Aidiladha Dan Cerita-cerita Penyakit

>> Tuesday, October 30, 2012





AIDILADHA DAN CERITA-CERITA PENYAKIT



Aidiladha kali imi, seperti biasa disambut dengan meriahnya. Letupan mercun hampir tidak kedengaran langsung, tidak seperti hari raya Aidilfitri. Tapi entah kenapa, hampir setiap orang yang kami temui pada Aidiladha kali mereka, kebanyakan mereka berbicara mengenai penyakit. Berbagai-bagai jenis, penyakit merbahaya dan penyakit tidak merbahaya dan juga penyakit-penyakit yang aneh.


Orang-orang yang kami temui berayara dengan kami itu, terdiri dari berbagai-bagai golongan . antaranya doktor, bakal-bakal doktor, jururawat dan pesakit-pesakit dan bekas-bekas pesakit, tapi juga orang-orang biasa seperti kami.


Saya suka mencatatkan di sini sedikit daripada cerita-cerita tentang penyakit yang kami dengar sepanjang dua hari Aidiladha yang berlalu itu  untuk dikongsikan bersama dengan anda.


Penayakit Jantung


Salah seorang dari mereka yang beraya dengan kami itu adalah pesakit jantung. Lebih lemak. Menyebabkan salah satu saluran darah jantungnya  tersumbat sedikit. Katanya yang tersumbat itu telah dirawat, doktor memasukkan sesuatu untuk membukakanya semula. Satu saluran darah lagi tersumabt juga, tapi sedikit sahaja, kerana itu tidak memerlukan rawatan yang sama, hanya perlu makan ubat sahaja kata doktor. Boleh baik.


Sebelum menerima rawatan doktor, beberapa hari sebelumnya, dia telah bertemu dengan perawat alternatif. Seorang wanita warga emas. Setelah menyentuh dadanya sambil membaca ayat-ayat tertentu, wanita itu memberitahu keadaan penyakit dalam dadanya itu, dan katanya apa yang diberitahu oleh wanita itu adalah sama dengan apa yang diberitahu oleh pakar jantung kemudian kepadanya.


Selain itu katanya, dia juga telah diberi oleh doktor  beberapa jenis ubat sakit jantung untuk diambilnya setiap hari. Dan salah satu daripada ubat itu hanya perlu diambil   bila perlu sahaja, iaitu bila dada terasa sakit. Dan sekiranya sampai tiga biji diambil, ubat itu tidak memberi apa-apa kesan, maka dia dinasihatkan supaya segera pergi ke bahagian kecemasan di hospital untuk menerima rawatan lanjut.


Katanya wanita perawat alternatif itu juga telah memberi ubat kepadanya. Ramuan ubat itu perlu ditumbuk. Antara bahannya ialah kunyit, dan hampir tiga ribu biji lada hitam yang perlu ditumbuk untuk disapukan kepada dada yang sakit.


Dia hanya sempat menggunakannya selama dua hari. Sakit dadanya berkurangan. Tapi pada malam ketiga, dia tiba-tiba merasa sakit dada yang agak serius, kerana bekerja berlebihan pada siangnya, walau pun telah dipantangkan, lalu dia meminta segera dibawakan ke hospital.


Dan seterusnya  itulah yang berlaku beberapa hari yang lalu di mana dia menjalani perawatan jantung dan untuk membuka sumbatan lemak pada saluran darah ke jantungnya itu.


Pada malam dia dimasukkan ke wad kecemasan itu, doktor yang memeriksanya merasa kehairanan melihat kedua belah tapak tangannya berwarna kuning, demikian juga dengan dadanya. Doktor berusaha mengesan sebabnya kenapa anggota-anggota badannya yang tersebut berwarna kuning, dengan memeriksa kedua biji matanya dan juga darahnya. Namun tidak ada apa-apa yang ditemui, tapi dia tidak memberitahu doktor bahawa warna kuning pada tapak tangan dan dadanya itu adalah kesan kunyit yang telah digunakannya.


Penyakit Kuning


Orang yang lain menceritakan bahwa pada suatu hari seorang wanita kawannya amat terkejut melihat bayinya berwarna kuning seluruh tubuhnya. Kerana merasa bimbang, dia terus membawa anak itu ke klinik untuk pemeriksaan. Tapi doktor di klinik tidak dapat mengesan apa-apa penyakit pada bayinya itu.


Lalu mereka meminta ibu itu, mambawa anaknya ke rumah sakit untuk pemeriksaan lanjut. Tapi doktor di rumah sakit  juga tidak dapat mengesan apa-apa penyakit walau pun pemeriksaan telah dilakukan berulang-ulang kali terhadap sang bayi.


Hinggalah beberapa bulan telah berlalu, tidak ada apa-apa perubahan pada bayinya, demikian juga  tidak ada apa-apa ketentuan  yang dapat dibuat oleh doktor yang merawat, menyebabkan ibu dan suaminya bertambah kebimbangannya. Namun begitu, bayi itu tidak pula menunjukkan penanggungan sebarang kesakitan. Keadaaannya normal sahaja.


Akhirnya kedua suami isteri itu membuat keputusan untuk membawa  bayi itu menemui doktor pakar di tempat lain. Alangkah senangnya hati mereka, setelah beberapa bulan menanggung keresahan tentang penyakit bayinya itu, tiba-tiba diberitahu bahawa bayi itu bukan menghidap apa-apa jenis penyakit, dan warna kuning di seluruh badannya itu ialah memang warna kulitnya yang asal, kuning yang luar biasa. Dan hari ini kulit kanak-kanak itu masih kuning dan sihat seperti biasa.


Penyakit Mata


Seseorang lagi pula menceritakan tentang penyakit yang menimpa anak saudaranya yang pada hari ini masih lagi berada di hospital untuk menerima rawatan. Sudah beberapa bulan dia menanggung sakit. Penyakitnya agak ganjil sedikit. Doktor-doktor pun masih belum mengetahui apakah punca sebenar penyakit yang dihidapinya itu.


Mula-mulanya dia melihat sekeliling sebelah matanya merah. Dia ingat itu kejadian biasa  yang akan hilang begitu sahaja selepas dua tiga hari. Namun begitu, selepas dua tiga hari berlalu, warna merah sekeliling matanya itu tidak juga hilang, dia pun merasa bimbang, lalu pergi menemui doktor di sebuah klinik. Selepas memeriksanya, doktor mengatakan, penyakit matanya itu bukan penyakit mata biasa, dan tidak boleh merawatnya dan meminta dia menemui doktor pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.



Foto sekadar hiasan dari arkib simpanan


Dalam masa menerima pemeriksaann matanya itu, dia tiba-tiba  merasa sakit telinga. Mengikut doktor yang memeriksanya, kuman daripada matanya itu telah menjangkiti  telinganya. Setelah menjalankan pemeriksaan, doktor tidak dapat mengesan daripada manakah kuman pada matanya itu datang.


Setelah menjalankan pemersiksaan yang lanjut, mengikut doktor, pada telinganya yang bermasalaah itu, terdapat sebuah saluran seni menuju ke bahagian otaknya. Menurut doktor lagi menerusi saluran kecil ini, kuman-kuman daripada  telinganya itu akan merayap masuk ke otaknya.


Untuk mencegah laluan kuman itu ke otak, doktor telah menjalankan pembedahan telinga untuk memutuskan terowong kecil yang menuju ke otak yang akan menjadi laluan kuman misteri itu.


Sementara itu, doktor juga memberi tahu di sebalik matanya yang bermasalah itu terdapat pula semacam nanah, dan mereka sedang berusaha untuk melakukan rawatan ke atas mata tersebut yang berpunca dari kuman yang tidak dapat dikenali.


Di samping itu setiap menjelang malam badannya akan terasa panas, sukatan suhu badannya akan meninggi, tapi orang-orang yang menjamah badannya tidak pula merasa sebarang kepanasan sebagaiman sepatutnya terdapat pada orang yang demam biasa. Doktor juga masih mencari sebab-sebabnya berlaku demikian.



Foto sekadar hiasan dari arkib simpanan
 

Denkikiankah sudah sebulan lebih dia meringkuk di hospital kerana penyakit yang berpunca dari kuman yang tidak dapat dikenali dan tidak diketahui  puncanya itu.


Semoga Allah menyelamatkannya.


Penyakit Kaki


Seorang calon doktor pula memberitahu ada sejenis penyakit yang berpunca dari darah, yang ganjil kedengarannya kepada kami orang awam.


Penyakit ini berpunca dari darah beku dalam bahagian dada. Bila darah beku itu pecah, ketulan-ketulan kecil darah itu akan mengalir ke seluruh bahagian anggota badan yang lain, dan biasanya ia akan turun ke bahagian kaki.


Ketulan kecil darah beku ini merbahaya, kerana bila melekat di bahagian kaki, ia boleh menghalang pengaliran darah daripada sampai ke kaki, dan ini boleh menyebabkan kaki bermula dari lutut ke bawh akan sakit dan lumpuh. Kadang-kadang ia berlaku pada sebelah kaki dan kadang-kadang pula berlaku ke atas kedua-dua belah kakinya sekali gus secara serentak.


Oleh sebab oksijan tidak sampai ke kaki, menyebabkan kaki yang bemasalah itu akan mengeluarkan bau yang busuk yang luar biasa yang berbeza daripada bau busuk akibat penyakit-penyakit lain, dan ini  dengan mudah boleh dikesan oleh mana-mana doktor jika mereka masuk ke wad pesakit.


Katanya satu-satunya rawatan penyakit ini ialah dengan jalan membedah, untuk memotong kaki yang berpenyakit itu.


Demam Tak Henti-henti


Seserang lagi pula menceritakan bahawa anak kepada seorang sahabatnya mengalami kecederaan pada kakinya kerana bermain bola. Bila dibawa ke hospital, anak itu terpaksa dibedah untuk merawatnya.

Selepas dibedah, dan sembuh, anak itu setiap hari demam berpanjangan. Dia dibawa semula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan untuk merawat demamnya itu dan mencari sebab-sebabnya.Ubat-ubat biasa tidak lagi mampu menyembukan demamnya.


Setelah menjalankan pemeriksaan demi permeiksaan yang teliti, maka akhirnya terbukalah rahsianya. Anak itu rupanya dijangkiti oleh sejenis kuman yang terdapat pada pisau pembedahan yang diguna untuk membedah kakinya itu, dan kuman itu rupanya kebal dan tidak mati walaupun telah dibersihkan secara biasa dengan sewajarnya.


Sebelum daripada membedah kanak-kanak itu, pisau bedah itu telah digunakan oleh doktor untuk membedah seorang pesakit lain, kerana penyakit yang tertentu. Justeru itu kuman penyakit tersebut adalah berpunca dari pesakit tersebut. Dengan terbongkar rahsia itu, barulah doktor dapat merawat kanak-kanak itu dengan sewajarnya dan berjaya disembuhkan dari demamnya yang berpanjangan selama beberapa bulan itu.


Alhamdulillah.


Kuman-kuman Yang Kebal


Ada pula seseorang memberitahu bahawa dia pernah membaca sebuah rencana yang mengatakan ada pesakit-pesakit di negara-negara Barat yang merasa bimbang untuk dimasukkan ke hospital, kerana katanya di hospital itu sendiri terdapat  kuman-kuman khusus yang kebal dengan ubat.


Kuman-kuman ini telah menjadi kalih dengan sebarang ubat, sebagaimana seseorang pemungut sampah terbuang tidak akan merasa bau busuk walau berada dalam timbunan sampah yang berlendir dan berulat sekali pun kerana dia telah kalih atau lali dengan baunya yang busuk itu. Demikianlah, alah bisa tegar biasa. Atau seumpama orang yang sering memakan ubat yang tertentu setiap kali dia sakit, dan akhirnya kerana terlalu kerap menggunakannya, ubat itu mungkin tidak akan mampan atau berjaya untuk menyembuhkan apa-apa penyakti yang dihadapinya di masa-masa akan datang.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Foto sekadar hiasan dari arkib simpanan

 
Demikianlah, katanya terdapat  kuman-kuman kebal di hospital-hospital yang tidak mampu dibinasakan atau diubati dengan ubat biasa kerana telah kalih atau lali. Dan ini merupakan cabaran kepada para doktor untuk mencari ubat-ubat baru untuk menentang kuman-kuman yang kebal itu daripada menjadi ancaman kepada manusia, khususnya pesakit-pesakit yang berada di hospital.


Ubat


Ada pula memberitahu tentang ubat penyakit jantung secara tradisonal. Bahannya ialah akar pohon ulat bulu dan akar pohon dukung anak. Rebus dan minum airnya.


Untuk menghilangkan rasa sakit pada dada pula, ambil daun pokok tikus yang berbau busuk itu, tumbuk dan tampal pada dada yang sakit. Insya-Allah baik katanya.


Di samping itu, katanya perbanyakkan makan pucuk atau daun ketereh  [jagus] yang muda setiap hari sebagai ulam untuk merawat sakit jantung.


Seseorang menceritakan, salah seorang daripada keluarga kawannya mendapat penyakit jantung, dan setelah mengamal minum air herba tersebut penyakit jantungnya menjadi baik. Katanya ini disahkan doktor yang pernah memeriksanya dan pernah memberi nasihat kepadanya supaya menjalani pembedahan jantung.


Tapi beberapa bulan kemudian selepas mengetahui dia telah bebas daripada penyakti jantung,  dia telah pergi ke pasar dan membeli beberapa biji buah durian. Oleh sebab dia sudah lama berpantang makan durian, maka setelah merasa dirinya telah bebas  dari penyakit jantung itu, maka pada hari itu dimakannya sampai tiga biji durian untuk sekali makan.


Akibatnya dia kepanasan, lalu jatuh pingsan, tidak sedarkan diri, dan langsung tidak bangun-bangun lagi buat selama-lamanya di dunia ini.


Wallahu Aklam.


Daripada semua certia-cerita itu membukitkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Tidak ada siapa yang dapat menghalang ketentuan Allah. Tidak ada kuasa manusia yang boleh mencegah segala penyakit yang Allah telah jadikan dan akan jadikan dari masa ke masa untuk menguji manusia.


Apa yang kita manusia boleh lakukan ialah sekadar berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh, bersabar dan menaruh penuh pengharapan, tapi semua ketentuan tetap di tangan Allah. Semoga Allah mengampuni kita dan menerima persembahan doa kita. Amin.


Allahu Akbar.


ENDPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.END






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP