MENYEMPANG -KARYA ASLAMA AZMEE yang mengkesali penyempangan itu.

>> Wednesday, January 29, 2014



 
SETANGGI KOTA BHARU LI


Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU LI ini,  kita siarkan  sebuah puisi karya  ASLAMA AZMEE berjodol  MENYEMPANG.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.





MENYEMPANG


Tangisan tidak bersuara

memijak sekitar alam kini

sedu menncekek mula menjalar

dari denyutan nadi anak bangsa.


Sekali kedengaran suara melaung

meminta sesuap madu ke mulut

meminta bendera hijau di kibar

untuk kedamaian rasa kalbu.


Menangis lagi berpanjangan

memandang sekitar anak bumi ini

menyempang dari landasan murni

hidup dengan titisan nadi lesu.


Tangisan curahan dari penyedar

meminta pembelaan dari yang besar

untuk menimbang nilaian diri

bersama mengangkat undangan Ilahi.


Tangisan akan berdesir

di bawah daun-daun pondok

di kaki menara masjid suci

meminta semangat menambah budi.


Akan lebih bersemarak

laungan anak-anak ugama

memegang bendera dua syahadat

merempuh musuh sedang melanggar.


Dalam kehilangan menegap budi

dalam membina agama suci

guguran mawar tidak bererti

nilaian mujadid lebih bernilai.


ASLAMA AZMEE


 

Berkaitan:

ABDUL HADI 
PENULIS DAN PENDAKWAH


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP