LCCT MENGHARUKAN HATI KAMI

>> Monday, November 4, 2013













LCCT MENGHARUKAN HATI KAMI

Petang semalam, Sabtu kami berada di lapangan terbang LCCT, iaitu lapangan terbang kos rendah atau secara mudahnya tambang murah. Kami berada di sana kerana urusan menghantar sahabat-sahabat kami yang dihormati balik ke Indonesia.




Mereka datang berkeluarga, sejak beberapa hari yang lalu kerana kembara mahabah. Sepasang suami isteri daripada mereka bermurah hati untuk menjadi tamu dan tinggal bersama kami. Mereka ialah S. Norhan dan isterinya S. Quith yang kami hormati.

Hujan yang turun renyai-renyai menyambut kesampaian  kami di LCCT. Pinggiran jalan berhampiran dengan LCCT telah ditakungi air. Ini menyebabkan jalan menjadi sesak. Kenderaan, terutama kereta kelihatan lebih banyak daripada hari-hari biasa mejalari jalan, hingga sampai ke bangunan lapangan terbang LCCT.




Hari cuti yang agak panjang membuat LCCT menjadi sesak dengan kenderaan dan ramai dikerumuni orang. Mereka yang hendak berlepas, yang baru tiba, dan juga sahabat handai dan sanak saudara yang  menghantar penumpang-penumpang yang akan berangkat. Semuanya berbaur menghangatkan LCCT.

LCCT terletak di KLIA [Kuala Lumpur International Airpot}- Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur, yang terletak dalam daerah Sepang, Selangor. Jarak daripada LCCT ke bangunan KLIA ialah 20 km, memakan masa 15- 20 minit dengan kenderaan teksi, Limousin dan dengan bas ulang-alik.




Sementara jarak dari KLIA ke Kuala Mupur pula ialah 60 km. Dari KLIA penumpang-peumpang boleh sampai ke Kuala Lumpur, tepatnya ke Chow Kit dengan menaiki monorail, teksi dan Skyvan jika bilangan pesertanya ramai.

Seperti biasa, Kami digayuti oleh perasaan terharu untuk melepaskan sahabat-sahabat kami untuk balik ke Indonesia selepas beberapa hari sahaja bersama-sama kami dalam acara yang padat. Kerberangkatan mereka bererti perpisahan. Insya-Allah akan bertemu lagi di masa-masa akan datang.





Bertemu dan berpisah adalah satu kelumrahan di dunia ini. Tidak ada yang kekal kepada kita yang bernama insan ini. Hanya doa dan restu dipanjatkan kepada Maha Pencipta.

Sejurus selepas mereka memasuki tempat berlepas, kami pun meninggalkan LCCT untuk kembali ke rumah masing-masing. Hujan masih turun sepanjang perjalanan. Sekali lebat, sekali renyai-renyai dan sekali gerimis. Kerana itu kereta yang dipandu oleh anak saya, Arham Zani dipandu dengan lebih hati-hati.

Bila keluar dari bangunan LCCT tadi hati kami diuji. Allah Maha Kaya. Ada sebahagian daripada rakan-rakan yang kami memakirkan kereta di luar kawasan parkir telah disaman oleh pihak berkuasa polis kerana kesalahan salah parkir. Ketika sampai tadi kereta terlalu banyak, selepas berputar-putar mencari parkir tidak ditemui, dan pintu masuk ke tempat parkir ditutup dengan menghadang, mereka mahu tidak mahu terpaksa memakirkan kereta di luar kawasan parkir dalam keadaan hujan.



Namun begitu sebahagian dari mereka bernasib baik, tidak ditinggalkan notis saman walaupun diletak yang sama di luar kawasan parkir.


Dengan itu hati kami yang telah teralun-alun  dek perpisahan, menjadi tambah terharu dan menyedari bahawa  ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya yang maha lemah dan tidak bermaya. Allahu Akbar.


Semoga Allah mengampunkan kami semuanya. Amin.










0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP