MINGGUAN KOTA BHARU -ISMAIL SHUQEE

>> Thursday, December 12, 2013




SETANGGI KOTA BHARU XXXIX


Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XXXIX ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya  ISMAIL SHUQEE berjodol MINGGUAN KOTA BHARU.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.


MINGGUAN KOTA BHARU


Lahirlah sebuah mingguan warta

Dengan inayah Tuhan semesta

Berisi rencna bercampur berita

MINGGUAN KOTA BHARU tajuk mahkota


Rencana padat isinya tumpat

Menggoris kenangan hasil ma’rifat

Disambut oleh golongan rakyat

Siapa membaca mesra terlekat.


Sudah tersebar di dalam negeri

Jualannya laris tidak terperi

Seminggu sekali ia membanjiri

Setiap Sabtu namanya hari.


Banyak rencana ada kritik

Tiada berleber semacam itek

Apa tak kena terus diketek

Ada pula rencana geletek.


Ada rencana angkataN baharu

Belajar menulis hati terharu

Qalam menari kepala digaru

Mencari ilham datang menyerbu.


Renncana pengarang pedas dan panas

Siapa yang kena hidung berlengas

Kepala yang bengkok kenalah tangas


Yang paling sakit 6/9

Pemukul Kelantan yang amat handalan

Senjata permainan Wak Long sangkalan

Menyeberang lautan tanpa pengkalan.


Mingguan terbitan Dian Press

Sambutan jaya amat laris

Dari bandar sampai ke Beris

Lambat membeli terkuis-kuis.











ISMAIL SHUQEE
Ke

SETANGGI KOTA BHARU XXXVIII




 








0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP