KESEPIAN MENGUGGAT MAS MAWI

>> Sunday, February 9, 2014






SETANGGI KOTA BHARU LV



Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU LV ini,  kita siarkan  sebuah  puisi karya  MAS MAWI berjodol  KESEPIAN.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.



KESEPIAN


Tika insan bermandi seribu ria

meneguk sama memamah sama

ah! betapa senang

hidup tiasa bergelumang riang

tapi, wahai.........

tercegat diri di daerah berduri

tiada serasi hawa memboi diri

kian kujenguk membujuk hati sendiri

kian ketandusan rasa mengamuk lagi
 
tiada terdaya diamuk rasa

ah!kubujuk lagi hati menyepi

tiada menadah restu menyala

oh! Tuhan harapan hamba

menyingkirlah kesepain melanda diri.


MAS MAWI

Jalan Bayam K.B.







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP