GEJALA-GEJALA KERUNTUHAN MORAL SEKSUAL KITA

>> Wednesday, February 19, 2014




GEJALA-GEJALA KERUNTUHAN MORAL SEKSUAL



                                      
                                     Solat boleh mencegah maksiat
                                                                                 
Senario pertama:

Seorang kenalan kami pernah dengan megah memberitahu keluarganya mengizinkan semua anak-anak mereka, lelaki dan perempuan menonton viedo seks, sudah mestinya viedo seks lucah.

“Biarlah mereka mengetahui perkara yang sebenarnya. Apa salahnya? Tidak perlulah sembunyi-sembunyikan”. Terang si ibu tanpa diminta penjelasan kenapa dia dan suaminya bersikap liberal demikian tentang seks.


Senario dua:


Mereka yang dicerita ini pernah menjadi jiran kami. Waktu itu mereka adalah sepasang suami isteri yang masih muda. Mereka memiliki seorang anak lelaki yang masih kecil. Baru pandai merangkak. Si isteri sering menceritakan pada jiran-jirannya dia sering mengadakan hubungan seks secara terbuka di hadapan anak kecilnya itu. Malah tidak jarang pula si anak kecil yang baru pandai merangkak itu bukan sahaja menonton permainan mereka, malah kadang-kadang turut mengambil bahagian sama, dengan bermain-main dengan “telur” si ayah yang sedang asyik bersabung itu. Barangkali untuk menambah kelazatan? Barangkali?


“Apalah yang dikisahkan oleh anak sebesar itu. Tak tahu apa-apa pun”, ulas si ibu diringi dengan ketawa terkekeh-kekeh.


Senario tiga:


Senario ini pernah berlaku di sebuah kampung berhampiran dengan kampung kami tinggal; dahulu. Seorang isteri suka benar memberitahu jiran-jiran tetangganya bahawa dia sering melakukan hubungan seks dengan anak tunggal lelakinya yang masih remaja, waktu suaminya tidak ada di rumah kerana bertugas sebagai seorang jaga di waktu malam. Malah dengan bangga mendakwa bahawa anaknya itu lebih hebat permainannya daripada suaminya sendiri?


Senario empat:


Ini kisah sepasang suami isteri yang masih muda. Si suami bekerja dan si isteri suri rumah. Si suami setiap kali balik dari kerja, suka benar membangga-banggakan menceritakan pengalaman-penglaman jahatnya di luar rumah memerangkap wanita-wanita muda kepada isterinya itu.


Sebaik-baik sahaja berada di muka pintu dia dengan merasa bangga meluahkan kejayaannya memerangkap wanita pada hari itu kepada isterinya yang sedia menyambut kepulangan suaminya yang dicintai itu.”Hai seronoknya hari ini, kerana berjaya mendapat seorang gadis yang masih dara”. Dan seterusnya dia tidak segan-segan mencerita pengalamannya dengan wanita itu yang ditempohi pada hari itu. Entah benar, entah tidak, tidaklah diketahui. Hanya dia yang mengtahuinya.                                     

                                                                                  



DEMIKIANLAH sejak kebelakangan ini, gejala-gejala bejat seks kian parah dalam masyarakat, terutama melibatkan kaum-kaum muda atau para remaja.  Ia bukan sahaja melanda masyarakat dan negara kita, tapi juga hampir seluruh dunia telah ditenggelami oleh gelumbang-gelumbang gejala seksual yang begitu pentas membadai yang jika dibiarkan kemungkinan besar akan menelan masyarakat manusia semuanya.


Cubalah kita perhatikan sejenak, contoh-contoh kecil yang berkaitan dengan persoalan keruntuhan moral seksual dalam masyarakat di atas tadi.
.
Apakah mereka yang terlibat, dalam senario-senario di atas tidak pernah terfikir tentang bahaya-bahaya yang mengancam akibat sikap masa bodoh mereka yang kerterlaluan sehingga boleh merosakakan anak-anak mereka dan generasi-generasi muda dalam kemelut seksual yang telah pun begitu parah?


Senario pertama, mengenai ibu bapa yang mengizinkan anak-anak mereka mennoton gambar lucah, tidakkah ibu bapa mereka terfikir akibat yang akan menimpa anak-anak mereka pada suatu hari nanti? Tidakkah mereka terfikir, dengan berbuat demikian pintu hubungan sumbang antara adik beradik telah dikuak seluas-luasnya? Tidakkah juga mereka terfikir dengan berbuat demikian mereka telah membuka seluas-lusnya pintu perzinaan untuk anak-anak mereka di rumah dan di luar rumah?


Senario kedua pula, apa dah jadi kepada kedua ibu bapa ini yang suka mendedah. Kenapa tidak bermain di luar rumah sahaja, biar semua orang tengok, lagi seronok?


Tidakkah mereka berfikir, apakah akan jadi kepada anaknya jika dia terus dibesar dalam keadaan menjadi penonton free seperti itu?


Tidak mungkinkah  pada suatu masa nanti, bila anak itu telah sempurna nafsu berahinya dia akan mengambil tindakan yang tidak normal? Seperti meniduri ibunya sendiri, bila ayahnya tidak ada di rumah? Apa akan terjadi jika perkara seperti itu berlaku?


Senario ketiga seorang ibu mengambil kesempatan berzina denga anaknya sendiri, bagi memuaskan dahaga nafsunya, mungkin kerana sering ditinggalkan oleh suami sendirian di waktu malam? Tidak cukup dengan itu, dia juga suka menceritakan keaibaan yang dilakukannya itu pada orang lain.


Apakah wanita seperti itu tidak sedar, bahawa dia telah melakukan dosa besar, berzina dengan anaknya sendiri? Bagaimana pula andainya dia mengandung dari hasil hubungan haram dengan anaknya itu?


Senario keempat ini, adakah sang lelaki tidak menyedari cerita-ceritanya itu boleh melukakan hati isterinya? Kenapa pula dia asyik menceritakan perbuatan-perbuatannya yang tidak bermoral. Melakukan perziaan?


Tidakkah dia berfikir, bagaiamna andainya, isterinya itu berlaku curang kepadanya dengan membawa masuk lelaki lain sepinggalan suaminya pergi berkerja?


Selan daripada itu masih banyak lagi senario-senario keruntuhan moral seksual yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang merungsingkan hati orang-orang yang prihatin tentang nasib dan masa hadapan bangsanya. Senario-senario itu menggambarkan keseriusan seksual yang abnomal bersimpang siur dalam masyarakat kita hari ini


Dalam akhbar-akhbar harian, akhbar-akhbar mingguan, tabloid dan sebagainya, kita sering, malah setiap hari dapat membaca kisah-kisah yang berhubung dengan kejatuhan moral seksual ini. Seperti kisah kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, suami orang dan isteri orang berkahlwat, duda dan janda berkahlwat dan bermacam-macam lagi isu yang dikeluarkan.


Yang kita merasa lebih kesal ialah kadang-kadang berita-berita itu ditulis dengan begitu detail dan sensansi sekali, mungkin dengan tujuan untuk menarik hati pembaca. Akibatnya kadang-kadang kita membaca berita itu seperti sedang membaca sebuah cerpen lucah.


Gejala-gejala seks yang bejat boleh disandang dan sangkutkan  dengan berbagai-bagai nama dan gelaran. Seperti free sex, bohsia, call girls, teman sosial, sugar dady, ibu ayam, pelacur, terlanjur, anak tidak bertaraf, anak di luar nikah, dan entah apa-apa lagi yang boleh dikaitkan dengan kegiatan seks sumbang. Semuanya berkait rapat dengan perbuatan keji maksiat dan perzinaan.


Perzinaan? Mungkin tidak ramai lagi orang-orang yang terkejut atau merasa seram sejuk bila menyebut, membaca atau mendengar perkataan zina yang telah dilunakkan bunyinya dengan kata-kata anak tidak bertaraf, terlanjur dan sebagainya. Ssedangkan pada hakikatnya semuanya berzina. Hari ini przinaan telah terlalu lumrah dalam masyarakat, khususnya, di kalangan warga bandar dan kota. Perzinaan dilakukan dalam segala masyarakat manusia. Orang kaya, ala kekayaannya, dan orang miskin ala kemiskinannya. Orang muda ala kemudaannya, dan orang tua dengan ala ketuaannya. Semuanya menuju ke satu arah untuk berzina. Kecuali orang-orang Islam yang beriman dan bertakwa.


Ada berbagai-bagai faktor penyebab berlakunya keruntuhan moral seks. Faktor-faktor itu bertali rapat antara satu sama lain. Bohsia umpamanya, ia bukan sahaja boshia, di belakangnya mungkin terdapat kehidupan sosial yang buruk, kemiskinan, tidak mempunyai pendidikan agama, terlibat dalam program-program melampau yang merosakkan, longgarnya hubungan kasih sayang dalam keluarga yang seharusnya dipupuk dengan kemas dan harmonis. Malah ia mungkin juga  bertali arus dengan aneka problam sosial yang lain lagi, seperti ponteng sekolah, lepak, dadah, aid dan sebagainya lagi.


Kita percaya tidak ada undang-undang manusia yang dapat mencegah perzinaan. Hanya agama yang dapat mencegahnya. Islam mengharam perzinaan. Kita mesti kembali kepada agama. Anak-anak kita, generasi-generasi muda kita, hendaklah dididik supaya merasa takut untuk berbuat maksiat, takut untuk berzina. Takut bukan sebarang takut, bukan takutnya dihukum atau didenda oleh mahkamah dunia, tapi takutkan Allah yang melarang hamba-hamba-Nya berzina. Kalau semata-mata takutkan terkena hukuman di dunia, manusia yang memang nafsunya cenderung kepada kejahatan, tidak akan teragak-agak untuk berzina di tempat yang mereka merasa selamat, seperti di tempat-tempat yang sunyi atau pergi berzina di luar negara yang tidak mempunyai undang-undang mencegah perzinaan, malah menggalakkan para pelancongnya berzina sebagai satu daya tarikan pelancongan.









Di tempat ramai manusia, kalau kurang hati-hati boleh berlaku maksiat

 
Dalam hal ini, kita ingin bertanya, berapa ramai dari kita, sebagai ibu bapa, memberi amaran kepada anak-anak mereka tentang larangan keras Allah terhadap perzinaan. Dan ancaman Allah terhadap para penzina? Bagaimana seksanya para penzina akan menerima hukuman dari Allah di akhirat nanti andainya mereka mati dalam kekufuran tanpa taubat?


Dalam perkara yang serius ini, janganlah ibu bapa menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Justeru ibu bapa yang gemar berpeleser, yang suka bermaksiat, yang suka bermukah, suka berzina wajarlah terus berhenti meninggalkan amalan-amalan buruk mereka itu kiranya mereka ingin melihat anak-anak mereka berada di atas landasan yang betul akhlaknya dalam mencari keredaan Allah S.W.T. Mereka sendiri seharusnya berada di jalan yang benar sebelum menyuruh anak-anak mereka berada di jalan yang betul. Papatah kita mengatakan, “Kalau guru kencing berdiri, maka anak murid sudah tentu kencing berlari”.


Sesunguhnya penyakit keruntuhan akhlak seksual dan penyakit-penyakit akhlak yang lain merupakan penyakit yang kompliketed, yang berpilin-pilin antara satu sama lain, ia jaring menjaring antara satu sama lain, tanpa dapat diselesaikan kerumitannya, kecuali dengan kembali ke jalan Allah yang telah dijamin keamanan dan kesejahteraannya, di dunia dan juga akhirat.


Allah melarang bukan sahaja berzina, malah mendekati zina sekali pun telah dilarang. Para penzina pula telah ditetapkan dengan hukuman yang berat, semasa di dunia, dan seksa yang pedih di akhirat nanti, kiranya mereka mati dalam keadaan sesat tanpa sempat bertaubat.


Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu mendekati perzinaan itu, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan satu jalan yang buruk”. Al-Isra’: 32,


Allah juga menetap hukumannya, dengan berfirman:


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah setiap seorang dari keduanya seratus kali deraan, dan janganlah kamu merasa belas kasihan pada keduanya dalam menjalankan  Agama Allah, dan jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka itu disaksikan oleh segolongan dari mereka yang beriman”. An-Nur: 2.


Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:


“Wahai kaum Muslimin! Jauhilah zina, kerana di situ ada enam perkara [bahaya], iaitu tiga macam di dunia, dan tiga macam di akhirat. Adapun bahaya di dunia itu ialah pertama hilangnya sinar di wajah,  kedua memendekkan umur dan selalu dalam keadaan miskin. Adapun bahaya di akhirat pula, pertama mendapat kemurkaan Allah S.W.T., Hisab yang jelek dan siksaan di neraka”.


Sekian untuk renugan.







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP