SETANGGI KOTA BHARU- OLEH ZAHRAIN

>> Sunday, February 23, 2014






SETANGGI KOTA BHARU LVIII


Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU  ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU LVIII ini,  kita siarkan  sebuah  puisi karya  ZAHRAIN berjodol  SENYYUM ADIKKU.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.







SENYUM ADIKKU


Gadis atas beca bertudung selalu

suci parasnya bulan mengambang malam sepi

gayanya bersahaja bening lagaknya

kuntum sedang mekar.


Tika bertentang bibirnya merekah senyum indah

hati resah membakar perasaan


degup jantung membelah dada

terbang melayang merpati jantan.


Bila hatiku hulur mesra

perit terpahat hatiku, adik

tapi tika bersua senyummu jarang reda

menikam hati menembusi jantung

mengarami calaran hatiku.

menafaskan harapan yang pudar.


Adikku senyumlah dikau sentiasa

abang di sini resah hatinya

bilakah hatimu akan terbuka?


ZAHRAIN

Jalan Atas Banggol.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP