GADIS SUNTI, MENJADI SUNGUTAN NIK SANIAH NIK YAAKOB

>> Sunday, March 2, 2014













SETANGGI KOTA BHARU LIX





Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU  ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU LIX ini,  kita siarkan  sebuah  puisi karya  NIK SANIAH NIK YAAKOB berjodol HAI, GADIS SUNTl.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.


HAI, GADIS SUNTI


Mentari tegak di kemuncak

Peluh bersembah-sembah

Di tepian pantai

Pasir puteh berhamparan

Di tengah-tengah rumpun sagu

Sepasang manusia sedang goyang

Runtuh dalam kencangan ombak.


Mataku terpacak sebentar

Kemudian segala berpaling

Tak mau noleh lagi

Tumpang terasa, tumpang kesal.


Hai gadis sunti

Di mana moralmu?

Kau sanggup bersemadi bersama anjing kota

Sanggup melupakan adat ketimuran & ketuhanan

Aku hanya mengeluh panjang-panjang

Kesal.


Nik Saniah Nik Yaakob
 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP