SURAT UNTUK ULAMAK dari YACOB AHMAD- Apa kata beliau pada para ulamak?

>> Thursday, December 26, 2013














SETANGGI KOTA BHARU XLI


Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XLI ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya  YACOB AHMAD berjodol SURAT UNTUK ULAMAK

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.












 
SURAT UNTUK ULAMAK


Sebenarnya

Hakikat Islam, kemanusiaan

Kekasih Tuhan dan Muhammad

Kau yang aku percayai

Nilai diri dan kehidupan.

Bangunlah

Kami rindu, mati bersama-sama

Dan sama-sama mengetuk pintu syurga

Hai apalah akan jadi

Pada seluruh bunga-bunga

Dalam memaham dasar hakiki

Duhai khalifah warisan Muhammad

Pastikan satu hari kau bersatu

Dari seluruh yang hidup

Jangan biar dituduh pengkhianat.

Benarlah:

Kau bukan Muhammad dan sahabat

Tapi, kau bisa mendamai umat

Usahlah melagu-lagu

Dengan lagu kepuasaan diri

Tanyalah pada seluruh

Pada bangsa

Yang melata di mulut jurang

Di gelombang zaman.


YACOB AHMAD

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP