DENDANG LAGU DAMAI - SUARA HATI ASHA'ARI MUHAMAD

>> Friday, December 20, 2013




SETANGGI KOTA BHARU XXXX


 

Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XXXX ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya  ASHA’ARI MUHAMAD berjodol DENDANG LAGU LAMA.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.













DENDANG LAGU DAMAI


Khabar indah dari seberang

Atara dua hati berjauhan

Akan terjalin kasih sayang

Di dada menguntum bunga-bunga harapan


Kiranya benar ini

Hidup bukan sengketa selamanya

Pantai landai di Selat Melaka

Tempat mengurai segala kekusutan

Umat-umat daerah gersang

Pernah hatinya terpanggang

Kerana dari satu sel keturunan

Masing-masing berpecah berjauhan

Saudaraku Seberang Selat Melaka.

Dendangkanlah lagu-lagu damai.




ASHA’ARI MU HAMAD






 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP