Aishah Ghani Dalam Sekilas Kenangan

>> Tuesday, April 23, 2013





AISHAH GHANI DALAM SEKILAS KENANGAN


Membaca berita pemergian abadi Allahyarhmah Aishah Ghani telah mencetuskan sekilas kenangan dalam benak saya yang telah berlalu begitu lama, iaitu sejak saya masih muda lagi.

Pada masa itu beliau adalah Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Setiap kali beliau berkunjung ke Kelantan kerana lawatan kerja, biasanya saya akan ikuti progrem beliau sebagai petugas media.


Malah saya juga pernah beberapa kali membuat wawancara eklusif dengan beliau sebagai seorang menteri Kerajaan Puast.

Dalam salah satu rancagan wawancara itu satu perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Belum lagi saya memulakan prcakapan beliau telah memarahi saya dan menuduh saya melagakannya dengan parti pembangkang.”Awak laga-lagakan saya dengan mereka. Saya tak mahu buat apa-apa komen lagi”. Demikian kata beliau dengan tegas.

Selepas berkata demikian beliu pun terus mendiamkan diri. Dalam bilik VIP di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa bersama kami waktu itu ada beberapa orang tokoh wanita UMNO Kelantan, dan salah seorang daripadanya adalah Tengku Noor Asiah.

Keadaan yang tidak menyenangkan itu tidak berlalu lama, kerana tiba-tiba pihak Lapangan Terbang Pengkalan Chepa kedengaran mengumumkan kapalterbang ke Subang akan berlepas dan menjemput semua penumpang segera menaikinya. Kemudian beliau lalu bangun dan selepas bersalaman dengan kaum wanita yang ada dalam bilik, terus keluar untuk menaiki kapal terbang.
Perkara itu berlaku kerana salah faham. Tidak ada niat saya untuk melaga-lagakan beliau dengan pihak yang dikatakannya itu.

Seminggu dua sebelum itu saya telah menulis sebuah berita mengenai politik tanah air hasil dari wawancara saya dengan beliau. Tulisan saya itu mendapat reaksi daripada parti pembangkang, iaitu Parti Sosialis Rakyat yang giat bergerak di Kelantan pada masa itu. Ulasan daripada salah seorang tokoh Parti Sosialis itu telah juga telah saya siarkan dalam media.

Isu inilah yang telah dibangkitkan oleh beliau kepada saya tadi. Tapi kali ini, saya rasa, saya datang untuk berwawancara dengan beliau  mengenai tajuk yang lain, tapi tidak berjaya.

Saya tidak berkata apa-apa. Tidak pula beresempatan menjelaskan perkara yang sebenarnya dalam masa yang begitu singkat. Saya hanya senyum dalam kecewa kerana gagal mewawancarakan beliau sekali lagi.

Walau bagaimanapun peristiwa itu merupakan warna-warni dalam mengharungi kehidupan saya sebagai seorang petugas media dan seorang penulis yang terpakasa menempuh berbagai-bagai gelumbang cabaran.

Saya tersenyum lebar bila ingatkan peristiwa tersebut. Pengalaman menjadi seorang penulis seperti itu merupakan asam garam yang telah memberi begitu banyak pengajaran yang amat berharga keapda saya. Nilai yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgi.

Tokoh wanita yang saya hargai ini telah pergi buat selama-lamanya pada pukul 12. 30 tengah hari, 19 April 2013 kerana menanggung penyakit paru-paru berair dalam usia 90 tahun, di mana beliau dilahirkan pada 15 Disember 1923.




Semasa hayatnya beliau memikul tugas sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat dari tahun 1973 hingga tahun 1984, dan beliau merupakan seorang senator wanita pertama di negara kita Malaysia.

Antara jasas-jasanya yang besar ialah usaha gigihnya untuk meningkatkan kehidupan kaum wanita negara kita ini.

Allahyarahmah dikurniakan empat orang cahaya mata dengan suaminya Abdul Aziz Abu Hassan. Mereka ialah Shairudin, Mariati, Datuk Astman dan Zarim. Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Demikianlah perginya Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Semoga Allah limpahkan rahmat ke atas rohnya. Amin.
 





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP