Surat Lembaga Kesatuan Melayu Semenanjong Kepada Raja Melayu

>> Monday, December 10, 2012




PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN,



Sejarah telah menunjukkan banyak pihak, terutama berbagai-bagai persatuan dan pertubuhan yang terlibat dalam perjuangan  menuntut kemerdekaan Tanah Melayu yang telah tercapai pada 31 Ogos 1957 yang tidak boleh dipandang sepi.


Di antara pertubuhan-pertubuhan itu ialah LEMBAGA KESATUAN MELAYU SEMENANJONG  yang telah dilantik menjadi Setiausaha Kongres Kebangsaan. Lembaga ini pernah menulis surat kepada Raja Melayu melahirkan pendapatnya mengenai kemerdekaan yang hendak dituntut itu, antaranya ialah Bahasa Melayu dan Agama Islam mestilah dijadikan agama rasmi Persekutuan nanti.
Surat tersebut ditandatangani oleh Muhammad bin Haji Taib, bagi pihak Lembaga Kesatuan Melayu Semenanjong selaku Setiausaha Kongres Kebangsaan, bertarikh 23 Julai 1954.


Sepuncuk daripada surat dalam bentuk salinan stensilan itu yang dihadapkan kepada DYMM Raja Perlis ada dalam simpanan kita.


Semoga penyiaran surat ini ada gunanya dari segi sejarah tanah air.






SURTA LEMBAGA KESATUAN MELAYU SEMEMENANJONG
KEPADA RAJA MELAYU


Lembaga Kesatuan Melayu Semenanjong,

Head Office: N0 47, Jalan Ibrahim,

Johore Bahru, Tel no:  9254

23 Julai, 1954


Bismillahirahmanir raHim


Mengadap Kebawah Duli Yang Sultan. Yang Di Pertuan Besar dan Raja Perlis. Yang Bersemayam Dengan amat Kemuliaan dan Kebesarannya, Dalam Majlis Raja-raja, di Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.


[[Ayat 59,surah Al-Nisa’] yang bererti "Hai mereka yang beriman hendaklah kamu taat akan Allah akan Rasul dan pemerintah daripada bangsa dan agama kamu yang menjalankan titah perintah Tuhan dan Hadis Nabi S.A.W.”


Adalah patik Lembaga Kesatuan Semenanjong sebagai Setiausaha Kongres Kebangsaan mohon bagi pengetahuan kebawah duli menyembahkan di bawah ini ketetapan-ketetapannya. 
                 

1.Kemerdekaan Tanah Melayu dinamakan Kesatuan Tanah Melayu Beraja [United Kingdom Of Malaya]. Perlembagaan baru hendaklah menurut seberapa yang boleh cara perlembagaan Inggeris. Kerajaan pusat yang kuat hendaklah diperintah oleh seorang Maharaja yang berpelembagaan [King] yang dipilih daripada 9 sultan-sultan dibantu oleh Majlis Raja-raja mengandungi 9 su;ltan-sultan dan beberapa orang tua sebagai penasihat dan sebuah Parlimen mengandungi Jemaah Menteri dan wakil-wakil rakyat dipilih dan dilantik.
                

2.Pesuruhjaya Tinggi ialah tarafnya seorang duta dan kuasanya memelihara faedah-faedah bangsa luar yang kerajaan-kerajaan mereka belum lagi keadaannya bersedia mengiktiraf kemerdekaan Tanah Melayu.
                

3.Kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diaku dan diiktiraf  oleh kuasa-kuasa yang berjiran sebagaimana yang telah diperlakukan atas negeri Belgium yang menjadi dinding di Eropah.
                

 4.Hendaklah dirasmikan bahasa Melayu dan agama Islam.
                

 5.Hendaklah diadakan satu kerakyataan, kebangsaan atau rupa bangsa yang dinamakan “Melayu”.
                

Walau bagaimana pun jadinya keadaan dunia ini bahawa adalah negara-negara Melayu yang bersatu kelak di bawah perlembagaan yang baru tiadalah  boleh pemerintahan yang tertinggi yang jadi kepala dalam kerajaan Pusat [Central Goverment]  Malaya ini lain daripada seorang darah raja yang berpangkat King [Maharaja] daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.
                

Apa yang sangat-sangat dijerit pekik dan dikehendaki oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk Malaya kemudian daripada Perang Yang Kedua iaitu kemerdekaan dan demokrasi [kehendak ramai] adapun dunia dalam kurun akhir ini ada tiga jenis demokrasi:
                 

1.Demokrasi cara beraja- katakanlah seperti kerajaan Inggeris.
                

2.Demokrasi ala republik-katakanlah seperti kerajaan Amerika Syrikat.
                

3,Demokrasi cara komunisme- katakanah seperti kerajaan Rusia.
                

Patik telah pilih dan berdiri sebelah kerajaan yang beraja untuk kesatuan negara-negara Melayu ini atas alasan sesuai dengan kerajaan negeri-negeri Melayu dan juga wajib dihormati, diikut dan diamalkan titah perintah Tuhan Yang Maha Kuasa bagaimana yang telah diperundangkan dalam al-Quraan yang mulia suci itu tambah lagi al-Quran itu  jadi imam orang-orang Islam dan akan disoal hingga ke dalam kubur kelak oleh Munkar Wanakir. Semua makhluk yang bernyawa mesti mati dan apakah hendak dijawab apakala mati oleh orang-orang Islam baik pun raja mahu pun rakyat jelata itu kalau kita berkepalakan dan berimamkan kepala negara Malaya atau Maharajanya lain daripada yang beragama Islam.
                

Patik yakin dan percaya kerajaan bermaharaja yang berpelembagaan itu sangat sesuai dengan sekalian penduduk-penduduk negara-negara dalam Malaya ini baik pun orang-orang Islam mahu pun orang-orang yang bukan Islam.
                

Allah lanjutkan usia tuaniu dan pelihara tuanku.


Adalah patik hamba yang taat


Muhammad bin Haji Taib

Lembaga Kesatuan Melayu Semenanjong

Sebagai Setiusaha Kongres Kebangsaan.


 Salinan kepada Pesuruhjaya Tinggi
Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu








Persekutuan Tanah Melayu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP