BUAH HULU GANDUM

>> Thursday, August 9, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BUAH HULU GANDUM



Sukatannya



4 cawan teh tepung gandum



11/2 cawan teh gula pasir



1 cawan teh mentega



½ cawan teh kismis



5 biji telur ayam



1 camca teh biking powder.



PERATURAN MEMASAKNYA



Telur asingkan merah dan putihnya dipukul. Setelah itu campurkan telur merah dan putih.



Pukul mentega dan gula sampai naik.



Campurkan tepung gandum, kismis, biking powder, kemudian masukkan ke dalam mentega yang sudah dipukul kacaulah hingga sebati.



Masukkan telur yang sudah berpukul ke dalamnya, kacaulah dengan camca besar hingga bersatu rupa adunan itu.



Setelah itu bakarlah dalam acuan yang bersapu mentega adanya.



xxxxxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Ujian kepada keberanian bukan untuk mati tapi untuk hidup”-Alfieri.



I.”Ujian terbesar kepada keberanian di dunia ini ialah menanggung kekalahan tanpa kekecewaan”-R.G.Ingersoll.



T.”Ada orang memberi maaf dengan mulut tanpa hati; ada orang memberi maaf dengan hati tanpa mulut; ada orang memberi maaf dengan hati dan dengan mulut. Itulah seutama-utama kemaafaan”-ILHAM.



I.”Seorang yang berani juga seorang yang penuh keyakinan”-Cicero.



K.”Nasib baik dan cinta bersahabat dengan orang yang berani”-Ovid.



M.”Keberanian dari hati-hati bukannya semata-mata dari bilangan-bilangan”-Dryden.’



E.”Mahkamah adalah tempat berkumpulnya pengemis-pengemis yang mulia dan terkenal”-Talleyrand.



N.”Orang miskin tiada hutang”-Ausonius.



U.”Di negara orang buta, orang keceng [bermata sebelah] adalah raja”-Erasmus.



N.”Hidup dengan separuh hidup adalah hidup yang mati”-Milton.



G.”Jika orang buta memandu orang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang”-Matthew.



A.”Tidak ada yang sebegitu buta selain dari yang tidak ingin melihat”-Swift.



N.”Termasuk orang digila angan-angan ialah pemeluk suatu agama yang berangan-angan dia akan masuk ke dalam syurga di akhirat kelak sebab dia pemeluk agama itu. Dialah yang akan masuk syurga kelak, sebab dia orang Islam! Dialah yang akan masuk syurga kelak, sebab dia orang Kristian. Dialah yang akan masuk syurga kelak, sebab dia orang Yahudi. Padahal perintah agama yang dipeluknya itu tidak pernah dikerjakannya, larangannya tidak pernah dihentikannya. Dia hidup di dunia semahu hati, semahu gue!”- HAMKA.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP