SAUJANA TIGA DAN SEPUTARNYA

>> Wednesday, November 6, 2013




SAUJANA TIGA DAN SEPUTARNYA


Sudah berapa hari saya berada di Saujana Tiga [SU 3], Sungai Buluh, Selangor. Di sinilah persis pengkalan kami untuk bergerak seputar Saujana Tiga dan juga melewati sempadannya shingga sampai ke TTDI, Kuala Lumpur dan Klang.



Tomyam Kelapa Muda


Sebagaimana lumrah, makan dan minum adalah perlu kepada manusia yang normal hidupnya. Makanan itulah yang memberi kekuatan dan tenaga kepada fizikial mereka, untuk membolehkan mereka hidup dan bertindak. Termasuklah untuk melakukan amal ibadat.

Demikian dengan kami yang berkelana ini. Memerlukan makan dan minum setiap hari. Makanan yang boleh menyumbangkan tenaga dan kekuatan kepada kami dan untuk membolehkan kami menerusi  kelangsungan hidup.

Demikianlah sepanjang beberapa hari yang lalu di SU 3, kami tidak lupa dengan makan dan minum. Ada makanan yang dibelanjakan oleh orang lain untuk kami dan sebaliknya ada pula makanan yang kami belanjakan untuk diri kami sendiri dan juga untuk orang lain.

 

 Menunggu ketibaan Nasi Arab


Sekurang-kurangnya kami makan tiga kali sehari. Waktu pagi, tengah hari dan malam, iaitu makan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Aneka makanan telah kami suapkan ke mulut kami selama beberapa hari yang lalu di sekitar SU 3, selain dari makanan utamanya nasi. Untuk nasi sahaja pun ada beberapa jenis nasi, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kapit [himpit], nasi arab dan sebagainya. Setiap makanan masing-masing mempunyai keistimewaan mereka sendiri.




                                 Bertemu Sahabat Di Majlis Makan

Demikian dengan air. Ada aneka jenis air. Ada air putih, ada air orenj, ada air tujuh petala, ada air teh, air kopi, air milo dan sebagainya lagi.

Pilih sahaja mana yang suka dan sesuai dengan diri kita. Hindari makanan yang membahayakan diri, walaupun makanan dan minuman itu halal. Menjauhkan diri dari penyakit, lebih baik daripada merawatnya selepas ditimpa penyakit.

Jenin [?] sejenis Pembasuh Mulut

Foto-foto disiarkan di sini menunjukkan beberapa jenis makanan yang kami nikmati sepanjang beberapa hari yang lalu di seputar Saujana 3 dan sekitarnya. Alhamdulillah.

Allahamdulillah. Di sekitar Saujana Tiga ini banyak terdapat kedai-kedai makanan orang Islam. Makanan halal yang diusahakan oleh orang-orang India dan juga orang-orang Melayu, termasuklah peniaga-peniaga dari negeri Kelantan Darulnaim. Walaupun kadang-kadang makanan yang disediakan oleh anak-anak Kelantan itu tidak seenak sebagaimana yang terdapat di negeri asal mereka.


 Menikmati Thosai di SU 3


Kita orang-orang Islam mempunyai peraturan yang khusus tentang makanan, iaitu terjenis makanan yang halal dan makanan yang haram. Halal dan haram dari segi fizikalnya, dan halal dan haram dari segi kerohanian.

Makanan yang haram dari segi fizikalnya ialah seperti daging babi dan arak yang memabukkan. Makanan-makanan yang haram dari segi rohaninya pula ialah makanan-makanan yang diperolehi dari hasil penipuan, pencurian, dan hewan yang disembelih itu disebut nama selain dari Allah ketika menyembelihnya, dan sebagainya.

                                               
                            Sedang Menunggu Makanan Dihidangkan

Allah mengizinkan kita hanya memakan makanan yang bersih dan halal, lahir dan batinnya. Ini untuk menjaminkan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.

Tapi ada pula dari kita melupakan perintah-perintah Allah itu dengan memakan makanan-makanan yang tidak diredai Allah, yang termasuk dalam kategori makanan yang haram. Haram dari segi lahir dan batinnya.




Kita biasa mendengar lagu klasik, filem klasik......Tapi kali ini saya melihat ada resturan Sup Klasik. Bagaimana agaknya rupa dan rasanya sup klasik ini? Saya belum mencubanya?


Sedangkan Allah telah berfirman:

-“Wahai manusia! Makanlah dari [makanan] yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”. 2- 168.

Bunga berkembang di waktu senja di SU 3


-“Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya” 2- 172.

-“Sesungguhnya Dia hanya mengharam atasmu bangkai, darah, daging babi, dan [daging] hewan yang disembelih dengan [menyebut nama] selain Allah. Tetapi brangsiapa terpaksa [memakannya], bukan kerana menginginikannya dan tidak [pula] melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. 2: 173.

-“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya”.  5: 88.

Demikianlahcorat-coret dari kami ketika berada di SU 3 sejak beberapa hari yang lalu untuk dikongsikan bersama dengan peminat-peminat yang disayangi.

                                                                             

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP