AWASI ENAM PERKARA

>> Saturday, May 25, 2013






AWASI ENAM PERKARA


Ada enam perkara besar yang sering dilakukan oleh umat manusia di dunia ini,  tanpa mengira bangsa dan agama dari sejak dahulu hingga sekarang. Sebahagian daripada perkara itu merupakan perkara asas dalam kehidupan umat manusia sejagat.

Pertama
MAKAN: Benda yang sedap dimakan, ialah manisan madu, sedangkan madu adalah muntah lebah.

Kedua,
MINUM: Benda yang paling sedang diminum ialah air, sedangkan air diminum oleh semua orang yang baik atau jahat, ertinya sama sahaja.

Ketiga,
PAKAIAN: Pakaian yang paling indah dipakai ialah kain sutera, sedangkan sutera ialah tahi ulat.

Keempat,
MENUNGGANG: Binatang yang paling sedap ditunggangi ialah kuda, sedangkan di atas belakang kuda itulah terbunuhnya para pahlawan.

Kelima,
KAHWIN, sedangkan yang paling sedap dikahwini ialah perempuan, perempuan itu dihiasi, dibedaki seindah-indahnya, tetapi tujuannya satu sahaja, iaitu yang “buruk”.

Keenam,
CIUM: Benda yang paling sedap dicium ialah kasturi, sedangkan kasturi adalah berasal dari darah kijang.

Demikianlah pesanan yang pernah disampaikan oleh seorang ulama yang terkenal di Inddonesia, Kiai Anwar Massadad kepada saya untuk disampaikan kepada orang ramai. Beliau membuat pesanan itu di Lapanagan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, dalam perjalanan pulang ke Singapura.

Menurut catatan saya, pada waktu itu, beliau telah berada selama tiga hari di Kelantan dalam rangka lawatan kerjanya ke negeri ini pada tahun 1968. Beliau adalah seorang tokoh ulama dan pendakwah yang terkenal di Indonesia sejak zaman Presiden Spekarno lagi.

Beliau dilahirkan pada 3 April 1909 dan meninggal dunia pada tahun 2000 [ 19 Raibutsani 1422] dalam usia 91 tahun.

Semasa berada di Kelantan saya pernah beberapa kali membuat pertemuan dengan beliau dan juga membuat wawancarea dengannya. Malah beliau pernah berkunjung ke pejabat kami di Kota Bahru. Saya rasa itulah pertemuan saya yang akhir dengan beliau.

Dalam pertemuan singkat itu beliau juga mengingatkan umat Islam dengan katanya, “Dunia ini ialah seperti jambatan untuk menuju akhirat. Jambatan itu mesti kuat dan kukuh, jangan dibina rumah di atasnya.

“Bagi orang-orang yang bijak memegang dunia ini, sebaik-baiknya untuk menuju akhirat”.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP