PEREMPUANNYA - DALAM SETANGGI KOTA BHARU XXXVII - BICARA SEORANG PENYAIR

>> Tuesday, December 3, 2013





SETANGGI KOTA BHARU XXXVII


Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XXXVII ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya  SASMA A.A. SEMERAK berjodol PEREMPUANNYA

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.

PEREMPUANNYA

Tamsilkan punai meliuk manja

Di riak air jernih

Tika mentari melangir segar

Kesedaran tiada jua.


Tamsilkan bunga membuah bunga

Pada motif-motif mekarnya

Kuak madu segala

Pun kesedaran tiada.


Tika tandus melurut

Simpang-simpang keluhan

Lantaslah taringnya

Selerakan seluruh.


Tika angin

Kencang merakus

Lalangnya

Memunah bunga.

Perempuannya merungut

Sendirian

Senja berbicara.



SASMA. A. M, SEMERAK











0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP