BISKUT KELAPA

>> Thursday, August 2, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________

[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BISKUT KELAPA



Sukatanya


1 sudu besar gula



5 sudu besar tepung



2 sudu besar mentega



1 biji telur ayam



Kelapa parut sedikit



Air wangi kuih



Peraturan Memasak



1 tepung diayak



2.campur gula dan mentega, kemudian campur merah telur sahaja dengan gula dan mentega tadi, lalu dipukul sampai rata.



3.asingkan putih telur, tambah air wangi kepada campuran tepung, serta dihuli sampai lembut, mentega dan gula hendaklah digaul rata.



4.canai di papan kurang sedikit daripada ½ tebalnya, tekan dengan acuan berbunga, sapu telur putih di atas dan tabur kelapa,



5.bakar sampai kuning.



xxxxxxxxxxxxx



T.”Harapan ialah mimpi orang yang jaga”-Prior.



I.”Dalam semua perkara lebih baik berharap daripada merasa putus harapan”-Goethe.



T.”Lebih baik menaruh harapan yang baik daripada pergantungan yang buruk”-Cervantes.



I.”Parkir dalam hidup ini banyak, tapi ia hanya untuk orang yang rajin dan bijak mencari”-ILHAM.



K .”Tidak ada jalan singkat ke puncak hidup kecuali dengan mendaki”-ILHAM.



M.”Menunggu itu menderita sebelum ia mengeluarkan buah dan mengeluarkan hasil”-ILHAM.



E.”Mengutamakan kepentingan orang lain itu memang terpuji, tapi jangan abaikan tanggungjawab sendiri”-ILHAM.



N.”Anda boleh membawa seekor kuda ke air, tapi anda tidak boleh membuat ia minum”-Pepatah Inggeris.



U.”Saya cintakan tanah air saya lebih dari saya cintakan kelurga saya; tapi saya cintakan kemanusiaan lebih dari saya cinta kepada tanah air saya”-Fellon



N.”Lebih baik tidak menjadi daripada menjadi tidak bahagia”-Dryens.



G.”Yang paling tidak bahagia ialah orang yang percaya dia bahagia”-Hume.



A.”Manusia mungkin boleh hidup tanpa sahabat-sahabat, manusia mungkin boleh hidup tanpa buku-buku, tapi manusia yang bertamaddun tidak boleh hidup tanpa masakan"-Bulwer Lyton.



N.”Untuk mencapai kejayaan yang sepenuh dalam hidup anda mestilah mempunyai satu tujuan yang menjadi sasaran utama anda. Kejayaan tidak dimenangi dengan mencebur diri dalam banyak perkara, tapi hanya dengan menumpu kepada suatu perkara, dan mencurahkan kepadanya seluruh tenaga hati, jiwa dan minda untuk mencapainya”-J.C.Roberts,



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP