. Ada di antara mereka yang mengambil wuduk dengan tergesa-gesa hingga belum sempat air wuduk merata ke seluruh anggota wauduk, mereka sudah selesai dan bersedia untuk solat.


Berbincang dengan tenang dan mesra, tanpa tergesa-gesa memberi banyak klebihan


Dalam solat juga mereka tergesa-gesa, ingin cepat selesai. Akibatnya, ruku' dan sujud mereka tidak sempurna, dan dengan cepat mereka sudah selesai solat yang dilakukan secara exspres. Ini tidak termasuk lagi bacaan mereka dalam solat yang dilakukan secara tergesa-gesa.



Akibat tergesa-gesa itu, kalau mereka menjadi makmun solat di belakang imam, kadang-kadang mereka ruku' dan sujud mendahului imam. Dan seterusnya belum sempat imam berwirid atau berdoa, mereka telah angkat punggung, bangkit dan terus meninggalkan sejadah untuk keluar masjid. Mereka tidak menilai bagaimanakah keadaan solat mereka yang sebenarnya di sisi Allah.



Ketika memandu kenderaan di jalan raya, mereka juga lebih tergesa-gesa, memandu dengan gopoh-gapah, dengan laju dan memintas kenderaan tanpa hati-hati. Akibatnya banyak kemalangan telah berlaku yang merosak, mencedera malah juga membawa maut kepada mereka yang terlibat dan juga kepada mangsa-mangsanya yang tidak berdosa sekali pun.



Pengaruh Syaitan



Sikap tergesa-tergesa dan terburu-buru yang menyempang dari jalan kebenaran ini adalah akibat tergoda dengan pengaruh dan hasutan syaitan laknatullah yang menujukkan semua perkara buruk sebagai baik di mata manusia, dan mana-mana manusia yang terpengaruh dengannya, menjadi sesat dan tergelincir dari landasan yang lurus.



Orang-orang yang tidak beriman akan tergesa-gesa melakukan apa sahaja tindakan di bawah pengaruh syaitan untuk mencapai segala hasrat dan cita-cita mereka, termasuklah dalam melempiaskan nafsu-nafsu kebinatangan mereka tanpa mengira halal haram.



Ada pula sesetengah manusia yang terburu-buru untuk mati lalu bertindak merampas nyawa sendiri, membunuh diri dengan berbagai-bagai cara yang menjadi pilihan mereka, seperti dengan minum racun, menembak kepala sendiri, menggantung diri, terjun dari tempat tinggi, dan sebagainya. Sebabnya bermacam-macam pula, kerana putus cinta, tidak tahan derita, kecewa dan kerana tekanan stres yang memuncak. Walau apapun sebabnya, orang Islam diharam membunuh diri, kerana membunuh diri sama ertinya menempah neraka.



Orang-orang kafir di zaman Nabi-nabi dan Rasul-rasul dahulu, dengan bongkak dan sombongnya meminta para utusan Allah yang mulia itu mendoakan supaya Allah segera menimpakan bala bencana ke atas mereka, kerana mereka ingkar kepada pengajaran yang dibawa oleh para nabi dan Rasul itu.



Segeralah timpakan bala ke atas kami, jika kamu manusia yang benar, kata mereka kepada para utusan Allah itu?



Sikap gopoh-gapah atau tergesa-gesa ini memang sifat manusia. Allah berfirman,”Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa”.Al-Isra’:11.



Hanya di suatu tempat sahaja manusia mungkin tidak bersikap terburu-buru dan tergesa-gesa, iaitu dalam keadaan berhibur atau bergembira, seperti ketika menonton wayang atau pementasan di panggung-panggung, ketika berada di stadium menonton bola, itupun kalau pasukan yang disokongnya tidak tewas, ketika berada bersama-sama kekasih gelap, di tempat-tempat sunyi, baik lelaki atau perempuan, di night-night club atau di pub-pub, ketika di gelanggang judi, boleh tahan berbelas-belas jam tanpa bergerak, ketika menghadapi internet, facebook umpamanya, ketika menonton siaran yang diminati di kaca TV, khususnya gambar-gambar porno, dan sebagainya.



Kalau di mesjid, di surau, di musalla, kalau di atas tikar sembhayang atau sejadah belum tentu mereka boleh bertahan lama, dan tidak tergesa-gesa untuk bangkit dan pergi ke hala masing-masing.



Cubalah elakkan deripada bersikap trgesa-gesa yang tidak perlu, gopoh-gapah yang tidak wajar, loghat-gaduh yang tidak kena tempatnya. Bertenanglah sepanjang masa, kecuali kerana seabab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan anda berada dalam keadaan terdesak, seperti mengejar kapalterbang yang segera akan berlepas atau untuk menghadiri temu duga dan sebagainya. Itupun anda perlu berhati-hati- tergesa-gesa dalam berhati-hati untuk menjamin keselamatan. Tidak gopoh-gapah dan loghat-gadoh yang melulu.



xxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP