SRK SUNGAI EMBAK, KUALA KRAI ANJURKAN SUKAN YANG MERIAH

>> Friday, November 1, 2013






SRK SUNGAI EMBAK  KUALA KRAI ANJUR SUKAN YANG MERIAH

Mempunyai tubuh badan yang sihat adalah amat penting untuk membolehkan kita menjalani kehidupan dengan sempurna. Malah otak yang sihat juga terletak pada badan yang sihat.

Islam sebagai way of life mementingkan tubuh badan yang sihat. Malah Islam lebih menyukai umatnya yang sihat segar daripada umatnya yang menderita tidak sihat.




Umat yang sihat lebih mudah untuk melaksanakan ibadat mereka daripada orang yang tidak sihat. Malah orang yang tidak sihat terpaksa mempergantungkan kehidupan seharian mereka kepada orang yang sihat. Ini boleh membebankan mereka, walaupun mereka melakukannya dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

Dalam mendambakan kesihatan yang baik ini, berusaha untuk mencegah daripada dilanda penyakit lebih utama daripada merawatnya selepas dilanda penyakit. Ertinya menjaga kesihatan supaya dikurniakan Allah dengan kesihatan yang wajar amatlah wajar sekali.








Salah satu cara untuk memperolehi kesihatan baik ialah menerusi sukan. Aktiviti-aktiviti sukan itu dapat menyihatkan badan, terutama sukan-sukan yang dianjurkan secara beramai-ramai. Aktiviti-aktiviti kesukanan itu akan mengeluarkan peluh yang menyegarkan badan dan persaan, serta juga akal dan fikiran.
 




Namun begitu nilai-nilai adab sopan, nilai-nilai murni dan tatasusila unggul yang sejajar dengan tuntuan Islam, seperti menutup aurat dan pergaulan yang bermaruah hendaklah diambil kira dan diutamakan dalam bersukan. Kalau nilai-nilai ini kita perkecil-kecilkan atau lanyak-lanyakkan bererti kita sengaja menempah bencana.






Di samping itu aktiviti-akktiviti sukan itu dapat menjalinkan persahabatan dan silaturahim, baik sesama sebangsa atau seagama yang menyertai aktiviti-aktiviti kesukanan itu. Ini semua akan melahirkan mahabah, yang menjadi landasan kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan harmonis, terutama dalam sebuah masyarakat majmuk.


 
Oleh itu sukan tahunan yang dianjurkan oleh SRK Sungai Embak, pada hari Khamis, 31 Oktober 2013 yang lalu amatlah dialu-alukan dan semoga memberi kesan yang mendalam kepada fizikal malah juga kepada mental keluarga sekolah, termasuk guru-gueu, pelajar-pelajar dan para ibu bapa mereka.


 
Adalah diharapkan sukan ini akan menjadi landasan kepada mereka untuk menjalin ikatan kerjasama yang lebih utuh antara guru sesama guru, guru dengan para pelajar dan seterusnya dengan ibu bapa sekalian.

Selamat bersukan SEKOLAH RENDAH KEBANGSASAN SUNGAI EMBAK, Kuala Krai, Kelantan.



































0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP