KUIH SPRIT

>> Wednesday, August 8, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



KUIH SPRIT



Sukatannya



4 biji telur ayam



2 cawan tepung gandum



1 cawan mentega



2 cawan gula putih [halus]



Peraturan Memasaknya



1.Pukul telur sampai kembang



2.Gula ditumbuk hingga halus, kemudian campur tepung gandum, mentega dan telur serta gula, hulikan sampai lembut.



3. Bila sudah lembut isikan dalam acuan dan tekankan.



4.Boleh dibentuk berbagai-bagai rupa yang dikehendaki.



5.Bakarlah dengan menggunakan api [bara] atas dan bawah.



xxxxxxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Mereka berjaya kerana mereka fikir mereka boleh. Seseorang tidak mempelajari pelajaran pertama dalam hidup jika tidak setiap hari dia mengatasi ketakutan”-Ralph Waldo Emerson.



I.”Sembari kita maju dalam hidup, kita belajar keterbatasan kebolehan kita”-Freud.



T.”Di belakang orang yang mampu biasanya ada orang lain yang mampu”-Pepatah Cina.



I.”Untuk mengetahui bagaimana untuk menyembunyikan kemampuan kita adalah suatu kepandian yang hebat”-Rouchefoucauld.



K.”Seseorang tidak perlu ragu-ragu, sebagai suatu bangsa atau sebagai peribadi untuk menghadapi bahaya kerana ianya meuncul kepada imaginasi begitu menakutkan”-Winston Churchill.



M.”Kebolehan adalah kekayaan orang miskin”-M.Wren.



E.”Api dan pedang adalah jentera pemusnah yang perlahan jika dibandingkan dengan orang yang suka bercakap merapu”-Steele.



N.”Malu-malu adalah perhiasan orang muda, tapi tercela untuk orang tua”-Aristotle.



U.”Janggut tidak pernah menjadi ukuran otak yang sebenarnya”-Fuller.



N,”Tentukan problam anda. Kurangkan kepada yang penting-penting dan singkirkan segala kekotorannya. Putuskan bagaimana untuk menyelesaikannya dan jangan biarkan sesuatu pun menyempangkan hasrat anda untuk melakukannya”- Field Marshall Lord Montgomery.



G.”Bila kita hidup hanya untuk diri sendiri semata-mata ternampak hidup ini pendek dan kerdil; bermula dari kita mengenal hidup dan berakhir dengan tamatnya umur kita yang terhad. Tetapi bila kita hidup untuk orang lain, dalam erti untuk sesuatu konsep, maka ianya ternampak panjang dan mendalam, bermula dari sejak bermulannya hidup manusia dan terus berpanjangan meski sesudah kita meninggalkan dunia ini”- As-Syahid Syed Qutb,



A.”Bahagian yang terbaik dari sebuah keindahan ialah bahagian yang tidak ada gambar yang dapat menggambarkannya”-Bacon.



N.”Bagaimana kaum wanita akan setaat dahulu menjaga kehormatannya dan tenteram dalam rumahtangganya padahal fesyen pakaian wanita telah ditentukan oleh kaum kapitalis saudagar pakaian, yang mencari bentuk-bentuk yang selalu mesti baru dan selalu mesti ganjil, bertukar setiap sebentar, sehingga belum lusuh kain dipakai, supaya terpaksa diganti dengan bentuk yang baru, sebab modelnya telah bertukar pula. Gadis-gadis sudah terlebih bebas bergaul dengan pemuda-pemuda dan dosa yang bernama zina sudah tidak dikenal orang lagi”-HAMKA.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP