Perang Dron Mengancam Dunia

>> Wednesday, October 24, 2012




 

PERANG DRON MENGANCAM DUNIA



Manusia memang cekap untuk mencipta atau mereka berbagai-bagai jenis alat untuk menjaga kepentingan mereka. Dari sekecil-kecil alat membawa kepada sebesar-besar alat, untuk memberi manfaat kepada kehidupan mereka.



Tapi malangnya, alat-alat yang mereka rekakan itu bukan sahaja dapat membantu kehidupan mereka sebagai umat manusia sejagat yang bertamadun, tapi sebaliknya banyak juga alat-alat tersebut yang dicipta khusus untuk membunuh mereka, membinasakan dunia, terutama manusia yang tidak sebulu atau sekata dengan mereka.


Antara alat-alat pemusnahan yang mereka ciptakan itu,ialah berbagai-bagai jenis senjata, kapak, pedang, pistol, senapang, rifel, bom dan sebagainya yang terus berkembang dengan pesat teknologi penciptaannya hingga tidak bernoktah lagi sampai ke saat ini. Malah kian hari kian bertambah canggih penciptaannya.


Ini adalah salah satu faktor yang memberi sumbangan berleluasanya kejadian jenayah di mana-mana sahaja.


Kalau dahulu bom-bom diguggurkan di sesuatu sasaran dengan diangkut  oleh kapal terbang sebagaimana berlaku dalam Perang Dunia Ke Dua. Ledakan bom di bumi Jepun menjadi punca ketewasan Jepun dalam perang yang senghaja dilakarnya sendiri itu.


Justeru penggunaan kapal terbang untuk melemparkan bom-bom ke sasaran tertentu itu begitu komplikited, kerana kapal terbang penganggkut bom itu terpaksa dipandu oleh juru terbang yang mungkin terdedah kepada ancaman-ancaman bahaya serangan dari musuh, maka cara-cara yang lebih selamat dan canggih lagi telah direka untuk tujuan tersebut.


Sebagai ganti kapal terbang untuk membawa bahan-bahan letupan ke sasaran, maka diciptakan sejenis senjata yang dipanggil perluru berpandu. Dengan cara ini, bahan-bahan letupan atau bom-bom itu tidak perlu dibawa oleh kapal terbang yang dipandu oleh juru terbang, tapi dibawa oleh roket-roket yang dihala ke sasaran yang dikontrol dari jarak jauh. Andainya roket pembawa bom itu terkema tembak sekali pun, ia tidak melibatkan nayawa jiwa juru terbangnya, kerana ianya tidak mempunyai pemandu.



Pemimpin Hizbullah Lubnan, mendakwa berjaya melancar dron ke ruang udara Israel.


Namun pereka-pereka alat pembunuhan itu masih merasa tidak berpuas dengan alat  tersebut, kerana penggunaannya juga kompliketed, di mana roket-roket penganggkut bom atau bahan peledak agak besar ukurannya maka dengan itu sudah tentu menelan perbelanjaan  yang besar untuk mecipta dan melancarnya nanti, di samping itu ia juga boleh menelan korban yang jauh lebih besar daripada apa yang disasarkan. Dan ini sudah tentu akan medapat reaksi dan tentangan yang lebih luas bukan sahaja daripada masyrakat tempatan yang dijadikan sasaran, tapi juga daripada masyarkat dunia seluruhnya. Sudah tentu pula mereka yang menjadi korban itu termasuk orang-orang yang tidak bersangkutan, atau orang-orang yang langsung tidak terlibat dan tidak bersalah sama sekali.


Akhirnya ahli-ahli teknologi itu telah berjaya merekakan alat-alat yang lebih canggih penggunaannya, sesuai dengan ukuran nafsu mereka. Alat-alat pengebom atau peledak ini  keadaannya jauh lebih kecil, dan didakwa lebih tepat menjalankan operasinya. Justeru itu belanja untuk merekakannya juga  mungkin tidak sebegitu besar.


Alat ini dikenali dengan nama DRON atau dalam bahasa Inggerisnya dieja DRONE, iaitu sejenis pesawat udara tanpa  manusia atau pemandu. Sejak kebelakangan ini dron kian popular penggunaannya, dan kian luas digunakan di tempat-tempat tertentu di dunia untuk melakukan pembunuhan.


Dron direka dalam berbagai-bagai rupa, antaranya seperti kapal terbang biasa, tapi bersaiz kecil.
Dron-dron ini dilengkapkan dengan alat-alat pengintipan dan juga alat pemusnahan seperti bom, untuk mencari sasaran yang telah mereka tetapkan misinya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan.


Mengikut sejarahnya penggunaan alat pertama untuk menganggkut senjata tanpa pemandu ialah penggunaan belon oleh Austria untuk mengebom kota Venice, Italy pada 22 Ogos, 1849 . Sebahagian daripada belon-belon yang dilengkapkan dengan bahan peledak itu memang sampai ke Venice, tapi sebahagian lagi tidak sampai ke sasaran, tapi berpatah balik ke Austria kerana ditiup angin yang tidak menyebelahi mereka.


Mengikut laporan sehingga kini kebanyakan dron pemusnah ini digunakan di negara-negara Islam di mana polis dunia, Amerika Syarikat meletakkan kepentingannya di situ. Antara negara-negara Islam tersebut, ialah Pakistan, terutama di wilayah bersempadan dengan Afghanistan, Yaman, Iraq dan di Somalia.


Mengikut laporan News America Foundatian bahawa laporan tentera Amerika menegaskan bahawa, sebanyak lebih 297 dron telah dilancarkan di Pakistan sahaja yang menyebabkan seramai 300 hingga 400 orang awam yang bukan militan telah terkorban. Malah ada laporan yang mengatakan angka korban jauh lebih tinggi lagi dari itu, iaitu antara 400 hingga 800 orang telah terkorban setakat ini sahaja.


Tapi malangnya, serangan dron Amerika di Pakistan itu yang disasarkan ke atas anggota-anggota militan yang menentang mereka, lebih banyak membunuh orang-orang awam daripada apa yang mereka halakan, iaitu anggota poengganas yang menjadi buruan mereka. Mengikut laporan, hanya satu daripada setiap tujuh serangan dron Amerika di Pakistan yang berjaya membunuh seorang ketua militan, itu pun kebanyakan tokoh-tokoh yang dibunuh itu merupakan tokoh-tokoh yang tidak penting, dan sebalaiknya kebanyakan yang terkorban ialah orang-orang awam yang tidak berdosa.



 Osama bin Laden gagal dibunuh oleh dron Amerika


Pada tahun 2002, tentera Amerika buat pertama kalinya melancarkan serangan dron ke Paktia, dekat Khost Afghanistan dengan sasaranya untuk membunuh Osman bin Laden. Tapi yang menjadi korban bukan Osman bin Laden, sebaliknya orang awan yang sedang mencari sisa-sisa logam yang tidak terpakai.


Di Yaman pula, sekurang-kurang 34 buah dron telah dilancarkan oleh Amerika Syarikat sehingga tahun 2012 ini, dan menurut dakwaan telah berjaya membunuh orang-orang yang disyaki pengganas. Namun begitu, ada mereka yang meraguinya, dan tidak dapat mempastikan dakwaan tersebut. Ini bererti jika yang terkorban itu bukan militan, maka sudah tentu mereka terdiri daripada orang-orang awam yang tidak berdosa.


Di Somalia pula, Amerika Syarikat dilaporkan kian mempertingkatkan serangan dron di negara itu.
Mengikut laporan, dalam zaman Obama menjadi presiden Amerika Syarikat, penggunaan dron kian meningkat, dan seperti biasa kebanyakan mereka yang terkorban ialah orang-orang awam yang tidak berdosa.


Justeru itu mengikut laporan, ribuan orang awam, selain daripada mangsa-mangsa sasaran, dilaporkan terkorban di seluruh dunia, akibat serangan dron atau drone. Kebanyakan yang menjadi mangsa itu orang-orang awam yang tidak berdosa, termasuk para penyelamat dan orang-orang menziarahi mangsa-mangsa di temapt kejadian tersebut.


Tegasnya serangan dron Amerika telah membunuh ribuan orang di negara-negara Afghanistan, Iraq, Pakistan, Yaman dan Somalia. Demikianlah nasib malangnya umat Islam selalu dijadikan mangsa oleh golongan imperalis di atas nama keadilan dan keamanan?


Memanglah tujuan dron dilancarkan  untuk membunuh manusia. Bukannya seperti peluru berpandu, bila dilacarkan sasarannya ialah sesuatu tempat atau kawasan. Manusia atau apa-apa yang ada dalam kawasan serangan itu akan rerlibat secara tidak langsung. Justeru itu menyerang dengan dron adalah satu jenayah pembunuhan.


Namun begitu, kebiasaanya kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam serangan dron itu enggan mendedahkan kepada umum butir-butir lengkap mengenai pembunuhan ke atas orang awam akibat serangan dron itu dan juga engggan memberi pengenalan diri sebahagian daripada mereka yang terkorban itu.


Mengikut undang-undang Amerika Syarikat, penggunaan dron adalah halal di negara-negara lain di seluruh dunia, tapi menjadi jenayah jika dron digunakan di negara Amerikat Syarikat. Inilah yang dikatakan undang-undang beruk, bukan sahaja rakus tapi tolol demi menjaga kepentingan diri sendiri.


Sebagai tindak balasnya, kumpulan-kumpulan Islam yang sentiasa tercaman oleh imperalis Amerika Syarikat dan Zionis itu cuba mendedahkan diri mereka juga sebagai pemilik dron untuk menakutkan musuh-musuh mereka. Tidaklah diketahui sehingga ini brapa banyak mereka telah menghasil dan memiliki dron, iaitu senjata pemusnah moden yang canggih ini.


Setakat yang diketahui pada tahun 2006 yang lalu, kumpulan Hizbullah yang berpangkalan di Lubna pernah menghantar sebuah pesawat pengintip yang membawa bahan letupan ke ruangan udara Israel, tapi telah ditembak jatuh oleh pihak tentera rejim itu.


Dan baru-baru ini pula, iaitu pada 6 Oktober 2012 mereka telah berjaya menghantr sebuah dron ke Israel dan berjaya melepasi beberapa kawasan sensitif di rejim itu sebelum ditembak jatuh berhampiran tapak nuklear di Damona, Israel.


Mengikut pemimpin Hizbullah di Lubnan bahwa merekalah yang bertanggungjawab melancarkan dron itu yang dihasilkan oleh teknologi buatan Iran, musuh ketat Israel dan Amerika Syarikat.


Kejayaan Hizbullah melancarkan dron yang mampu menembusi berpulu-puluh kilometer ke dalam ruang udara wilayah Israel sebelum ditembak jatuh, di kawasan  yang selama ini didakwa dikawal dengan ketat daripada sebarang pencerobahan asing, dan ini  membuktikan bahawa ianya mempunyai ruang terbuka untuk ditembusi oleh serangan musuh-musuh dari luar.


Andainya stiwasi teknologi persenjataan sejagat terus berkembang seperti hari ini, maka bukanlah anih kiranya, pada suatu masa nanti, dunia akan menghadapi perang dron yang ciptaannya kian canggih setiap hari.


Akibat Tidak Beriman


Demikianlah kita lihat segala alat penghapusan makhluk Allah, khususnya manusia, seperti penciptaan dron dan sebagainya pada permulaannya merupakan  hasil buah tangan ciptaaan manusia haloba yang mementingkan diri mereka sendiri, sebagai satu kelompok, sebagai satu koloni, sebagai satu geng atau juga sebagai satu bangsa yang mempunyai nafsu yang liar dan ganas.


Penciptaan alat-alat pemusnahan seperti dron ini sudah tentu menggalakkan lagi penciptaan alat-alat seumpama itu. Negara-negara atau bangsa-bangsa yang terancam oleh dron, atau merasa dirinya terancam sudah tentu akan berikhtiar untuk mencipta dron atau alat-alat lebih canggih lagi dari itu sebagai benteng untuk mempertahankan diri mereka. Ciptaan melahirkan ciptaan, kemusnahan menyemarakkan kemusnahan. Tentulah tidak wajar kepada bangsa yang terancam, membiarkan diri mereka dimusnahkan oleh musuh, tanpa usaha untuk mempertahankan diri.


Ini adalah berpunca daripada  manusia memisahkan agama daripada kepandaian yang mereka miliki, justeru teknologi yang mereka kuasai lebih banyak menghasilkan kebiadaban dan kemusnahan alam dan isi-isinya dengan bebagai-bagai hasil teknologi canggih yang mereka ciptarekakan. Keadaan malang ini tidak akan terhenti selagi manusia mempunyai fikiran yang sempit yang dibelit kerakusan nafsu demi kepentingan  diri sendiri, puak-puak dan kroni-kroni  semata-mata.


Kehilangan ruh agama dan ketiadaan iman di dada inilah yang menjadi problam manusia sejagat hari ini yang telah berjaya mempurakperandakan alam dan umat manusia itu sendiri dengan berbagai-bagai ciptaan yang membahayakan, dan dron adalah satu daripada hasil ciptaan canggih mereka untuk memusnahakn alam dan isinya ini.


Penyakit penyingkiran agama dari arus  kehidupan inilah yang telah sekian lama bermaharajalela di negara-negara Eropah, termasuki Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat kepada Yahudi, yang menjadi punca kepada kecelaruan dunia hari ini. Fahaman jahat ini  telah lama juga merebak luas dan berpijak utuh di seluruh dunia, termasuk di negara-negra Timur dan negara-negara Islam tanpa terkecuali.



Obama Presiden Amerika yang paling banyak mengguna dron

Menyedari hakikat inilah, mantan Menteri Luar Amerika Syarikat, Mr. Dulles pernah menegaskan, bahwa problam baru dalam sejarah Amerika ialah adanya jiwa yang sudah begitu musnah yang berkait rapat dengan materialistik, kerana katanya mereka telah pun berjaya meraih kekayaan di sepanjang abad. Justeru, beliau pun membuat kesimpulan, “Oleh itu kebangkratan kita [Amerika Syarikat] adalah pada persoalan kepercayaan [akidah]”.


Oleh itu problam-problam ini hanya dapat di atasi dengan jaya  dengan menjadikan agama dengan ruh keimanannya sebagai sebahagian daripada rangka hidup yang penting kepada sesebuah bangsa, negara malah juga sebagai seorang manusia yang menyedari hakikat dirinya sebagai makhluk Allah yang mempunyai tanggung jawab yang besar di sisi Allah S.W.T. Orang-orang yang beriman ini sentiasa mempunyai serampang dua mata dalam perjuangan mereka, iaitu dunia dan akhirat, bukannya akhirat semata dan bukan juga dunia semata, seperti yang berleluasa pada hari ini yang dipengaruhi oleh sistem kebendaan atau keduniaan.


Dalam Islam terdapat matlamat hidup yamg unggul itu, memburu kebahagian hidup dunia dan akhiat. Itulah peranan iman yang menjadi pakaian setiap umat Islam yang bertakwa. Ia meletak agama di atas segala-galanya- masalah hidup dan mati adalah dua perkara yang saling  kait mengait antara satu sama lain, tanpa berpisah. Akibat pemisahan agam dari dunialah yang menjadi punca kepada kepincangan dunia hari ini-bertambah banyaknya tercipta alat-alat pemusnahan, seperti dron dan sebagainya.


Kembalilah kepada agama, kembalilah kepada Islam, satu-satunya agama yang diredai oleh Allah. Letak ia di atas segala-galanya. Hanya dengan cara itu sahajalah dunia ini dapat diselamatkan daripada kerakusan manusia, ketamakan manusia, kedurjanaan manusia. Hanya agama mengajar manusia ada akhirat di mana segala perbuatan mereka akan diukur dan dikira dengan sebaik-bainya untuk diberi ganjaran yang setempal oleh yang Maha Pencipta. Tanpa ciri-ciri ini manusia yang hidup di dunia ini tidak mempunyai sebarang nilai. Mereka boleh bertindak, melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki andainya mereka memilki sedikit kuasa yang diberikan oleh Allah sebagai ujian kepada mereka. Dan sudah tentu kebiadaan mereka itu akan memabwa kemusnahan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, tapi juga kepada alam dan sleluruh isinya akan menjadi musnah di tangan orang-orang yang rakus dan tidak beriman tegasnya tidak beragama


Kembalilah kepada agama dan kembalilah kepada Islam, insya-Allah manusia akan terselamat di dunia dan terselamat di akhirat.



END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP