Tanggungjawab Pelaksanaan Hukum Hudud Di Malaysia

>> Wednesday, May 23, 2012


TANGGUNGJAWAB PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA



Allah berfirman:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul telah membuau sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan RasulNya bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat nyata”.Al-Ahzab: 36.



[Tulisan ini merupakan saringan daripada tulisan Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Haji Yacob [Dato’ Sri Setia Raja] dari “Kata Pendahuluan” beliau pada buku terjemahan dan saringannya yang berjodol “Mengenal Hukum Hudud” yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Buku ini disaring dari karya asal dalam bahasa Arab oleh Dr. Wahbah Az-Zuhayli, seorang sarjana Islam yang berwibawa yang berjodol “Al-Fiqhul Islamiyy Wa Adillatuh” yang menjadi sumber rujukan terkini mengenai Hukum Islam.



Menurut beliau mana-mana umat Islam yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum Hudud atau merasa keberatan untuk menganggapkan hukum Hudud sebagai hukum-hukum Allah yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum Hudud atau mempersenda-sendakan hukum Hudud atau mensifatkan hukum Hudud sebagai undang-undang berbarik, kejam dan tidak berperikemanusiaan,maka bererti ia tidak sanggup menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang al-Quran dan sunnah Rasulullah secara langsung tergolong dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.



Katanya kewajipan mempertahankan hukum Hudud bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam atau alim ulama’ seperti ditanggapkan selama ini, tapi ia menjdi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam, yang terdiri dari hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat dalam pelaksanaan dan pengendalian undang-undang negara. Sikap reda dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diimport dari Barat atau sebagainya adalah bertentangan dengan aqidah Islamiah yang mereka anuti.



Sekian selamat membaca].



Memberi gambaran asas tentang hukum hudud yang dipertikai itu amatlah perlu supaya ia dapat difahami dengan penjelasan yang betul, mudah dan terlepas dari sentimen politik dan semangat perkauman yang buta, agar isu yang besar ini difikir dan diteliti dengan penuh tanggungjawab oleh setiap pihak yang berminat mencampuri dalam isu ini terutama sektor umat Muslimin yang menerima Allah sebagai Tuhan mereka dan menerima Muhammad Rasulullah sebagai pemimpin mereka yang ulung di sepanjang zaman.



Menurut prinsip keimanan dan aqidah Islamiah, setiap Muslim dan Muslimah wajib mempertahan dan membela agamanya dan konsep membela agama tidak hanya terbatas dalam erti kata mengamal dan mempertahankan peraturan-peraturan ibadat, eraturan nikah cerai dan eaturan muamalah sahaja, mallah merangkumi usahas mempertahankankan konsep-koinsep pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman yang telah digariskan oleh Allah melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah dan di antaranya ialah hukum Hudud yang dipertikaikan.



Dalam hal ini, mana-mana Muslim dan Muslimah yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum Hudud ataumerasa keberatan untuk menganggapkan hukum Hudud sebagai hukum-hukum Allah yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum Hudud atau mempersenda-sendakan hukum Hudud atau mensifatkan hukum Hudud sebagai undang-undang berbarik, kejam dan tidak berperikemanusiaan,maka bererti ia tidak sanggup menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang al-Quran dan sunnah Rasulullah secara langsung tergolong dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.



Dengan itu orang ramai Islam mendapat gambaran hukum Hudud yang sebenar dan tidak terkeliru dan tertipu dengan gambaran-gambaran imaginatif yang melulu hingga hukum Hudud dipandang sebagai momok-momok dan undang-udang buas yang menakut dan mengerikan, sedangkan hukum Hudud yang diturunkan Allah itu suci dan bersih dari segala gambaran yang melulu, dusta dan menghinakan.



Semua pihak yang ikhlas, sedar bahawa pelaksanaan hukum Hudud yang diperkatakan itu masih dalam peringkat merancang dan memulakan persiapan. Tiada siapa sanggup mendakwa bahawa hukum Hudud boleh dilaksanakan sekarang ini juga dengan menggunakan kitab-kitab Feqah yang ditulis di abad-abad yang lampau tanpa memerlukan penapisan dan semakan yang rapi atau tanpa memerlukan usaha-usaha kemaskini atau tanpa memerlukan perubahan-perubahan yang wajar dalam struktur kehakiman dan pentadbiran undang-undang negara.



Pendeknya persiapan itu satu perkara dan kesahihan hukum Hudud sebagai undang-undang dari syariat Allah yang wajib didaulatkan oleh umat Muslimin yang mempunyai kuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang adalah satu perkara yang lain, yang tidak boleh dikelirukan dengan isu persiapan yang turut juga menjadi kewajipan.



Apa yang penting wujud di peringkat sekarang ialah keinsafan dan keazaman untuk menegakkan hukum Hudud. Apabila keinsafan dan keazaman yang ikhlas wujud, maka pelaksanaan hukum Hudud lambat laun akan muncul di alam realiti. Dalam perjuangan di peringkat persiapan, setiap Muslm dan Muslimat berkewajipan memberi sumbangan dan sokongan tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat komen-komen negatif atau memalu gendang-gendang sumbang yang membayangkan semacam keraguan.



Hukum Hudud merupakan sebahagian dari qanun jenayah Islam dan qanun jenayah Islam merupakan sebahagian dari syari’at Allah yang wajib dijunjung, diamal dan dipertahankan oleh setiap Muslim dan Muslimat.



Pelaksanaan qanun jenayah Islam di zaman Rasulullah S.A.W. telah dilakukan di zaman Madinah, di mana Islam berjaya menegakkan negara Islam yang berdaulat, yang mempunyai kuasa menegakkan undang-undang dan peraturan-peraturan. Oleh sebab itulah setiap masyarakat Islam di mana-mana negeri dalam mana-mana generasi dan zaman sekali pun wajib mendaulatkan qanun jenayah Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang negeri, kerana pelaksanaan qanun jenayah Islam merupakan perkembangan kemuncak bagi dakwah Islam di samping merupakan keperluan asasi bagi mengawal kesejahteraan umat.



Keutuhan sebuah negara Islam adalah dibentengkan oleh dua kekuataan, iaitu kekuataan keimanan dan taqwa yang tertanam dalam hati rakyat jelatanya, dan kekuatan undang-undang yang menjadi teras kekuatan lahir negara itu.



Taqwa dan undang-undang merupakan dua kekuatan kembar negara Islam yang tidak boleh dipisahkan. Sebarang usaha untuk memisahkan dua kekuatan itu akan memusnahkan identiti negara Isalam.



Memang diakui, hukum Hudud atau qanun jenayah Islam umumnya yang diwarisi umat Islam pada hari ini belum dilengkapkan dengan teknik-teknik dan prosidur-prosidur pelaksanaan undang-undang yang moden seperti undang-undang penal code yang pada hari ini kerana beberapa sebab sejarah dan politik. Di antaranya pertama, ialah kerana kesuburan dan perkembangan qanun jenayah Islam telah terbantut sejak negara-negara Islam memasuki era kelemahan dan kejatuhan, di mana qanun jenayah Islam dari segi amalan tidak lagi berfungsi dalam masyarakat-masyarakat Islam dan oleh kerana itu ia tidak mendapat kesempatan untuk terus berintraksi dengan realiti kehidupan manusia hingga ke zaman moden.



Kedua, kerana ia ditulis di abad-abad yang silam berlandaskan realiti-reliti kehidupan umat Muslimin di zaman silam, tetapi walaupun begitu, ia tetap kekal dengan ciri-ciri semula jadinya yang sanggup melayani perkembangan zaman dan perubahan kehidupan manusia. Lunas-lunas dan kaedah-kaedahnya yang universal yang dapat dipakai di semua zaman dan tempat.



Jika kepakaran teknikal ahli perundangan di zaman ini bergabung dengan kepakaran ilmiah Islamiah ahli perundangan Islam yang telah lama wujud di negara kita dan negara-negara Islam yang lain, sudah tentu qanun jenayah Islam dapat diletakkan dalam satu acuan yang baru yang dapat mencerminkan dinamisme dan realismenya yang utuh untuk menghadapi kehendak relaiti kehidupan moden.



Setiap umat Islam yang mempunyai hati nurani yang terbuka dan dengan kesedaran seorang Mukmin yang mempunyai hubungan yang peka dengan Allah dan Rasul-Nya dapat melihat dan menginsafi bahawa hukum Hudud itu adalah undang-undang yang diaturkan oleh kebijaksanaan Allah yang mengetahui tabiat hati dan naluri manusia yang diciptakan-Nya. Ia bukannya undang-undang yang digaris secara sewenang-wenang yang hanya sesuai dengan zaman unta dan masyarakat padang pasir yang bersahaja, malah selanjutnya ia akan memperolehi keyakinan bahawa hanya hukum Hudud ciptaan Allah sahaja yang mampu menyelamatkan tamadun manusia dari keruntuhan akhlak dan kemusnahan sosial akibat kebebasan perlakuan jenayah seks, jenayah mencuri dan merompak, jenayah membunuh dan menceroboh dan jenayah meroskakkan akal dengan minuman-minuman yang memabukkan.



Masyarakat Amerika yang membangga-banggakan dirinya sebagai negara terkuat dan mempunyai tamadun yang paling tinggi dan sebagai satu-satunya negara yang layak menjadi polis dan hakim dunia dapat dijadikan contoh yang amat jelas bagaimana ketamadunan negara itu sedang dicemari keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah yang berleluasa hingga ketamadunannya tidak lagi menerminkan konsep tamadun dalam erti katanya yang murni dan sebenar.



Trend perundangan jenayah berat di masa kebelakangan ini menjurus ke arah bersimpati dengan penjenayah dan meringankan hukuman terhadap mereka. Hasil yang paling jelas dari trend ini ialah penghapusan hukuman bunuh atau “Capital Punishment”, memandang ringan kepada jenayah zina dan jenayah minum arak dan mengenakan hukuman yang menggalakkan ke atas pencuri-pencuri dan perompak-perompak. Akibat trend perundangan yang lembut inilah penjenayah-penjenayah yang keji itu berkembang begitu pesat dan subur dan mengakibatkan penderitaan-penderitaan yang amat berat kepada masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan rancangan pembesaran penjara-penjara sama penting dengan pembesaran kolej-kolej.



Sebenarnya pelaksanaan hukum Hudud dari awal hingga akhirnya adalah diikat dengan berbagai-bagai syarat yang ketat dan boleh digugur dengan berbagai-bagai keraguan, malah dalam kes rejam yang paling berat yang terhukum masih mempunyai kelonggaran merlarikan diri semasa menjalani hukuman dan dalam sesetengah kes Hudud yang lain hukuman Hudud tergugur dengan taubat sebelum penjenayah ditangkap. Ciri-ciri hukum Hudud yang menarik ini membayangkan bahawa matalamat hukum Hudud adalah semata-mata untuk mewujudkan kesan pencegahan yang menjera dan memeritkan bukannya untuk membinasakan penjenayah demi melindungi kesejahteraan masyarakat.



Di samping itu konsep hukuman dan balasan dalam Islam bukan semuanya diselesaikan di dunia ini, malah seluruh insan akan dibicarakan kembali dalam pengadilan terakhir di hadapan Allah pada hari Akhirat, oleh sebab itulah dalam hukum Hudud terdapat lorong-lorong selamat untuk memberi peluang kepada pesalah-pesalah itu mengoreksikan diri mereka di dunia ini sebelum menghadapi pengadilan Akhirat yang terakhir.



Dengan syarat-syarat yang ketat dan faedah-faedah keraguan [benefit of doubts] yang luas yang diperuntukkan di dalam hukum Hudud, maka hukum Hudud tidak boleh disifatkan sebagai undnag-undang mandatori yang mutlak seperti Undang-undang Dadah Merbahaya yang dilaksanakan di negara ini, malah perselisihan pendapat di antara ahli-ahli perundangan Islam dalam mentafsirkan sesetengah peruntukan di dalam hukum Hudud telah menjadikan hukum Hudud suatu undang-undang yang banyak memberi ruang kepada pertimbangan dan ijtihad para hakim untuk membuat keputusan yang hemat. Ia jauh berbeza dari Undang-undang Dadah Merbahaya ciptaan manusia yang tidak memberi ruang-ruang pertimbangan perikemanusiaan yang logikal yang dapat memberi kepuasaan dan ketenangan kepada hati nurani para hakim, terutama hakim-hakim yang beragama Islam yang merasa bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap setiap nyawa yang dihukum oleh mereka.



Pelaksanaan hukum Hudud lebih mendalam dan lebih serius mendokong aspek rahmat kasihan belas yang tidak terdapat dalam Undang-undang Dadah Merbahaya ciptaan manusia yang tidak sanggup membezakan secara perikemanusiaan di antara pengedar-pendedar dadah yang sebenar dengan pengambil-pengambil upah yang miskin, jahil dan terpedaya, juga di antara pengedar-pendgedar dadah yang sebenar dengan orang-orang yang bernasib malang terjebak dalam Deeming Provision atau dalam definasi pemilikan dadah mengikut Undang-undang Dadah Merbahaya Mendatori walaupun tanpa kemahuan mereka. Perkataan sesetengah hakim di kahir pembicaraan dadah merbahaya berbunyi, :”Saya tidak mempunyai pilihan selain dari menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kamu:”, merupakan semacam pernyataan yang mengungkapkan kebuntuan dan kekecewaan hati nurani yang peka untuk menemui jalan-jalan rahmat kasihan.



Saya percaya setiap orang yang meniliti hukum Hudud akan membuat kesimpulan spontan bahawa hukum Hudud walaupun bersifat mandatori amat sukar dilaksanakan melainkan ke atas penjenayah-penjenayah yang amat jahat dan benar-benar wajar dihukum atau penjenayah-penjenayah yang amat jujur dan amat tinggi keinsafan dan taqwanya hingga sanggup mengaku salah dan meminta hukuman di jalankan ke atasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak membuat pengakuan seperti itu.



Di samping itu pelaksanaan hukum Hudud tidak seharusnya membimbangkan orang-orang bukan Islam, kerana hukum Hudud bertujuan mewujudkan suasana aman yang sebenar kepada semua penduduk negara tanpa mengira kaum dan bangsa. Mereka tidak seharusnya merasa takut kepada hukum Hudud selama mereka menaruh kebencian dan bersikap menentang perlakuan jenayah-jenayah Hudud yang keji itu atau selama mereka tidak bercita-cita untuk melibatkan diri di dalam jenayah-jenayah yang jahat itu atau selama mereka tidak rela kedai-kedai mereka dicuri atau selama mereka tidak rela melihat isteri dan anak-anak gadis mereka dilari dan dirogl dengan kejam atau selama mereka bercita-cita untuk tidur nyenyak dalam suasana aman dan selesa tanpa mengenakan pintu-pintu rumah mereka dengan berbagai-abagi alarms yang canggih dan tanpa memasangkan kunci-kuenci yang bnerlapsi-lapis seolah-olah penjara-penjara kecil di tengah bandar.



Cara pelaksanaan hukuman rejam, hukuman sebat, hukuman potong tangan dan hukuman bunuh yang dijalankan di hadapan mata satu perhimpunan ramai akan membuat para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar merasa bahawa mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Di sinilah letaknya faktor-faktor keberkesanan hukum Hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang menjerakan hingga membuat setiap orang yang bercita-cita melakukan jenayah-jenayah Hudud yang keji terpaksa berfiriki sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke dalam jenayah.



Sebelum mengakhiri tulisan ini adalah wajar ditekankan sekali lagi bahawa kewajipan mempertahankan hukum Hudud dari segi ilmiah dan teknikaliti pelaksannanya bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam yang tergolong dalam istilah alim ulama seperti yang ditanggapkan selama ini, malah ia menjadi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam di seluruh negara ini, yang terdiri dari hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian undang-undang negra.



Selaku seorang Muslim yang bertuhankan Allah dan arif dalam perundangan negara, mereka berkewajipan mempelajari dan mengkaji seluk-beluk hukum Hudud bersama para ulama’ dan membuat perakuan-perakuan yang membuka jalan ke arah pelaksanaan hukum Hudud yang diturunkan Alah. Mereka tidak wajar berlindung di sebalik lalang dengan alasan yang dangkal bahawa tugas mereka hanya mentafsirkan undang-undang, bukan menggubal undang-undang, kerana di dalam realiti Islam mereka adalah hakim-hakim dan peguam-peguam yang beragama Islam yang bertanggungjawab mengamal dan mengembangkan undang-undang Islam mengikut sarana-sarana yang berada di dalam keupayaan mereka selaku ahli-ahli undang-undang.



Sikap redha dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diimport dari Barat atau sebagainya adalah bertentangan dengan aqidah Islamiah yang dianuti oleh mereka. Begitu juga sikap tidak peduli atau memandang remeh kepada undang-undang ciptaan Allah akan meletakkan mereka dalam barisan orang-orang yang tidak menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang Allah, iaitu satu barisin yang bertenggek di tepi jurang kemusnahan aqidah dan keruntuhan iman.



Sebenarnya kepakaran teknikal dan pengalaman-pengalaman yang luas dari para hakim-hakim dan peguam-peguam beragama Islam itu dapat memberi sumbangan-sumbangan teknikal yang amat bemakna dalam penyusunan qanun jenayah Islam umumnya dan undang-undang Hudud khususnya, di zaman kebangkitan umat Islam yang ingin kembali kepada sistem hidup Islam setelah gagal dengan undang-undang import ciptaan manusia yang semata-mata berlandaskan kepentingan-kepentingan lahiriyah.



Di samping itu pengalaman-pengalaman kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Sudan juga percubaan-percubaan kerajaan Pakistan dapat dijadikan panduan-panduan yang amat berguna dan membina dalam usaha mengemaskinikan teknikaliti pelaksanaan undang-undang Hudud dalam dunia yang serba maju dan moden ini. Kita yakin dengan usaha yang sedemikian rupa dari para alim ulama’ yang berganding bahu dengan para hakim dan para peguam yang beragama Islam, negara ini lambat laun akan dapat menikmati naungan undang-undang Islam yang adil dan aman.



EndPrPrPrPrPrPrEnd

3 comments:

aziawahida June 21, 2012 at 3:07 AM  

alhamdulillah,, saya setuju 100 %

aziawahida June 21, 2012 at 3:07 AM  
This comment has been removed by the author.
Unknown November 5, 2012 at 3:02 PM  

Hukum hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP