KENANGAN KESAH CURAHAN HATI WADI LETA S.A.

>> Tuesday, January 7, 2014












SETANGGI KOTA BHARU XLV

Dari Kiri:
Abd. Razak Mahmud, Norisham Mustaffa,
Wadi Leta S.A.



Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XLV ini,  kita siarkan  sebuah lagi puisi karya  WADI LETA S. A. berjodol   KENANGAN KESAH.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.


KENANGAN KESAH


Bonda, mengalir kini jasa – bicara dari tasik seni

Kenangan anak bertuah memperingati budi

Siraman musim silam menguntum cinta murni

Di mana kewangiannya mempesonakan dunia

Bahagia merimba di wilayah indahnya

Lalu melapang perasaan anak-anak perindu teduhan

Subur menghijau – biru taman pujaan bersama

Wajah-wajah riang basah mengukir senyuman.

O! Betapa mesra dalam menjalani liku-liku usia

Antara-bangsa saling setia mengucupi kurnia

Pusaka moyang dipeluk kasih cumbuan sayang

Hingga ke detik akhir berhijrah pulang.

Berdaulat megah jambangan cerah mengkagum sejarah

Terserlah sinar-jaya di limunan perkembangannya

Memancar seri antara tamadun manusia-manusia

Berlabuh kejora memayungi rimbunannya.

Andailah ibuanda mendodoi generasi kan tiba

Mendidik manja hingga dewasa terhindar derita.


WADI LETA S.A.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berkaitan:


Berkaitan: RESTU DI PUCANK-HAFSAH MUHAMMAD



                                                                            

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP