NARIANA AL-JUNID berpuisi tentang PANGGILAN PERTIWI........

>> Monday, November 25, 2013





SETANGGI KOTA BHARU XXXV


[Klik: Ke-XXXIV]
 
Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XXXV ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya MARIANA AL-JUNID berjodol PANGGILAN PERTIWI.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.

 
PANGGILAN PERTIWI


Dari titik peluh berciciran

Sedarah sealiran

Jihad........ dan usaha

Untuk bangsa dan nusa.


Bangun!

Panggilan pertiwi

Undurkan jangan

Berjuang terus.


Palang merah sedang menanti

Engkau perwira bangsa

Negara jihad

Akan mengenangmu

Biar jasad terlantar

Bakti dan jasa

Keagongan menjulang

Ssbagai pembela pertiwi.



MARIANA AL-JUNID


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP