KUIH LOMPANG

>> Friday, August 3, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________



[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



KUIH LOMPANG



Sukatannya



1 kepul beras yang tidak banyak kanji



½ kati gula putih



3 titik essence rose [warna ikut suka].



Peraturan Memasaknya



1.Beras hendaklah dibasuh dan direndam hingga cukup lembut [direndam dari malam] anggaran semangkuk airnya.



2.Dibasuh lagi hingga bersih baru dikisar halus-halus.



3.Gula dicampur dengan satu cawan air sejuk lalu jerang ke api hingga hancur, kemudian ditapis ke dalam mangkuk yang bersih dan kering, biarkan hingga sejuk.



4.Tepung beras tadi ditapis juga dengan kain putih yang jarang.



5.Campur air gula dengan tepung ini lalu masukkan essence rose yang berwarna pula.



6.Jerang kukus ke dapur dan cawan lompang yang kecil dahulu. Apabila panas barulah curahkan adunan tadi ke dalam acuan. Kukus hinggga masak supaya warnanya jernis dan berkilat.



PERINGATAN



Masa mengadun tepung dengan gula eloklah pakai senduk tempurung supaya dapat dilihat cair dan pekat adunan ini. Jika tepung itu masih melekat di belakang senduk itu, campurkanlah sedikti air hinggga ia tiada melekat lagi. Dikehendaki sederhana sahaja.



xxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Rebutlah yang tertinggi, anda akan memiliki apa yang ada di antara keduanya”-Pepatah.



I.”Sementara pemukat tidur, pukat mengambil ikannya”-Pepatah.



T”Yang buruk jika dipuji akan menjadi bertambah buruk”-Phillostratus.



I.”Cari jalan singkat menuju ke hati manusia, bukan ke otaknya”-ILHAM.



K.”Bayang raja itu cepat hilang”-Peribahasa Arab.



M.”Menang dengan orang yang lemah itu kekalahan”-Pepatah Arab.



E.”Hati juga berkarat seperti besi”.Pepatah Arab.



N,”Uban pemberita mati”-Pepatah Arab.



U.”Senjata orang yang lemah ialah bersungut”-Pepatah Arab.



N,”Jangan minum racun kerana percayakan ubat"-Pepatah Arab.



G.”Lebik baik naik keldai yang jinak dari kuda yang liar”-Pepatah Barat.



A,”Lebih baik orang jahat yang anda kenal dari orang jahat yang anda tidak kenal”-Pepatah Barat.



N.”To make good satay, you have to make it with heart. We have the family recipe but there is no real formula to it. It is a labour of love”-Peniaga Satai, Jurutera Mohd Shafiruz Zaini.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP