Sederet Rumah Kedai Di Pasir Tumbuh Terbakar

>> Friday, November 30, 2012



SEDERET RUMAH KEDAI DI PASIR TUMBUH HANGUS


Pagi tadi [Jumaat, 30 November 2012] ketika dalam perjalanan pulang, kami melalui pasar tani, Pasir Tumbuh, tidak seperti biasa jalan sesak, dan di hadapan sana kelihatan ada lampu merah sebuah kenderaan bomba menyala kelap kelip memberi amaran.

 Memang ada kebakaran di hadapan sana. Waktu kami sampai itu, api telah padam sepenuhnya. Yang kelihatan ialah sisa-sisa kebakaran itu, dan orang ramai masih ada lagi yang melihat-lihatnya.




Bangunan yang terbakar itu ialah bahagian atas tiga buah rumah kedai berderet yang terletak di tepi jalan Kota Bharu-Pasir Puteh.


Salah sebuah daripada kedai itu ialah kedai makan yang diusahakan oleh Enc.Rozman Mahmud dan isterinya Cik Izaifah Ismail.

Kebakaran bermula kira-kira 9.30 pagi di bahagian atas kedai makan itu, kemudian merebak ke dua-dua buah kedai lagi yang berderet letaknya.


Sungguh bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.


Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa.

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP